Selasa, 4 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (20)




“MIA, BUKA LAH PINTU MIA.Aku cintakan kau!” jerit Muiz Afendy sambil mengetuk pintu bilik rumah berkali-kali. Damia Azra mengigit bibirnya sambil mata memandang ke arah Aisya yang turut pucat. Hitam tidak berdarah. Muiz Afendy sudah naik gila. Sudah seperti dirasuk saja.
“Pergilah balik Muiz, malu kat orang lah. Jaga air muka keluarga kau!” pujuk Damia Azra.
“Selagi kau tak buka pintu ni, aku tak akan balik Mia!” rayu Muiz Afendy. Damia Azra semakin gelabah.
“Jangan begini, Muiz. Pergilah balik!” rayu Damia Azra lagi. Aisya memegang erat tangan Damia Azra.
“Aku dah tak boleh hidup tanpa kau lagi, Mia. Aku perlu kan kau dalam hidup aku!” ucap Muiz Afendy sambil menangis. Pilunya hati Damia Azra mendengar. Simpati kepada rakan baiknya ini kerana jadi begini disebabkan cinta.  Cinta ini hanya sebuah perasaan saja, Muiz. Dan perasaan ini kita boleh mengawalnya.
“Carilah ketenangan dalam hidup kau, Muiz.  Baliklah, sembahyang, minta petunjuk dari ALLAH,”ucap Damia Azra.
“Allah yang memberikan cinta aku kepadamu, Mia. Aku hanya sayang kau sejak dari dulu lagi. Aku tak mahu kahwin dengan Zana, si garang tu!” beritahu Muiz Afendy. Damia Azra mengelengkan kepalanya. Dia sudah menghantar sms kepada abah menyuruh abah segera datang ke sini. Itu saja cara yang ada sekarang. Maruah kedua belah pihak harus di jaga.
“Muiz, kita ni tak ada jodoh lah. Sejak dari dulu aku tak pernah ada apa-apa perasaan kat kau. Aku hanya anggap kau sebagai kawan baik aku saja!” balas Damia Azra. Mengertilah Muiz, aku tidak pernah menyayangi kau seperti seorang kekasih. Aku anggap kau sebagai kawan sahaja lah.
“Kau tipu aku, Mia. Kau penipuuuu!” jerit Muiz nyaring dan lantang. Kenapa lah kau jadi begini, Muiz? Pintu ditendang kuat. Bergegar bilik. Rasa takut datang bertalu-talu. Sms yang dihantar kepada abah tiada balasan pun. Abah ke mana sebenarnya? Mungkinkah abah sedang sibuk di tempat kerja kerana merawat pesakit? Atau abah tertinggal telefon bimbit kepunyaannya?
“Macam mana ni kak? Saya takut lah. Sekarang macam-macam boleh berlaku!” bisik Aisya di telinga kanan Damia Azra.
“Tahu. Tetapi tak tahu nak buat apa lah, Sya!” ujarnya bimbang. Mungkinkah Muiz akan bertindak di luar batasan kemanusiaan? Macam mana nih?
“Call polis kak!” cadang Aisya. Kalau call polis ini akan menjatuhkan air muka keluarga Muiz, iaitu Datuk Hisham. Orang berpangkat ini susah, tidak seperti kita yang tidak berpangkat ini.
“Ayahnya tu ahli perniagaan yang terkenal lah, Sya. Kalau kita report polis makin kecoh keadaannya!” ucap Damia Azra. Dia menarik meja kayu menghadang pintu yang ditolak oleh Muiz Afendy bertalu-talu. Ya ALLAH, tolonglah kami berdua. Pinta Damia Azra di dalam hati.
“Muiz, jom kita balik, nak. Tak baik ganggu Mia waktu malam begini. Kasihan Mia, dia nak berehatlah!” pujuk seorang lelaki. Damia Azra memasang telinga mendengar.
“Muiz hendak Mia, papa!” ucap Muiz sambil menangis. Ooo, Datuk Hisham rupanya. Siapa beritahu Datuk Hisham akan hal ini? Abah ke?
“Jangan begitu, kita ada adat, ada maruah, kena minang Mia cara elok. Baru berkekalan!” pujuk Datuk Hisham lagi.
“Marilah kita balik, esok kita pergi minang Mia di rumah Mia yer!” ucap seorang perempuan pula. Pastinya itu Datin Rose, ibu kepada Muiz Afendy.  Hendak masuk meminang aku? Biar berbetul Datuk dengan Datin nih? Aku tak mahulah!
“Betul ke mama dan papa hendak masuk meminang Mia untuk saya?” soal Muiz Afendy sudah bertukar suara. Dari sedih menjadi gembira kerana gadis pujaannya bakal menjadi miliknya.  Damia Azra yang mendengar semakih gelabah. Apa ni? Siapa Datuk Hisham dan Datin Rose yang mahu menentukan kehidupan aku? Mama aku pun tidak kisah hal aku, ini orang luar pula berlebih-lebih dalam hal ini. Hish, saya tak sukalah, datuk, datin!
“Betullah, Muiz. Marilah kita balik, jangan ganggu Mia!”  ajak Datuk Hisham.

