Sabtu, 17 November 2012

DENDAM YANG TERINDAH (28)





ALHAMDULILLAH. KENYANG. PAPA MASAK NASI, TELUR MASAK KICAP DAN SAYUR CAMPUR. SEDAP PAPA MASAK. Kalau dibezakan masa papa muda dengan papa sekarang jauh berbeza lah. Aku lagi lah, semuanya harap Bibik Indah saja, sekarang kena buat sendiri. Bila lah aku hendak masak untuk papa pula. Malam ini boleh kut? Tetapi bagaimana hendak memasak? Untuk diri sendiri boleh lah, untuk papa??? Hmm , kena belajar memasak lah selepas ini. Semua itu tanggungjawab anak perempuan.

Dia datang bekerja dengan hatinya senang.Lupa sengketa antara dia dan Tengku Farel Hakimi pagi tadi. Tidak ingat langsung akan kata-kata lelaki itu yang telah menyakiti hatinya hari ini.
“Mia, Tengku Farel tunggu di kafetaria sekarang!”beritahu Lina sebaik saja nampak kelibatnya.
“Okey!” jawabnya sepatah dan terus ke sana. Hanya ada mamat sawan tu seorang saja. Jam di tangan tepat pukul dua tengah hari.
“Semua nak kena cakap ke dengan awak?” ucap Tengku Farel Hakimi kepadanya. Aik. Aku datang tepat pada masanya pun aku kena marah?
“Saya datang tepat pukul dua, Tengku Farel!” jawabnya hairan.
“Bukan kerana masalah. Di sini ada peraturan. Waktu tengah hari tidak boleh keluar makan di luar ataupun di rumah awak, faham!”  terang Tengku Farel Hakimi. Ikut peraturan negara mana pula agaknya, sampaikan tak boleh makan di tempat lain. Lagipun aku pulang ke rumah aku saja lah. Bukan merewang ke tempat lain.
“Undang-undang negara mana Tengku Farel terima pakai nih? Saya tak pernah dengar pun!” jawab Damia Azra.  Aku baru jumpa dengan papa, dan mahu menikmati saat-saat indah bersama. Bukan senang hendak makan tengah hari dengan papa, jadi apa salahnya aku makan tengah hari dengan papa dan boleh juga berbual mesra dengan papa. Papa hendak tahu juga apa yang berlaku terhadap anak gadisnya ini sepanjang kami berpisah, aku pun hendak mendengar juga cerita suka duka papa.
“Awak bekerja dengan sayakan, bukan bekerja dengan jusco pun, jadi awak kena dengar cakap saya!”
“Tapi bekerja dengan jusco lagi bahagia, bos pun baik dari kerja dengan awak yang tidak berperikemanusiaan,” ucap Damia Azra. Betul kan? Mr. Chong baik sangat dengan aku walaupun dia bangsa asing. Kau?? Harap muka segak pun sudah tak segak lah sebab perangai buruk.
“Jangan banyak cakap, mulai esok awak kena berada di sini ketika waktu rehat sekali pun. Kalau boleh makan di sini juga!”
“Tak mahu lah, semua arahan awak saya ikut tetapi yang ini saya tak nak. Saya tetap nak balik makan dengan papa saya!”
“Kenapa? Papa awak lebih penting dari segala-galanya ke?” marah Tengku Farel Hakimi. Tiba-tiba dada Damia Azra naik sebak bila sebut nama papa. Tiba-tiba dia seperti mahu menangis kerana tidak pernah lagi ada seorang lelaki yang menjerit dan memarahinya sampai begitu sekali.
“Jangan kaitkan papa saya dalam hal ini. Awak boleh marah saya, awak boleh kutuk saya, tetapi jangan sesekali awak sentuh nama papa saya!” marah Damia Azra dalam keadaan menangis. Hati mengapa begitu lemah semenjak bertemu dengan papa semula? Air mata, mengapa terlalu murah harganya sejak ada papa?

Tengku Farel Hakimi terkedu. Apa aku sudah buat ini? Papa Damia Azra adalah lelaki yang aku hormati, kenapa aku marah si anak kaitkan si bapa pula? Sahih, Damia Azra balik mengadu kepada Pak Cik Omar petang nanti. Apa alasan aku? Sengaja mainkan perasaan anaknya? Dicapai kotak tisu yang berada di atas meja lalu dihulurkan kepada Damia Azra. Damia Azra menolaknya. Ooo, mudahnya kau. Sudah lah sakitkan hati aku, pujuk dengan kotak tisu saja. Ah, nak buat-buat menangis lah. Biar padan muka Tengku Farel Hakimi.
“Kenapa Mia?” soal Nik Safuan apabila melihat Damia Azra menangis teresak-esak. Tengku Farel Hakimi hilang punca. Makin ramai staf yang mengelilingi Damia Azra sekarang.  Damia Azra diam tidak memberi jawapan.
“Kau buat apa ni?” marah Nik Safuan kepada Tengku Farel Hakimi pula. Damia Azra berjalan masuk ke ruang dapur membiarkan Tengku Farel Hakimi disoal jawab oleh Nik Safuan. Masuk di ruang dapur hanya ada tiga orang chef yang sedang memasak, yang menolong mencuci pinggan hanya seorang saja. Aik? Resort punya besar seorang saja tukang cuci pinggan mangkuk? Damia Azra mengesat air matanya. Mudahnya aku menangis tadi kerana terlalu sakit hati dengan sikap Tengku Farel Hakimi. Tetapi apabila melihat muka Tengku Farel Hakimi pucat lesi, dia ingin ketawa saja. Hahaha.., Baru kau tahu aku siapa?
“Mia tolong boleh?” pintanya kepada seorang perempuan yang berpangkat kakak.
“Boleh, Mia cuci dengan air sabun selepas itu biar akak yang cuci dengan air bersih. Hari ini Kak Nor cuti, anak dia tak berapa sihat!” beritahunya. Terpandang name tag yang dipakai.  Maznah namanya.
“Tak mengapa, biar Mia tolong!”pinta Damia Azra.  Dia menyinting tangan baju kurungnya supaya tidak terkena air. Maznah menghulur apron untuk dipakaikan ke badan agar baju tidak kotor.  Baru dua biji pinggan yang dicuci, Tengku Farel Hakimi berdiri di sebelahnya.
“Maz, awak tolong Lina di bahagian kaunter yer, pinggan mangkuk ini biar saya yang cucikan hari ini!” ucap Tengku Farel Hakimi perlahan. Dengan staf lain boleh pula kau cakap lemah lembut, dengan aku macam nak makan aku saja.
“Baik, Encik Farel!”  Damia Azra tidak tentu arah bila lelaki itu berdiri hampir di sebelahnya.
“Encik Farel, masak sekali lepas ini, saya nak balik awal, sebab nak bawa tunang pergi tengok baju pengantin!” sampuk seorang chef di bilik memasak.
“Okeylah. Saya ganti lepas ini!” ucap Tengku Farel Hakimi menunggu pinggan yang dicuci dari Damia Azra yang tidak bergerak pun. Serba tidak kena. Hendak membasuh satu pinggan pun terasa terseksa. Tangan licin dek air sabun menyebabkan dia terkial-kial untuk membasuh pinggan. Apa tah lagi lelaki itu sedang memandang ke arahnya, lagi lah gelabah.  Kalau jatuh pinggan ini ke lantai pastinya aku kena marah lagi.
“Mia, kita tukar tempat biar saya yang cuci dengan air sabun!” ucap Tengku Farel Hakimi. Kenapa? Kau nak pujuk aku ataupun nak ambik hati aku setelah kau lukai hati aku tadi? Begitu? Damia Azra buat tidak dengar. Tangannya tetap mencuci pinggan yang kotor lalu diberikan kepada Tengku Farel Hakimi. Buat sajalah hendak tukar kenapa pula?
“Mia..,” panggil Tengku Farel Hakimi. Damia Azra langsung tidak ambil pusing, malah tangannya semakin lincah membasuh pinggan.  Tengku Farel Hakimi hilang punca. Hendak berlembut ke? Mana boleh, aku bos di tempat ini. Jatuh lah maruah aku.

Selesai membasuh pinggan, tetapi Damia Azra tidak bersuara walaupun sepatah perkataan. Dibiarkan Tengku Farel Hakimi berbual dengan staf yang lain tetapi dia diam seribu bahasa. Biarlah apa saja dia orang mahukan katakan kepadaku, aku sombong ke, aku berlagak ke, aku sudah tidak peduli tetapi hari ini hatiku sedikit terluka kerana ada orang mengaitkan papa atas sikap aku. Kenapa? Teruk sangat ke kami ini? Memang aku tidak puas hati dengan Tengku Farel Hakimi ini. Ingat dia kaya, dia anak orang bangsawan, dia boleh kata apa saja kepada orang yang susah seperti aku? Hebat sangat ke dia, sampaikan menghina aku?

Sebelum melangkah pulang, dia membersihkan dahulu kawasan di dapur dan di bilik masak. Di susunnya pinggan mangkuk di atas rak. Kemas dan sedap mata memandang. Pandai Damia Azra menyusun pinggan-pinggan tersebut.
“Kak Lina, Mia balik dulu!” beritahu Damia Azra. Ketika itu Lina dan suaminya, begitu juga dengan Tengku Farel Hakimi berada di kaunter penyambut tetamu.
“Okey, baik-baik berjalan yer!” pesan Lina. Damia Azra mengangguk. Wajah Tengku Farel Hakimi dan Nik Safuan langsung tidak dipandangnya. Benci.

Sepanjang jalan pulang ke rumah,  dia tahu ada orang sedang mengekorinya. Siapa pula nih? Damia Azra mempercepatkan langkah tetapi tersekat kerana lelaki itu bersama seorang rakannya sudah berada di sebelahnya.
“Hai cik adik manis, boleh berkenalan?” soal lelaki bermisai lebat yang mengerunkan. Siapa pula? Damia Azra ingin berlari tetapi disekat oleh lelaki bermisai.
“Nama saya Johan, cik adik pula?” sambung Johan sambil menghalang perjalanan Damia Azra.
“Tepi lah!” ujar Damia Azra sambil menepis tangan Johan yang sedang mendepang menghalang langkahnya.
“Jangan lah garang cik adik manis!” balas Johan cuba memegang bahu Damia Azra tetapi Damia Azra lebih tangkas menghalang tangan Johan dari merayap di atas bahunya.
“Oo, main kasar yer..,” kata Johan mahu menangkap Damia Azra tetapi ada sepasang tangan yang menepis tangan Johan.
“Eh, Tengku!” ucap Johan, sedikit ketakutan.
“Kau nak buat apa Johan?” marah Tengku Farel Hakimi . Kau memang tak ada kerja lain ke selain kacau perempuan, sekat perempuan ketika berjalan, usik perempuan dan sebagainya lagi. Bukan Damia Azra saja yang diganggu oleh Johan dan rakannya ini, semua gadis di Tanjung Rhu sudah diganggu oleh mereka berdua.
“Saya...,” ucap Johan tersekat-sekat.
“Kau nampak penumbuk aku nih, kau ganggu perempuan ini lagi, kau siap. Aku belasah kau cukup-cukup!” marah Tengku Farel Hakimi memberi amaran. Damia Azra sudah pun menghilang dari situ. Tengku Farel Hakimi cuba mengejar tetapi Damia Azra sudah pun sampai ke rumah.

Ada juga orang tak senonoh di Tanjung Rhu ini? Ingatkan sudah tiada orang yang berperangai buruk seperti itu. Siapa namanya tadi? Johan?? Cukuplah hari ini, Johan. Kalau esok kau ganggu juga aku, siaplah kau! Ujarnya geram.
“Pergi mandi, nanti nak pergi belajar mengaji di rumah tok pula!” suruh papa sebaik nampak muka Damia Azra yang kepenatan. Baru sudah berlari ke? Siapa yang kejar anak aku ini? Ada orang menganggu ke? Andainya ada, siapa? Budak Johan?? Siapa tidak kenal Johan di kampung ini, semua orang kenal Johan yang nakal dan suka mengusik budak-budak perempuan, apa tah lagi budak perempuan yang cantik seperti Damia Azra.
“Baik papa. Mia nak rehat sebentar, lepas tu nak mandi!”
“Okey, rehat lah diri tetapi ingat jangan terlena waktu petang begini, tak elok lah, Mia!”
“Okey, papa!”

Semangatnya hendak pergi belajar mengaji di rumah tok hari malam ini. Mia, akan penuhi permintaan papa, percayalah. Mia akan belajar dengan tekun sekali dengan tok bermula malam ini. Rasa malu sudah pun dibuang jauh-jauh. Apa hendak malu? Aku bukan buat perkara jahat pun. Jadi, aku mahu pergi awal malam ini untuk belajar mengaji dengan anak-anak kecil yang setiap malam bertandang mencari ilmu akhirat di rumah tok.

Selepas solat mahgrib dengan papa, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah tok. Nasibnya baik kerana Tengku Farel Hakimi tiada di situ. Lelaki ini tidurnya di mana? Di rumah tok dan tok wan atau pun ada rumah sendiri? Soal hati Damia Azra.
“kakak, nak belajar sekali dengan kami ke?” soal Melur yang berusia sembilan tahun. Damia Azra tersenyum dan mengangguk saja.
“Yeyeye, seronok, dapat kawan dengan akak yang cantik ni. Akak apa nama?” soalnya riang.
“Kak Mia!” jawab Damia Azra. Ada pemisah di sini. Kanak-kanak perempuan termasuk dirinya belajar dengan tok, manakala kanak-kanak lelaki belajar dengan tok wan di bilik sebelah sana. Jadi, tidak bercampur lelaki dan perempuan.  Ada seramai tujuh orang kanak-kanak perempuan, masuk dengannya jadi lapan orang.  Kanak-kanak itu satu persatu datang memperkenalkan diri kepadanya. Kebetulan Damia Azra ramah dan cepat mesra. Semua kanak-kanak kecil itu suka kepadanya.

Ya Allah, tenangkan hatiku dan terangkan hatiku, untuk mempelajari ilmu MU ini. Lapang dadaku dan bimbinglah aku ke jalan yang ENGKAU redhai. Amin.

Damia Azra otaknya pintar dan cepat boleh. Dengan mudah dia dapat mengenal semua huruf-huruf jawi itu. Lancar dan laju. Tok pun tidak sangka, Damia Azra cepat boleh dan mudah dapat menangkapnya. Semua kanak-kanak sudah pulang ke rumah masing-masing, hanya tinggal mereka berdua saja.
“Mia, nak sambung lagi?” soal tok. Sekarang sudah pukul 10.30 malam. Iqra tahap satu sudah pun hampir habis. Esok boleh sambung Iqra tahap dua dan seterusnya.
“Mia, nak balik. Lagi pun kasihan kat tok sejak dari tadi tak berehat,” kata Damia Azra.
“Okey lah, esok pagi Mia pun nak kerja kan? Malam esok kita sambung lagi!” kata tok sambil menepuk bahu Damia Azra dengan mesra. Dia mengangguk saja. Memang letih pun, mata sudah teringat batal dan katil saja sekarang.
“Mia, balik dulu ya tok. Esok Mia datang lagi!”  katanya. Di ruang tamu rupanya abah sedang menunggu dirinya.
“Jom, kita balik!” ajak papa. Mereka berjalan berdua untuk pulang. Andainya masa dapat berulang, keadaan ini lah yang akan aku lakukan untuk jaminan hidup di dunia dan juga di akhirat kepada Damia Azra. Sewaktu kecil Damia Azra tidak boleh belajar kerana aku tidak menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab, aku abaikan dia kerana kepentingan hidup, kini, hari ini, saat ini barulah aku mahu melaksanakan tanggungjawab yang cukup besar. Aku mahu memberi didikan dan pengetahuan agama kepadanya. Syukur alhamdulillah, kerana dia anak yang menurut kata walaupun aku tahu hati dan perasaannya. Sebagai anak dara sunti, dia sebenarnya malu untuk belajar dengan anak-anak kecil di sini.
“Mia, Farel dah minta maaf dengan papa tadi. Katanya dia tidak berniat untuk melukakan hati Mia dan hati papa,” kata papa tangan Damia Azra dipimpinnya. Seolah memegang tangan anaknya yang masih kecil.
“Papa maafkan dia?”
“kita hanya insan biasa sayang. Sedangkan ALLAH itu maha pengampun inikan pula kita yang tidak mempunyai apa-apa. Mia kena belajar untuk memaafkan orang-orang yang melukakan hati Mia. Belajar untuk maafkan mama, papa tahu Mia marah pada mama kerana pilih kasih dalam memberi kasih sayang seorang ibu,” nasihat papa. Aku tahu segala suka duka Damia Azra, kerana rakan ku sering bercerita tentang dia.
“Mia tak nak fikir tentang mama lagi. Mia dah ada papa. Jadi cukuplah bagi diri Mia. Lagi pun mama sudah ada keluarga sendiri, papa. Mama dah ada abah, dah ada Zana dan anak-anak kembar. Mia ni? Mama tak pernah sayang pun!” adu Damia Azra. Tengok lah sampai saat ini, mama tak cari pun Mia, yang asyik bertanya khabar tentang Mia ada lah abah, selain Bibik Indah dan Aisya. Mama?? Asyik manjakan Zana saja. Mia???
“Mana boleh cakap macam tu, ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Mia tetap anak mama lah. Darah daging mama!”
“Papa yang kata macam tu, mama tak lah papa!”  jawab Damia Azra. Tentu hatinya terlalu terluka kerana sikap mamanya selama ini. Agaknya kenapa Shahrini melayan Damia Azra  begitu? Kerana bencikan aku ke? Marahkan aku kerana telah melakukan satu kesalahan besar lalu membabitkan anak aku sekali? Kasihan dia, kerana aku, dia tidak mendapat kasih sayang seorang ibu.
“Maafkan mama, tentu hati Mia akan menjadi tenang nanti!” pujuk papa. Aku tidak mahu anak aku membenci ibunya sendiri. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa pula adalah kasih yang sejati.
“Tengoklah macam mana nanti. Buat masa sekarang Mia hanya mahu tinggal di sini bersama papa saja!” jawabnya. Aku merajuk hati ke kerana mama melayan aku tidak seperti seorang ibu yang menyayangi diri ku? Dulu mama okey saja, sanggup lakukan apa saja untuk aku tetapi perangai mama berubah apabila aku ditangkap polis. Mama mula membenci ku kerana kes itu. Jadi wajarkah aku salahkan mama sedangkan semua itu berpunca dari sikap kedegilan aku? Aku yang tidak makan nasihat. Aku yang nakal dan suka melawan cakap mama? Jadi, salahkah mama?

Aku harus memaafkan diri ku sendiri, dan selepas itu barulah boleh memaafkan orang lain. Aku yang banyak melakukan kesalahan dan kesilapan kepada mama dan aku yang sepatutnya meminta maaf kepada mama.
“Papa dah makan?”
“Dah. Mia nak makan ke?”
“Mia nak tidur, dah kenyang makan di resort tadi!”
“Okey, pergilah tidur. Selamat malam!”  ucap papa.

Dia mahu tidur saja dan tidak mahu berfikir apa-apa lagi.

3 ulasan: