Rabu, 5 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (26)




KETIKA DIA SEDANG MENUKARKAN PAKAIAN, TELEFONNYA BERBUNYI NYARING dengan lagu Stacy.  Tengku Farel Hakimi yang menelefonnya.
“Apa hal telefon orang waktu nak mahgrib ni?” tengking Tengku Farel Hakimi. Pecah anak telinga aku lah.
“Jangan cakap hal saya dengan Fayyad dekat papa, dekat tok dan tok wan yer.  Begitu juga kat orang lain, boleh?” beritahu Damia Azra cemas.
“Kenapa pulak? Awak bukan buah hati saya pun. Ikut suka hati saya lah nak cakap ke tak?” balas Tengku Farel Hakimi disusuli dengan ketawa yang menjengkelkan di halwa telinga Damia Azra, Susahnya hendak minta tolong, kasihan papa andainya papa tahu anaknya dihina orang semata-mata papanya pembunuh.
“Saya tak mahu papa susah hati!”
‘Itu papa awak, bukan papa saya pun. Lagipun antara kita tiada ikatan, awak tu hanya bekas adik ipar tak jadi saya saja!”
“Awak ini tak ada perasaan belas ihsan langsung lah. Orang minta tolong banyak cakap pula!” ujar Damia Azra. Telefon dimatikan. Tetapi berbunyi semula.
“Saya bocor rahsia awak, saya akan ceritakan segala-galanya kepada Pak Cik Omar, tentang Fayyad, tentang Muiz, bahawa anak gadisnya tu tidak sebaik mana pun. Jahat adalah!”  sambung Tengku Farel Hakimi. Damia Azra mengetap bibir. Hati diusik keresahan. Perasaan takut datang tiba-tiba.
“Cakaplah, saya bakar seluar jeans awak yang mahal tu,”
“Mia!”
“Kalau awak buat kat saya, saya pun boleh buat kat awak juga lah,”
“Bakarlah, seluar tu saya boleh beli lain, tetapi hati papa awak akan terluka,”  ugut Tengku Farel Hakimi. Mendengar perkataan terluka membuatkan dadanya sebak. Hati papa sudah banyak kali dilukai. Tentu tamparan ini paling hebat untuk papa menanggungnya. Kasihan papa!
“Awak nak apa sebenarnya hah?” marah Damia Azra kembali.
“Kerja dengan resort saya. Esok pagi datang ke sini. Saya hendak jumpa!” jawab Tengku Farel Hakimi. Kerja dengan dia?? Jawapannya aku hari-hari kena mengadap muka dia lah. Hmm, Damia Azra berfikir sendiri.  Macam mana nih? Tengku Farel Hakimi bukannya boleh diharap sangat. Apa yang pasti lelaki ini memang jahat sebab itu lah dia mengugut aku dengan syarat supaya aku bekerja dengannya. Untuk apa? Hendak buli aku kut!
“Tengok keadaan!” jawab Damia Azra.
“Damia Azra, saya hendak jawapan yang sahih. Mahu atau tidak? Bukan jawapan tengok keadaan!” tekan Tengku Farel Hakimi.
“Okeylah, saya kerja dengan resort buruk awak  tu!”  jawabya kerana ketika itu terdengar azan mahgrib berkumandang. Segera dia mematikan perbualan kerana menghormati suara azan dan menghayati seruan ALLAH yang maha pengasih itu.

Selesai berjemaah solat mahgrib bersama papa, dia mengikut papa ke rumah tok. Hanya dengan berjalan kaki saja. Rumah tok bersebelahan dengan rumah papa. Dari jauh sudah terdengar budak-budak mengaji Al-quran, terdengar suara tok dan tok wan sedang menegur budak-budak mengaji al quran.
“Mia kena belajar mengaji al quran mulai malam ini. Papa hendak Mia belajar dengan tok. Boleh?” kata papa ketika hendak sampai di rumah tok.
“Malu lah papa!” jawab Damia Azra. Segannya semua budak-budak dalam lingkungan tujuh hingga dua belas tahun. Aku saja yang terlebih umur. Nanti adik-adik itu ketawakan aku pula.
“Malu apanya, Mia bukan buat perkara jahat pun!” marah papa. Damia Azra serba salah. Papa ni, selain rumah tok tak ada ke tempat lain yang boleh Mia belajar mengaji al quran. Adalah lagi lah tempat lain rasanya dari rumah tok ini.
“Mia rasa ada tempat lain lagi lah,” bantah Damia Azra, kaki sudah pun sampai tetapi dia tidak mahu melangkah masuk ke rumah tok wan. Gementarnya perasaan.
“Jomlah masuk, ini saja tempat yang terbaik papa rasakan. Kenapa bantah sangat nih?” suara papa sudah naik seharkat. Papa marah ke?

Papa menghulurkan bungkusan yang dipegangnya sejak dari tadi. Damia Azra melihat isi di dalam palastik hitam tersebut. Ada buku Iqra rupanya. Inikah yang papa belikan di Pekan Kuah tadi? Buku Iqra dan Al Quran dipeluknya ke dada.
“Assalamualaikum!” ucap papa dari luar rumah.
‘Waalaikummussalam!” jawab seseorang dari dalam. Pintu terkuak, terpandang wajah Tengku Farel Hakimi sedang tersenyum. Dia lagi? Tengku Farel Hakimi terpegun memandang wajah Damia azra yang berubah menjadi semakin cantik. Ayu dan bersopan kerana sudah memakai tudung. Tudung pilihan hati Tengku Farel Hakimi. Datuk Mohsin menyuruh Tengku Farel Hakimi yang memilih untuk anak daranya. Dia yang sudah tua manalah tahu fesyen tudung yang terkini untuk gadis zaman sekarang.
‘Siapa Ril?” soal tok wan.
‘Pak cik Omar dan Mia, tok wan!” jawab Tengku Farel Hakimi. Matanya masih memandang wajah Damia Azra. Tidak mahu memandang ke arah lain.
“Jemput dia orang masuk, Ril!” suruh Tok wan. 
“Masuklah pak cik, Mia!” ucap Tengku Farel Hakimi. Eleh, cakap sopan mak datuk, wal hal kaki buli.  Papa saja yang masuk ke dalam rumah manakala Damia Azra masih berdiri. Tengku Farel Hakimi tidak bergerak. Hati Damia Azra kebimbangan, lagilah teruk aku diperli dan disindir olehnya kerana tahu akan kekurangan diri ini. Aku tidak pandai mengaji al quran pun, alif, ba, ta pun tak kenal, macam mana lah nak belajar mengaji al quran. Huhuhu..,
“Terima kasih, Ril!” ucap papa sambil menarik tangan Damia Azra untuk turut masuk. Berat rasa kaki, berat lagi beban di dalam hati. Damia Azra terpaksa menurut kehendak papa kali ini.

Papa menunggu sehingga semua orang pulang terlebih dahulu, baru lah dia mahu berbincang mengenai hal Damia Azra. Dia tahu Damia Azra malu kepada semua orang tetapi sebagai ayah, dia mahu menjalankan tanggungjawabnya yang selama ini terabai. Sebagai seorang ayah, dia mahu anak gadisnya pandai membaca ayat-ayat suci kalam ALLAH itu. Biarlah Damia Azra tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, biarlah Damia Azra tidak masuk universiti tetapi yang penting Damia Azra boleh membaca ayat-ayat suci milik ALLAH ini.
“Kenapa Omar?” soal tok wan. Semua anak-anak kecil sudah pun pulang. Tinggal mereka saja.
“Begini pak cik, saya hendak menghantar anak gadis saya belajar mengaji di sini. Damia Azra ini cetek dalam pengetahuan mengaji al quran. Huruf alif, ba, ta pun tak tahu. Jadi saya berhasrat benar untuk menghantar Damia Azra belajar dengan mak cik!” terang papa. Muka Damia Azra sudah naik merah. Malunyaaa..,
“Kalau gitu hantar belajar kat saya pun tak mengapa, pak cik. Biar saya yang ajar budak bengap ini!” sampuk Tengku Farel Hakimi sengaja menyindir Damia Azra. Hishh, kau hina aku yer. Hati kau memang busuk lah, sengaja hendak jatuhkan air muka aku depan semua orang.
“Farel, jangan kata macam tu lah kat Mia, tak baik lah!” tegur tok.
“Tak mengapa mak cik. Farel tak ada niat apa-apa pun. Sengaja hendak menyakat Mia saja!” ucap papa sambil tersenyum. Papa ni sebelahkan Tengku Farel Hakimi melebihi anak sendiri pula.
“Macam ni lah, Omar. Biar Mia belajar lewat sedikit, selepas solat isyak kerana waktu tu budak-budak semuanya sudah balik. Besok, Mia datang dalam jam 10.00 malam yer,” ucap tok sambil memegang bahu Damia Azra. Damia Azra tidak kata apa-apa. Hanya mendengar saja. Hendak menjawab pun tidak boleh kerana dia sedar akan kekurangan dirinya.
“Terima kasih banyak-banyak, mak cik!” ucap papa terharu. Alhamdulillah, semuga Mia mudah belajar ilmu ALLAH ini.
“Sama-sama,” balas tok sambil memeluk Damia Azra.

Mereka pulang berempat, Papa, Tengku Farel Hakimi dan Nik Sufian turut mengiringi langkah kaki mereka untuk pulang ke rumah kerana mahu makan malam bersama papa. Rasanya ini acara mereka bertiga di setiap malam. Mujurlah Lina tidak turut serta kerana anaknya tidak sihat. Kalau tidak tentu Damia Azra terpaksa menemani Lina makan bersama.

Damia Azra terus masuk ke bilik kerana malam ini dia ingin berbual lama dengan Aisya. Andainya ada kesempatan dia mahu menelefon abah untuk bertanya khabar tentang Zana, Muiz dan mama di Melaka. Malam ini mahu bergayut saja.
“Mia, solat isyak dulu sebelum tidur yer. Nanti takut terlupa pula!” pesan papa apabila melihat Damia Azra sudah mahu masuk ke dalam bilik, sudah mahu tidur.
“Okey, papa!” jawabnya. Sembahyang sebentar lagi, sekarang mahu berbual dengan Aisya yang sudah dianggap seperti adik sendiri.  Setengah jam berbual dengan Aisya, dia kini menelefon abah pula. Mahu berterus terang dengan abah, kerana dia akan menetap terus untuk tinggal bersama papa di sini saja. Dia tidak mungkin akan pulang ke bandar hang tuah itu lagi.
“Abah, Mia nak tinggal terus di sini. Mia tak mungkin akan pulang ke Melaka dalam masa terdekat ini,” beritahunya selepas menjawab salam dari abah.
“Kenapa Mia? Mia masih marah kepada abah ke?”
“Tak lah. Sebenarnya Mia tinggal dengan papa di sini,”
“Dengan siapa?”
“Dengan papa, bah. Sudah hampir dua tahun papa menetap di sini. Selepas papa bebas dari penjara, papa menetap di sini,” beritahunya perlahan.
“Oooo, patutlah tinggalkan abah, rupanya sudah berjumpa dengan papa. Papa sihat Mia?”
“Alhamdulillah. Papa sihat. Mia tak pernah lupakan abah, kerana abah satu-satunya insan yang sanggup terima Mia sebagai seorang saudara!” jawabnya sebak. Benarkah dia tidak pernah membenci Abah? Hmm, aku siapa untuk membenci abah? Abah sayangkan aku seperti anak sendiri pun sudah cukup baik.
“Syukur alhamdulillah. Abah tahu Mia anak yang baik!”
“Abah, jangan cakap dengan mama yer, Mia tinggal dengan papa, sebab Mia tak tahu mama boleh terima atau tak keadaan ni!”
“Okeylah, abah faham.
“Abah, macam mana keadaan Zana dan Muiz, dia orang sudah okey ke?”
“Muiz tu abah tengok dah banyak berubah. Sudah mula bekerja, tetapi Zana masih macam tu. Sikit hari lagi okey lah kut, sebab Muiz selalu datang berbual dengannya!”
“Hehehe..,”
“Orang muda yang menganggap cinta adalah segala-galanya. Bila orang yang dipuja cuba memikat gadis lain, mulalah naik gila, wal hal jodoh dan pertemuan sudah diaturkan oleh ALLAH. Mia, bila lagi nak ada buah hati nih?” usik abah. Tidak bermakud mahu melukakan hati si anak, sekadar ingin bergurau.
“Siapa yang mahukan Mia nih, abah. Ilmu tak ada, harta tak anak, anak pembunuh pula tu!”
“Jangan cakap macam tu, abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Mia. Suatu hari nanti Mia akan berjumpa juga dengan lelaki yang benar-benar cintakan Mia!” ucapan abah membuatkan Damia Azra terharu.
“Mia!” jerit suara papa dari luar menganggu perbualan mereka berdua. Dia memohon mengundurkan diri kerana mahu melihat papa pula.
“Mia!”
“Ya!”
‘Keluar sekejap!” arahan itu bukan dari papa pun. Dicapainya tudung lalu disarungkan di kepala. Dia membuka pintu bilik. Tengku Farel Hakimi sedang menunggu di ruang tamu. Papa tiada tetapi Nik Safuan sedang memandang tepat ke arahnya.
“Apa lagi?”
‘Pergi kemas meja dan cuci pinggan mangkuk. Kami dah nak balik. Pak cik Omar dah masuk ke biliknya!” beritahu Tengku Farel Hakimi.
“Kenapa tak basuh pinggan sendiri, lepas makan cucilah pinggan mangkuk tu!” leter Damia Azra.
“Awak anak perempuan pak cik ke atau saya anak pak cik?” tengking Tengku Farel Hakimi. Aku nak solat dan nak tidur, tiba-tiba kena basuh  pinggang mangkuk pula.
“Makan reti, basuh pinggan tak reti!”
“Aih, awak tu perempuan, kalau tak makan pun kena basuh pinggan juga ler. Esok-esok menikah tak kan nak suruh suami basuh pinggan sendiri kut. Nak jadi isteri kurang ajar ke derhaka nih?”
“Isteri sesiapa pun tak mengapa, yang pastinya saya tak jadi isteri awak, cukuplah tu!”

Kena kemas meja dan cuci pinggan, barulah boleh solat dan tidur. Esok perlu bekerja di Resort Istana kasih pula. Hmm, kena jumpa muka mamat meroyan itu lagi.
“Mia, nanti sudah basuh pinggan, jumpa papa yer!”
‘Baik, pa!” balasnya. Pengalaman baru dalam hidup. Aku mana pernah cuci pinggan mangkuk sebanyak ini. Di rumah aku basuh pinggan mangkuk aku sendiri saja, yang lain semuanya Bibik Indah yang lakukan. Bibik Indah?? Subhanallah, sudah berapa hari aku di sini, belum pernah sekali pun aku telefon Bibik Indah di Melaka. Tentunya dia menunggu panggilan dari aku sejak dua tiga hari ini. Aduh, asyik telefon Aisya dan abah sampaikan terlupa pada orang yang banyak berjasa kepada aku selama ini. Apa lah hendak jadi dengan aku agaknya. Jumpa abah dulu nanti baru telefon Bibik Indah.
“Papa!” panggilnya. Papa segera menutup suis tv. Damia Azra duduk di sebelah papa. Aku memang tidak sepatutnya membenci papa, biar apa pun yang pernah  papa lakukan, dia tetap papaku. Lagipun aku lihat papa sudah banyak berubah. Papa bukan papa yang dulu-dulu lagi.
“Dulu, papa jahil Mia. Kemewahan membuat papa lupa pada ALLAH yang menciptakan kita di dunia ini.  Papa asyik mengejar harta dunia dan mengikut hawa nafsu sampaikan papa terlupa semua itu hanya pinjaman. Papa abaikan kamu, papa abaikan mama kamu kerana nafsu papa sendiri,” cerita papa. Entah lah, saat-saat itu aku masih kecil, tidak tahu semua itu, malah tidak ingat tentang itu, apa yang pasti papa sayangkan aku. Setiap malam, biar pun papa pulang lewat, dia tetap akan menjenguk ku di bilik, membelaiku dengan sepenuh kasih sayang dan menepuk ku dan mendodoikan aku sehingga aku terlena.
“Sekarang, papa tak mahu kamu jadi seperti papa. Sebab itu papa memang nak sangat kamu belajar mengaji al quran, jangan tinggal solat supaya kamu jadi anak yang baik dan solehah. Beri peluang kepada papa untuk menebus dosa-dosa papa terhadap kamu. Dulu, kamu tidak boleh belajar kerana papa, sekarang kamu pergilah sambung belajar semula. Papa sudah sediakan duit untuk kamu sambung belajar,”  sambung papa. Air mata Damia Azra menitis tanpa sedari. Papa terlalu baik dan menyayangi aku tetapi aku saja yang menjauhkan diri selama ini.
“Mia akan belajar mengaji dengan atuk dengan bersungguh-sungguh, Papa. Mia akan buang perasaan malu dan rasa rendah diri untuk belajar mengaji al quran!”  tekad Damia Azra. Aku akan penuhi impian papa. Biarlah orang menghina aku, biarlah aku diketawakan oleh Tengku Farel Hakimi tetapi demi papa aku akan belajar al quran dengan tekun sekali.
“Alhamdulillah. Kalau boleh papa hendak dengar Mia baca surah yasin ketika papa sakit nanti!”  ucap papa sambil menepuk bahu Damia Azra.
“Apa lah papa ni, cakap macam tu pula!”
“Hehehe..,”
“hmm, sekarang Mia nak solat lepas tu nak tidur. Esok pagi Mia kena pergi kerja di resort mangkuk ayun tu!” beritahu Damia Azra sambil bangun. Di salamnya dan dicuimnya tangan papa. Dulu, sewaktu kecil dia mencium kedua belah pipi papa sebelum masuk tidur.  Tetapi sekarang sudah berbeza.
“Tak baik lah panggil orang macam tu. Pergilah kerja, lagipun Farel sudah minta izin dari papa tadi!” tegur papaa. Ooo, pandai kau yer, kau beritahu papa aku yang aku hendak kerja dengan kau.
Selesai solat dia menelefon Bibik Indah memberitahu keadaan dirinya. Suara Bibik Indah gembira sekali apa bila Damia Azra menceritakan tentang diri papa yang sudah banyak berubah. Selesai berborak dia terus tidur dan dia terjaga semula apabila mendengar suara orang sedang mengaji al quran.

Dilihat jam di handset, baru pukul 3 pagi. Siapa pula yang membaca al quran. Perlahan-perlahan dia membuka pintu bilik dan di lihatnya bilik papa masih terang benderang. Rupanya papa masih belum tidur dan suara orang yang sedang mengaji al quran ada lah suara papa. Indahnya suara papa. Kenapa papa tak ajarkan Mia mengaji sendiri? Kan lebih senang kalau papa yang ajarkan Mia, ini tidak Mia kena belajar dengan tok pula. Ah, mungkin papa ada sebab tersendiri.

Mata sudah terbuka luas, rasanya tidak boleh tidur semula. Dia menolak pintu bilik papa,  melihat papa sedang khusyuk membaca al quran. Niat di hati mahu tidur di sebelah papa tetapi rasa kekok pula, lalu dia berundur dan duduk di atas kusyen rotan sambil melihat papa mengaji. Akhirnya matanya terlelap juga tetapi dia dapat menangkap papa solat tahajud dan solat sunat sehingga subuh papa tidak tidur pun.

Selesai sembahyang berjemaah solat subuh dengan papa, dia mahu tidur semula kerana baru pukul enam lebih. Pagi masih terlalu awal, tidak  tahu mahu buat apa waktu-waktu begini lebih baik lena saja sebelum pergi kerja.
“Tak baik lena selepas solat subuh, rezeki tak masuk nanti!” tegur papa.
‘Tak ada kerja apa lah papa,”  jawabnya.
“Jom kita pergi pantai, rasa angin laut, rasa pasir-pasir halus. Mia tak ada pengalaman lagi kan?” ajak papa.
“Yahoo, bestnya!” jerit Damia Azra keriangan.

DENDAM YANG TERINDAH (25)




MAKAN TENGAH HARI YANG PALING INDAH dapat Damia Azra rasakan. Orang-orang di sekeliling papa menerima kehadirannya dengan setulus hati. Tidak ada perasaan demdam dan benci. Tidak perasaan cemburu dan sakit hati, yang ada hanyalah kebahagiaan dan kegembiraan saja.
“Makan Mia, jangan malu-malu. Kamu pun Omar tambahlah, jangan pula segan!” pelawa Tok. Tok adalah panggilan kepada nenek. Di Kedah, nenek di panggil tok, manakala datuk pula dipanggil tok wan.
“Ini bukan tok yang masak tetapi isteri Abang Safuan kau, Kak Lina yang masakkan. Tok tolong sikit-sikit boleh lah, “  sampuk tok wan sambil memandang Lina yang sibuk memasukkan menambahkan gulai ikan keli ke dalam mangkuk.
“Masakan kampung saja lah, Mia!”  beritahu Lina menghulurkan gulai ikan keli kepada Damia Azra.
“Mia dah kenyang ni!” tolaknya.Sudah dua kali dia tambah nasi. Perutnya sudah tidak mampu di isi  lagi. Kenyang teramat, mata pula letih kerana naik bas terlalu lama semalam. Mahu tidur saja kerana hati begitu tenang hari ini.
“Ril, kau tak nak tambah ke?” soal Nik Safuan, melihat sepupunya hanya makan sedikit saja. Kenapa pula? Malu ke? Selalunya makan sampai tak nampak orang.
“Letih lah!” jawabnya sepatah. Tangan dibasuh. Di bawanya ke singki lalu dia mencuci tangan sendiri.
“Jangan beri alasan. Aku suruh kau balik sebab ada banyak kerja yang penting!” marah Nik Safuan.
“Macam mana kenduri kahwin Fayyad, Ril. Okey ke? Maaflah tok dan tok wan tak dapat pergi kerana masalah kesihatan. Nak naik kereta atau bas lama-lama dah tak boleh lah, hendak naik kapal terbang pun rasanya macam tak larat dah!”  soal Tok Wan. Tengku Farel Hakimi memandang tepat ke arah wajah Damia Azra. Damia Azra menunduk memandang ke lantai.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tok wan. Fayyad dan Nadia ada di Paris sekarang!” jawab Tengku Farel Hakimi.
“Jadi juga dia kahwin dengan Tengku Nadia yer, hari tu kecoh katanya terjumpa perempuan lain yang lebih cantik dari Tengku Nadia. Siapa nama perempuan tu, Ril?”  sampuk tok. Papa memandang ke arah Damia Azra kali ini.  Seakan ada sesuatu yang tidak kena. Damia Azra pura-pura tidak tahu, dia bangun dan mengambil pinggan mangkuk kotor untuk di bawa ke singki. Manakala Tengku Farel Hakimi masih berdiri di situ.
“Tak tahu tok!” jawab Tengku Farel Hakimi tersekat-sekat.  Andainya mereka tahu perempuan tersebut adalah Damia Azra bagaimana yer?  Apakah mereka akan marah ataupun sebaliknya.
“Keturunan kamu memang tak boleh berkahwin dengan orang biasa lah. Mama dan papa kamu memang menitik beratkan hal ini. Kamu tu kena cari yang berdarah raja juga nanti. Ataupun terima saja pilihan mama kamu tu!”  sambung tok wan. Damia Azra hanya mendengar. Oo, begitu ceritanya. Mujurlah hubungan ku tidak sampai ke pengetahuan Engku Zahirah sekeluarga, kalau tidak semakin parahlah hidup aku. Sudahlah aku ingin ada hubungan rahsia dengan Engku Zahirah sejak dari zaman remaja lagi.
“Saya serahkan kepada ALLAH, kalau ada jodoh, kahwin juga saya nanti!” balas Tengku Farel Hakimi.
“Safuan yang sebaya dengan kamu sudah ada anak dua, Farel. Jangan tunggu lama-lama, tak elok nanti!”  kata tok pula.  Damia Azra meneruskan kerjanya, tidak pedulikan perbualan antara Tengku Farel Hakimi dengan ahli keluarganya.
“Mia dah ada calon ke?” tanya Lina pula. Lina turut membantu Damia Azra dengan mengemas meja makan. Damia Azra memandang ke arah papa. Tidak ada jawapan untuk soalan ini.
“Gadis secantik Mia tentu sudah ada yang berpunya, betul tak?” pintas Tengku  Farel Hakimi. Damia Azra semakin resah. Kenapa dia berkata begitu? Mahu menjaga air muka ku barangkali?
“Hmm, terima kasih pak cik, mak cik kerana jemput kami anak beranak makan di sini hari ini. Mia papa tunggu Mia di luar yer!” kata Datuk Mohsin, tidak mahu anaknya disoal tentang perkara ini. Anak pembunuh siapa yang nak? Siapa yang sudi nak peristerikan anak pembunuh? Cantik pun orang tak pandang lah.
“Tidurlah di sini, Mia!”  ajak tok. Cadang mahu mengajak Damia Azra bermalam di sini sehari dua sebelum Damia Azra pulang tinggal di rumah papanya yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka.
‘Tak mengapa, tok. Mia ikut papa!” jawabnya. Hendak tinggal di sini? Lebih baik tinggal dengan papa sendiri dari tinggal dengan orang luar. Tambahan lagi yang ada hubungan dengan Tengku Fayyad dan Tengku Farel Hakimi lagilah aku tidak rela.
“Ril, Safuan, hantar beg-beg Damia ke rumah Pak Cik Omar kau!”  suruh tok wan.
“Tak mengapa tok wan, Mia boleh bawa sendiri!” ujarnya menolak bantuan. Segera dia menuju ke bilik tamu rumah tok untuk mengambil beg-beg pakaiannnya. Digalas beg sandang, manakala dua lagi beg ditarik perlahan, tambahan apabila melihat papa berdiri di luar rumah.
“Papa!” panggilnya. Papa menoleh ke arahnya lalu mengambil beg sandang di bahu Damia Azra. Digalas lalu sama-sama menarik beg pakaian yang besar itu. Mujurlah beg beroda, jadi senang lah untuk mereka berdua menariknya.
“Rumah papa kecil saja lah, tak sebesar rumah mama!” beritahu papa. Rumah papa dekat sangat dengan rumah tok dan wan. Berjalan tak sampai pun 10 langkah, sampai lah ke rumah papa yang kecil saja. Sesuailah untuk kami berdua.
“Tak mengapa, papa. Mia tak kisah, lagi pun Mia dah biasa lah hidup macam ni!” balas Damia Azra. Aku duduk di rumah besar pun seperti duduk di rumah kecil juga. Jadi apa bezanya kan?

Rumah ini hanya ada dua bilik saja. Satu bilik kepunyaan papa dan satu lagi memang khas untuk Damia Azra pun. Setiap bilik memang sudah disediakan bilik air. Di ruang tamu ada gambar mereka bertiga. Gambar ketika Damia Azra masih kecil. Masih budak hingusan. Papa masih menyimpan gambar kami sekeluarga rupanya. Hmm..,

Damia Azra merenung gambar itu dengan begitu lama. Betapa bahagianya saat ini. Mama dan papa sedang memeluk dirinya dengan penuh mesra sekali. Terharunya dia melihat. Tentu papa masih terkenangkan bekas isterinya itu. Selama ini tiada sesiapa pun yang tahu isi hati papa, sama ada papa masih terkenangkan mama atau tidak, masih rindukan mama atau tidak? Tidak sesiapa pun yag peduli pun.
“Pergilah simpan barang, dan berehat. Mia tentu letih!” ujar papa bila melihat Damia Azra tekun melihat gambar yang tergantung besar di ruang tamu. Damia Azra patuh, walaupun hatinya mahu bertanya tentang perasaan papa terhadap mama. Bekas isterinya itu.
“Baik, papa!” jawabnya. Dia menuju ke bilik yang sememangnya dikhaskan untuknya. Rasanya papa memang sudah menunggu kepulangan dan kehadirannya. Bilik ini berwarna serba pink kerana sejak dari dulu memang dia sukakan warna pink.  Ada bintang-bintang dan bulan di dinding biliknya. Bilik ini hampir sama dengan biliknya di banglo mewah dulu. Semuanya masih sama kerana papa yang mahukan rekaan seperti ini.

Siap mengemas segala pakaian, dia terus mandi dan ingin berehat saja di dalam bilik sebelum keluar berjumpa dengan papa. Rindu pada papa belum pun usai. Tentu papa ada banyak cerita untuk dikhabarkan kepadaku. Dia hanya menghantar sms kepada Aisya memberitahu akan hal dirinya tetapi di handphonenya sekarang ada tiga mesej yang diterima datangnya dari abah. Abah yang mahu tahu tentang akan dirinya.
“Abah, Mia ada kat Langkawi dah ni!” beritahu Damia Azra. Dengan abah tidak boleh main hantar sms sebarangan, harus ada perasaan hormat kepada abah. Lain lah Aisya.
“Ooo, seronok sangat ke Langkawi tu sampaikan kamu lupa pada abah. Tak call abah, sms pun tak!” marah abah berkecil hati barangkali.
“Tak lah, sibuk angkat beg, sibuk naik bot, tu yang tak sempat call abah!” jelasnya sambil membelai rambut sendiri.
“Nanti jangan lupa beli buah tangan bawa balik untuk abah yer!” pesan Dr. Luzman. Hah?? Saya tak mungkin pulang ke sana untuk masa terdekat inilah abah.
“Insya allah!”  jawab Damia Azra. Belum masanya lagi aku beritahu hal sebenar kepada abah. Takut abah tidak boleh menerima berita ini.
“Okeylah, jaga diri kamu baik-baik!”
“Abah pun, jaga diri abah yer!” ujar Damia Azra sambil tersenyum. Ah, sekarang sudah ada dua lelaki yang mengambil berat tentang diriku iaitu abah dan papa. Tengku Farel Hakimi pula bagaimana Mia? Huish, tak mahulah aku dengan kebaikan mamat tu. Mak dengan anak sama saja. Ingat darjat boleh di bawa ke akhirat ke? Iman sajalah orang bawa sebagai bekalan.
“Mia, buat apa lama sangat kat dalam bilik tu?” jerit papa dari luar.
“Kenapa papa?” soalnya kembali.
“Papa nak ke Pekan Kuah dengan Farel, kamu nak pesan apa-apa tak?” soal papa.
“Boleh tak pergi dengan orang lain, Mia tak suka lah si Farel tu!” jawabnya sambil membuka daun pintu biliknya. Papa tersengih. Inilah perangai Damia azra sebenarnya, suka berterus terang, tidak pandai menyimpan di dalam hati.
“Kenapa dengan Farel? Dia buat apa dengan kamu, Mia!”
‘Dia buat macam-macam lah papa dekat anak papa nih!”
“Dia pikat kamu ke?” usik papa. Damia Azra mengelengkan kepalanya. Papa membelai rambut anaknya dengan mesra. Perangai orang muda macam itulah, mula-mula benci lama-lama sayang pula. kalau sayang bagaimana Mia?
“Mia tak sudi lah dengan orang yang berlagak seperti Tengku Farel tu!”
“Okeylah papa faham. Nanti kalau kamu nak apa-apa minta dengan kak lina kau yer. Papa pergi dulu!” 

Damia Azra menghantar papa sampai ke muka pintu. Rupanya lelaki itu sudah pun menunggu papa di luar dengan kereta hondanya berwarna biru. Kereta lain pula? Berapa banyak kereta yang kau ada agaknya? Tiga ? Atau Empat?
“Mia tak ikut?” soal Tengku Farel Hakimi bila melihat Damia Azra muncul.
“Dari saya ikut awak lebih baik saya lena di dalam bilik,” jawab Damia Azra garang.
“Anak dara tak elok lena  waktu siang lah, nanti tak laku!” sindir Tengku Farel Hakimi. Tak gunanya kata aku tak laku depan papa aku, dia nih memang tak sayang mulut langsung.
“Jomlah, nanti lewat pula!” ajak papa. Bergaduh sampai tak ingat dunia budak-budak ni. Hai, takut bergaduh nanti jatuh hati pula.

Tentu hubungan papa dengan Tengku Farel Hakimi rapat, sebab ternampak dengan jelasnya keakraban antara mereka berdua. Seperti hubungan seorang anak dengan ayahnya. Mungkin kerana papa tidak mempunyai anak lelaki sebab itu hubungan mereka berdua menjadi rapat. Penemuan yang tidak disangka ini telah menukarkan diri siapa diri papa yang sebenar. Papa sudah banyak berubah, mungkin kerana mendapat pengajaran dan keinsafan semasa berada di dalam penjara bertahun lamanya.

Damia Azra menuju ke bilik kerana mahu berehat sepuas hatinya. Mahu beradu terlebih dahulu.  Angin pantai sungguh nyaman sekali. Mata pun sudah berpinau dibuatnya. Mengantuk! Dia terlena dengan hembusan angin pantai dan dibaluti mimpi-mimpi indah saja. Mimpi yang bahagia dan mengembira.
“Mia, Mia!’ kejut papa. Damia Azra membuka matanya. Kelihatan wajah papa.
“Papa..,” ucapnya manja.
“Bangunlah, dah lewat ni?”
“Pukul berapa, papa?”
“Dah enam setengah!” jawab papa. Damia Azra bingkas bangun. Tak solat asar lagilah. Lamanya aku tidur, mujurlah tadi dah solat zohor, kalau tidak terlepas aku.
“Atas katil ada kain telukung untuk solat dan sedikit kain tudung, papa nak Mia pakai tudung selepas ni. Jaga aurat Mia, rambut tu biar lelaki yang bernama suami saja yang melihatnya!” ucap Papa tegas. Damia Azra memandang ke arah papa. Papa ni Mia tak selesa lah pakai tudung. Panas!
“Tapi papa..,”
“Berdosa kalau tak pakai tudung, Mia. Mia mahu papa berdosa sama kah dengan apa yang Mia lakukan?”
“Papa, jangan lah cakap macam tu..,”
“Kalau gitu Mia kena biasakan diri dengan memakai tudung!”  ujar papa sambil keluar dari bilik Damia Azra.

Damia Azra memandang kain tudung di atas katil. Ada hampir sepuluh helai semuanya. Fesyen terkini dan moden pula. Tak kan lah papa yang memilihnya, kerana ini citarasa orang muda, bukan orang tua seperti abah. Jangan-jangan Tengku Farel Hakimi yang memilihnya bukan papa yang memilihnya? Kalau lah benar... hmmm..

Terharunya kerana dapat solat berjemaah dengan papa sahaja. Malah papa yang menjadi imamnya. Dia menjadi makmum di belakang. Setiap kali sujud, air matanya mengalir membasahi kain sejadah. Entah lah, perasaan terharunya datang menjelma di tangkai hati. Benar, dia terharu kerana selama ini dia sudah lama kehilangan arah dan tujuan.  Tiada siapa yang sudi membimbing dirinya. Tiada sesiapa pun yang sudi memimpin tangannya. Mujurlah ada papa!
‘Selesai solat maghrib, Mia ikut papa ke rumah tok yer!” beritahu papa sambil bangun menyidai kain sejadah. Mereka berdua sembahyang di ruang tamu saja.
“Untuk apa papa? Mia malas lah nak pergi rumah tok!”  jawabnya. Tok dengan tok wan tu saudara Tengku Farel Hakimi, ada kaitan pula dengan Tengku Fayyad, kalau lah mereka tahu akulah perempuan yang ada kaitan dengan Tengku Fayyad, bagaimana reaksi mereka nanti? Boleh kah aku menyimpan rahsia ini?
“Jom lah, sampai di sana nanti tahu lah!” ajak papa bersungguh-sungguh. Aduh, tak sanggup berhadapan dengan Tengku Farel Hakimi lagi.  Kenapa lah mesti ada Tengku Farel Hakimi di sini? Alang kah indahnya andainya ada papa dan aku saja? Aku ingin melupakan segala cerita lama dan membuka buku baru untuk tinggal dengan papa di sini, tetapi mestikah aku membawa bersama Tengku Farel Hakimi dalam setiap muka surat buku baru yang bakal aku tulis ceritanya bersama papa?  Mestikah?

Papa seakan tahu Damia Azra tidak pandai memasak, tidak mahir di dapur, maka papalah yang memasaknya. Nasi putih, ayam goreng dan gulai ikan tenggiri. Sedapnya haruman masakan gulai ikan yang papa masak membuatkan Damia Azra kelaparan pula. Aduh, gemuklah kalau begini. Tengah hari tadi sudah makan nasi di rumah tok, malam ini makan nasi di rumah bersama papa pula.
“Banyaknya papa masak!” tegur Damia Azra apabila melihat papa masak banyak, bukan untuk mereka berdua saja.
“Farel dan Safuan suami isteri hendak datang malam ini, selalunya Farel yang temankan papa, tetapi malam ini Safuan pun nak datang sekali!” beritahu papa. Hmm, datang lagi. Aku tak suka kau, kau datang lagi kerap yer.
‘Ooo..,”
“Farel tu dah macam anak papa, Mia.  Tiap-tiap malam dia lah yang datang berbual dengan papa. Dia tu budak baik, Mia!’ puji papa membuatkan Damia Azra mahu termuntah saja. Baik dari pandangan mata papa lah bukan dari kaca mata saya pun.
‘Dia tidur sini ke papa?” sengaja dia bertanya begitu? Mana tahu tidur di sini.
“Tak lah. Dia tidur di resortnya lah. Kadang-kadang dia tidur di rumah tok dan wan!” terang papa. Leganya mendengar penjelasan dari papa. Ingatkan tidur di sini.

Hmm, aku kena cakap dengan Tengku Farel Hakimi supaya dia merahsiakan apa yang dia tahu tentang diriku. Aku tidak mahu papa tahu hubungan aku dengan Tengku Fayyad dan aku tidak mahu papa tahu kejadian Muiz Afendy yang mahu mencabul kehormatan diriku tempoh hari. Aku tidak mahu papa merasa susah hati dengan kejadian-kejadian malang yang menimpa diriku.

Rasanya kena cepat beritahu Tengku Farel Hakimi sebelum dia datang berjumpa dengan papa malam ini. Jam sudah menunjukkan ke angka tujuh malam. Mahgrib di sini pukul berapa? Kalau di Melaka, jam 7.24, lebih kurang lima enam minit masuk lah solat mahgrib di sini yer. Tak sempat dah rasanya aku hendak berjumpa dengan mamat meroyan tu.

Tapi kalau tunggu esok, lambat lah pula, malam ini dia datang mesti dia cakap tentang aku. Sudahlah mulutnya itu celupar nombor satu di Malaysia.  Telefon saja atau pun mesej? Telefon la cepat sikit.
“Papa, Mia masuk ke bilik sekejap yer!” pinta Damia Azra.
“Pergilah, tukar pakaian tu sama, nanti pakai baju kurung yer!” pesan papa.
“Okey papa!’

Dia berlari masuk ke dalam bilik dan mencapai telefon bimbitnya. Di tekannya nombor telefon orang yang paling dibencinya di dunia ini iaitu Tengku Farel Hakimi. Lambatnya lelaki itu mengangkat membuatkan dia keresahan.  Dua kali dia menelefon tetapi lelaki itu tidak mengangkatnya.

Damia Azra kehampaan.