Dua minit berlalu, keadaan di luar kembali sepi. Tiada lagi suara Muiz, Datuk Hisham dan Datin Rose. Mungkin Datuk Hisham dan Datin Rose sudah berjaya memujuk Muiz dan mengajak Muiz pulang. Leganya hati kalau mereka sudah pulang.
“Kak!”
“Kenapa Sya?”
“Sya tak berani nak baliklah. Takut!”
“Takut apanya, dia dah balik lah!”
“Sya nak tidur sini, temankan akak!”
“Okeylah!”

Tidak jadi keluar makan malam ini. Di rumah hanya ada biskut tiger saja. Hendak keluar pergi membeli pun sudah naik takut. Takut Muiz Afendy datang semula dan berjaya menangkapnya. Apa yang aku fikirkan nih? Betulkah Muiz akan bertindak sampai begitu sekali. Tak percayalah. Muiz itu orangnya baik, bukan orang jahat pun. Tetapi???

Damia Azra memanaskan air untuk menyediakan milo panas dan dimakan bersama biskut tiger. Kasihan pula kepada Aisya. Entah makan atau tidak sejak dari petang tadi. Dia tidak mengapa sebab sudah makan dengan abah sebelum pulang ke rumah. Rasanya kenyang lagi nih.
“Sya lapar tak?” soal Damia Azra. Kalau lapar dia akan memberanikan diri untuk ke kedai makan di tingkat bawah saja.
“Saya dah tak lapar, kak. Hilang selera!” balas Aisya sambil tersenyum. 
“Kalau gitu kita minum milo bersama biskut tiger, nak tak?””
“Boleh juga tu!”

Selesai minum dia menyuruh Aisya tidur di atas katil kepunyaannya, katil bujang tu hanya selesa untuk seorang saja. Biarlah adik itu tidur dengan selesa di atas katilnya. Lagipun dia tidak boleh tidur malam ini kerana terfikirkan kata-kata Datuk Hisham dan Datin Rose semenjak dari tadi lagi. Benar-benar atau hanya sekadar kata-kata mainan saja. Aku lebih suka kalau itu sekadar kata-kata mainan saja, kalau bersungguh? Hish bersungguh macam mana, Datuk Hisham dan Datin Rose sejak dari dulu bukannya sukakan aku. Mereka lebih sukakan Zana yang bijak pandai itu. Apa yang harus aku lakukan andainya itu adalah benar?

Telefonnya berbunyi, segera dia mengangkat apabila melihat nama abah. Abah tak datang tadi?
“Mia, Zana masuk hospital sebab tu abah tak sempat nak pergi ke rumah kamu!” beritahu abah. Oo, patutlah abah tak datang, rupanya ada masalah.
“Maafkan Mia kerana menganggu abah tadi. Kenapa dengan Zana, abah?” tanya Damia Azra mahu mengetahui keadaan Zana. Masuk hospital kenapa? Sakit apa pula nih? Terlalu kecewa sehingga jatuh sakit. Kau ni macam-macam lah, Zana?
“Tak makan, tak minum, pengsan lah. Aduh, abah susah hatilah, Mia!” jawab abah sudah pening kepala dengan tingkah laku anak yang seorang ini. Duduk di luar negara tak ada pun masalah begini, balik saja ke Malaysia, haru biru pula jadinya. Gara-gara Muiz Afendy sukakan Damia Azra saja. Itu saja puncanya. Semuanya kerana cinta yang tidak kesampaian. Cinta Muiz tidak kesampaian, cinta Zana pun ditolak mentah-mentah. Andainya cinta Muiz dan Zana bersatu tentu tidak jadi begini. Kita ni siapa? Cinta tu boleh ke dipaksa-paksa. Andai ada cinta tetapi jodoh tiada pun tak ada gunanya juga.
“Sabarlah, abah!” pujuk Damia Azra.  

Apakah jalan penyelesaian antara kami bertiga agaknya? Siapa yang harus berkorban? Aku atau pun Muiz dan Zana? Hidup ini betul-betul namanya pengorbanan. Perlukah aku berkorban lagi? Berkorban macam mana lagi agaknya. Sudah lah berkorban untuk keluarga Engku Zahirah pun sudah perit dihina Tengku Fayyad. Usah mengeluh Damia Azra, namanya pun pengorbanan, jadi kena lah terima setiap apa yang berlaku.
Lena tidak nyenyak kerana diganggu oleh wajah papa dan abah yang datang silih berganti. Suara mama dan Zana yang datang menganggu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bangun dan solat sunat sahaja. Dari tidur pun seperti tidak lena. Terlalu banyak yang menganggunya.
Ya, ALLAH berilah aku ketenangan di jiwa dan fikiran. Lapangkan dadaku. Amin.
“Tak boleh tidur ke kak?” soal Aisya yang terkebil-kebil memandang ke arah Damia Azra yang sedang duduk di atas sejadah. Hati keresahan macam mana lah hendak lena.
“Macam-macam ada di dalam kepala otak, Sya. Abah cakap tadi Zana pengsan dan masuk hospital. Kasihan Zana tu, Sya!” beritahu Damia Azra. Aku kah penyebabnya? Kerana aku kah Muiz  dan Zana jadi begini?
“Zana tu siapa? Muiz tu siapa, kak?” soal Aisya. Damia Azra bangun  dan duduk di sebelah Aisya. Aisya ini tentu datangnya dari keturunan yang baik-baik. Dia sopan, berhati jujur dan ada didikan agama. Rupanya kekayaan tidak boleh menentukan sama ada seseorang itu menjadi baik atau jahat? Kemewahan bukannya jaminan untuk menentukan kita menjadi manusia yang berguna atau pun tidak? Tengok aku dan papa jadilah. Usah jadikan Zana dan Muiz contoh dalam perkara ini, cukuplah dengan membandingkan aku ini? Papa aku dari keturunan orang kaya raya tetapi tengoklah apa yang papa sudah lakukan?
“Zana tu kakak tiri akak. Muiz tu jiran sebelah rumah kami. Sejak dari dulu Muiz seorang saja yang baik dan mengambil berat terhadap akak, tapi akak anggap Muiz seperti seorang kawan baik saja tak lebih dari itu!” cerita Damia Azra. Apa gunanya berselindung, daripada menyimpan rahsia, lebih baik cakap perkara yang sebenarnya.
“Hidup akak ni penuh dengan warna warni. Buat filem, novel ke tentu menarik!” seloroh Aisya sambil memeluk bahu Damia Azra. Dia sudah menganggap Damia Azra seperti kakak sendiri kerana gadis ini terlalu baik kepadanya.
‘Hehehe... Tidurlah, awak tu nak ke kolej besok!” suruh Damia Azra. Jam sudah menunjukkan ke angka 4.00 pagi. Dua jam lagi sudah hendak masuk pukul enam pagi.
“Akak tak nak tidur ke?”
“Nak tidurlah ni!”
“Akak, mari kita bertukar cerita, akak cerita kisah akak, saya cerita tentang kisah hidup saya!”
“Boleh juga tu!”

Masing-masing bercerita kisah sendiri. Kisah suka duka kehidupan. Entah pukul berapa Damia Azra terlena dan setiap kali dia terlena pasti wajah papa yang menjelma. Wajah papa yang memanggil-manggilnya sehinggakan dia mengigau di dalam tidur.
“Astagfirullahazim!” ucap Damia Azra.  Azan subuh yang berkumandang terasa sayu dan hiba saja.
“Papa, Mia nak jumpa papa!”  ucapnya perlahan. Aku harus bertemu dengan papa untuk mendapatkan semua jawapan dan untuk menamatkan segala keresahan yang bersarang di jiwa ku ini.

Hari ini dia mengambil cuti kecemasan kerana mahu melawat Zana. Tetapi Zana tidak tahu zana masih di hospital ataupun di rumah. Dia segera menelefon  Bibik Indah kerana mahu tahu keadaan Zana, hendak menelefon abah, rasa kasihan pula kerana kerap sangat dia menganggu abah sekarang. Tentu abah pun sibuk waktu begini kerana mahu ke klinik.
“Ada kat rumah, kenapa kamu hendak datang ke?”
“Tak boleh ke?”
“Gila kamu. Semalam mama dan abah kami bergaduh kerana ada orang fitnah kamu ada hubungan sulit dengan abah kamu. Apa lagi naik hantu lah mama kamu tu!”
“Pulak?? Siapa buat fitnah nih? Saya dengan abah hanya sebagai seorang anak dengan ayah saja lah!”
“Nenek-nenek kamu lah, siapa lagi?”
“Hishh, gila kut!”
“Tahu pun kamu, orang sedang naik gila kamu nak datang pula, lagi gila ada lah!”

Aduhai, satu lagi bala yang datang. Kenapalah hubungan baik kami anak beranak di salah ertikan.  Jahat sangat ke aku ini sehingga ke situ pemikiran orang terhadap aku? Hendak mengoda ayah tiri sendiri. Letak di mana mata, telinga dan akal fikiran sehingga menuduh aku seperti aku? Sakitnya hati. Hmm, tak mahu duduk di sini lagi lah, hendak berhenti dan berhijrah ke tempat lain pula. Teruk sangat keluarga di sini. Membenci aku sampaikan menganggap aku yang bukan-bukan.

Damia Azra menuju ke beg pakaiannya. Di buka lalu di cari surat-surat kiriman papa. Mahu cari alamat papa dan mencari papa lah. Mahu pergi cari papa dan tinggal dengan papa pula dari tinggal di sini penuh dengan ujian yang bukan-bukan saja. Semuanya asyik orang salah kita saja. Yang paling perit apabila ada fitnah antara aku dengan abah. Aku dituduh mengoda abah sendiri pula. Sudah habis ke anak teruna, orang bujang di bandar Melaka ini sehingga aku hendak mengorat abah tiri sendiri. Gila sungguh nenek-nenek kat rumah tu.
“Pekan Kuah, Langkawi,” sebut Damia Azra apabila melihat alamat papanya. Nombor telefon papa turut ditulis di situ. Jangan cakap dengan papa lagi kerana mahu buat kejutan kepada papa.  Rasanya ini lah tindakan yang sepatutnya aku ambil selepas mengetahui tentang pembebasan papa. Aku sepatutnya pulang ke pangkuan papa saja dari terus merempat di tempat orang. Dulu pun aku tinggal dengan papa kerana mama sambung belajar ke luar negara. Lagipun hati sudah terbuka untuk berjumpa dengan papa dan meminta maaf kepada papa. Rasa tak sabar pula hendak berjumpa dengan papa hari ini.

Sekarang apa yer? Beg pakaian memang sudah siap sedia pun kerana hari itu tidak memunggah pun segala pakaian. Hendak naik bas atau kereta? Naik bas lah sebab tidak tahu jalan. Kena pergi ambil tiket bas sebentar nanti, kereta tinggal saja kepada Aisya dan Mimi.  Sekejap nanti mahu berjumpa dengan Mr. Chong untuk beritahu aku mahu berhenti kerja. Kerja di situ pun tak best dah sebab semua orang sudah tidak mahu berkawan dengan aku lagi. Lebih baik berhenti saja. Hahaha, kalau hati sudah tidak suka semuanya nampak tidak indah saja. Pulau Langkawi mengamit damai. Selamat tinggal lah Panglima Hang Tuah, hamba mahu merantau di tanah air Mahsuri pula.

Tiket sudah di ambil tetapi dua hari lagi barulah dia bertolak ke Perlis dengan menaiki bas
Tranasional. Dia perlukan waktu untuk menyelesaikan semua perkara di sini. Selepas berjumpa dengan Mr. Chong dia mahu berjumpa dengan Kelly dan Munishwary untuk memberitahu akan penghijrahannya.
“Hendak ke mana, Mia?” soal Mr. Chong. Surat berhenti dari Damia Azra di letakkan di sebelah.
“Langkawi. Nak jumpa papa!” jawabnya jujur. Mr. Chong sebaya dengan papa, malah baik pula dengannya. Dengan orang tua-tua tak elok berbohong kan, jadi perlu berterus terang.
“Bagus tu. Papa kamu sudah lama tunggu kamu, Mia. Tentu dia gembira dan bahagia dengan keputusan kamu ni,” balas Mr. Chong gembira sekali. Mohsin, anak kau sudah memaafkan kau. Kau akan bertemu dengannya tidak lama lagi.
“Eh, Mr. Chong ni macam kenal dengan papa saya pula?”
“Hehehe..,” memang aku kenal pun,kawan baik aku lah.
“Terima kasih Mr. Chong kerana banyak memberi peluang kepada saya untuk bekerja di sini. Jasa Mr. Chong tak akan saya lupakan!” ucapnya sebelum melangkah keluar dari bilik Mr. Chong.
“Sama-sama. Nanti kalau kamu perlukan bantuan, beritahu saya, saya akan bantu kamu, Mia!”
“Baik, bos!” ucap Damia Azra sambil tersenyum. Mr. Chong mengangguk tanda terlalu gembira atas kebahagiaan kawan rapatnya tidak lama lagi.

Damia Azra berjalan menuju pantry, mahu mencari Kelly dan Munishwary pula. Harap-harap kedua orang rakannya berada di situ. Hari ini saja kesempatan yang ada, malam lusa dia sudah mahu bertolak. Lagipun dia sudah malas hendak datang berkali-kali ke sini, ada kenangan suka duka yang tidak bisa dilupakan sepanjang hayatnya ketika berkhidmat di sini.  Melihat dua orang rakan baiknya sedang makan, segera dia menghampiri mereka berdua.
“Selamat tengah hari!’ ucapnya sambil tersenyum ke arah Kelly. Muka Munishwary sedikit berubah apabila melihat akan kedatangannya. Munishwary segera bangun ingin meninggalkan Kelly bersama Damia Azra.
“Nanti dulu Munish. Aku datang tak lama, lagipun selepas ini, kita tak akan berjumpa lagi!” beritahu Damia Azra. Kelly merenung Damia Azra.
“Kau..” ucap Kelly terhenti.  Mungkinkah Damia Azra sudah mengambil jalan untuk berhenti kerana sudah tidak tahan menanggung tomahan dan cacian orang di sini.
“Aku datang serah surat berhenti. Tujuan aku jumpa kau orang sebenarnya aku hendak minta maaf, mungkin sepanjang kita bersahabat, aku ada buat salah kepada kau orang berdua!” ucapnya. Kelly sebak mendengar. Dia akan kehilangan seorang kawan yang baik dan tabah. Kita tidak pernah berada di tempat Damia Azra, andainya kita di tempatnya, tidak tahu lagi bagaimana kehidupan kita.
“Kau hendak ke mana?” tanya Kelly.
“Aku akan tinggalkan bumi Melaka yang penuh dengan sejarah ini sehari dua lagi, Kelly!” jawab Damia Azra.
“Hmm, akhirnya kau pergi juga Mia..,” tambah Kelly lagi. Damia Azra memandang wajah Munishwary yang sejak dari tadi diam seribu bahasa. Dihampirinya Munishwary yang mahu melarikan pandangan mata mereka dari bertembung.
“Yup. Munish maafkan aku. Aku tahu aku tak layak untuk berkawan dengan kau!” ucap Damia Azra perlahan.
“Jangan cakap macam tu, aku minta maaf sama kau, Mia!” ucap Munishwary sambil memeluk Damia Azra dengan erat. Kelly turut merangkul ke dua orang sahabatnya itu. Lama mereka berpelukan.
“Nanti bila kahwin jangan lupa jemput aku yer!” ucap Damia Azra sambil meleraikan pelukan mereka bertiga.
“Kau nak pergi mana?” soal Munishwary pula.
“Nantilah bila semua dah okey, aku call beritahu kau orang berdua yer!’ jawab Damia Azra. Aku pun tak tahu nasib aku macam mana lagi, keadaan papa pun tidak tahu bagaimana, kena tengok keadaan papa terlebih dahulu.

Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan