Selasa, 4 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (21)




DIA SUDAH PUN MEMBERITAHU ABAH AKAN KEDATANGANNYA MALAM INI walaupun pagi tadi Bibik Indah melarangnya dari berkunjung ke rumah ini.  Kalau tidak datang, bila lagi hendak ke sini kerana malam besok dia sudah mahu bertolak ke Utara Tanah Air. Sebenarnya dia sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku sebentar lagi. Abah pun sudah tahu cerita fitnah yang sedang melanda antara mereka berdua. Abah ketawa besar saja dengan fitnah tersebut.

Zana sudah agak sihat. Cuma muka saja masih pucat dan badan masih lemah lagi. Zana memandang ke arah lain apabila melihat Damia Azra datang tadi. Tidak sudi memandang wajah Damia Azra yang makin cantik dan berseri. Damia Azra seperti orang tidak mempunyai masalah saja. Bukan sepertinya yang kurang bermaya.

“Mia, mari kita makan dulu!” ajak abah sebaik saja Damia Azra sampai di hadapan rumah. Ditariknya tangan Damia Azra ke meja makan yang sudah terhidang dengan berbagai makanan kesukaannya. Hasil air tangan Bibik Indah untuk Damia Azra. Bibik nih macam tau-tau saja Damia dah nak pergi malam besok.
“Okey, Mia sudah lapar ni!” katanya riang. Mama menarik muka masam melihat kemesraan antara abah dan Damia Azra. Damia Azra pura-pura tidak tahu.
“Rini, Zana, ajak nenek-nenek kamu makan sekali!” teriak abah nyaring. Dia mencedok nasi ke dalam pinggan  lalu dihulurkan kepada Damia Azra dan Damia Azra menyambutnya perlahan. Dimasukkan asam pedas ikan pari bersama buah belimbing kesukaan Damia Azra di atas nasi.
“Kau makan saja dengan kekasih kau tu. Berani kau jemput dia makan di rumah kita, Man!” balas Nenek Milah dari ruang tamu.  Abah tersendak mendengar. Damia Azra buat tidak dengar, mahu menikmati masakan Bibik Indah dengan berselera sekali.
“Aku dah tak ada selera nak makan melihat perangai kau orang berdua!” celah Nenek Wan pula.
‘Hmm, ikut suka hati mak lah. Saya nak makan dengan Mia malam ini!” balas abah sambil meneruskan suapannya ke mulut. Usah dilayan sangat, kalau benda betul  tu tak mengapalah juga.

Makan baru separuh tetapi di ruang tamu ada orang yang sedang mengamuk. Ingatkan Zana tetapi mama yang sedang bersuara tetapi tidak difahami butir patah perkataannya. Marah barangkali kerana dia makan bersama dengan abah yang sudah dianggap orang sebagai kekasihnya. Lucu ada, sedih pun ada tetapi yang paling banyak sekarang adalah geram dan sakit hati.
“Makanlah, usah dilayan mama kamu tu, kamu bukan tak kenal perangai mama kamu tu macam mana!”ucap abah cuba menenangkan hati Damia Azra. Hmm, tak boleh hendak makan lagi lah, hendak telan pun susah melihat mama yang sedang mengamuk di ruang tamu. Damia Azra membasuh tangannya, begitu juga dengan abah, turut bangun dan basuh tangan di singki.
“Apa lagi yang tak kena ni, Rini?” soal Abah lembut. Damia Azra berdiri di belakang abah. Terdengar keluh kesah ke dua orang neneknya yang duduk di sofa panjang sebaris dengan cucu kesayangan mereka.
“Tak sangka abang layan saya macam ni, rupanya cakap-cakap orang selama ini adalah benar, abah ada hubungan sulit dengan anak tiri sendiri!” tuduh mama. Muka abah merah kerana menahan geram di dalam dada.
“Abang baik dengan Damia pun tak boleh. Dia tu anak awak, anak tiri saya. Saya sayangkan dia seperti mana saya sayangkan anak-anak kita yang lain,” jelas abah perlahan.
“Abang jangan main drama di depan mata saya, boleh tak? Abang jangan tipu saya, kenapa tiba-tiba baik dengan Damia, sedangkan dulu abang tak suka pun Damia tu?” berang mama semakin memuncak.  Abah terdiam, tidak mahu menerangkan apa-apa kerana dia sedar, semua ini sudah tidak ada gunanya lagi. Api tengah marak katakan.  
“Mama ni kenapa sampai tak percayakan suami sendiri?  Abah sayangkan saya seperti seorang anak itu pun tak boleh? Sebabnya abah, ayah tiri saya, jadi orang menganggap yang bukan-bukan. Begitu ke mama?” luah Damia Azra. Aku sudah lama tahan sabar tetapi sabar kerana menutup kebenaran langsung tidak ada faedah. Sudah sampai masanya aku luahkan apa yang terpendam di dalam lubuk hati aku.
“Kau diam, Damia!” tengking mama. Abah menghampiri Damia Azra, lalu berbisik perlahan.
‘Luahkan perasaan kamu, Damia. Jangan takut, abah sokong kamu sekarang!” Damia Azra tersenyum mendengar bisikan itu. Kuasa sudah diberi, tunggu apa lagi, boleh lah tunjuk taring.
“Mama tak pernah beri peluang untuk saya bersuara, sejak dari dulu sampai lah sekarang.  Semua mama saja yang betul, sebab mama orang tua, orang tua lakukan kesalahan pun dianggap betul tetapi saya anak muda cakap yang betul pun mama anggap salah,” sambung Damia Azra. Abah tersenyum mendengar kata-kata Damia Azra. Hah, benarlah tu. Buka mata awak tu luas-luas, Dr. Shahrini,  jangan anggap awak saja yang baik sekarang.
“Jangan kurang ajar, Damia Azra!” marah mama semakin menjadi-jadi. Seperti mahu menampar saja mulut Damia Azra yang pedas itu.
“Saya minta maaf andainya saya selama ini tidak menjadi anak yang baik untuk mama tetapi mama juga kena bukakan pintu hati mama untuk memaafkan diri mama sendiri. Jangan asyik salah sangka kepada abah dan kepada saya, jangan percaya dengan fitnah-fitnah orang lah, mama!” ucap Damia Azra. Abah menepuk bahu Damia Azra berkali-kali tanda memberi sokongan pada kepada Damia Azra. Nenek Milah dan Nenek Wan tidak puas hati dengan tindakan Damia Azra tetapi tidak berani bersuara takut dibidas oleh Damia Azra.
“Kau ni tak pandai hormat orang tua langsung, Damia Azra. Itu ibu kau!” sampuk Zana. Hahaha, kau tu pun tak betul nak ajar aku pulak. Cermin diri sendiri dulu boleh tak?
“Kau pun satu, belajar sampai luar negara tetapi perangai macam budak-budak. Kata pandai tetapi bodoh tak guna sekupang pun. Cuba kau bahagikan kebodohan kau tu sedikit kat orang lain sama, nie bolot kebodohan kat kau seorang saja,” ucap Damia Azra. Belajar saja tinggi tetapi tak praktik kan ilmu yang ada di dalam dada kau. Buat habis duit mama dan abah saja lah.
“Kau jangan ajar aku lah, Kau tu SPM pun tak lulus!” balas Zana sambil menangis.
“Alhamdulillah, aku tak lulus SPM, sekurang-kurangnya aku tak jadi seperti kau, yang jadi bodoh kerana cinta. Kau tak kasihankan abah dan mama kau ke? Sekurang-kurangnya kau kenang pengorbanan mama aku yang sanggup buang aku semata-mata nak beri kasih sayang sepenuhnya kat kau,”sambung Damia Azra. Mama terkedu, begitu juga dengan abah dan sekalian yang ada. Masing-masing terpana dengan kata-kata Damia Azra.

Damia mengeluh perlahan. Semuga kata-kata tadi meninggalkan sedikit kesan kepada mereka yang sedang berada di ruang tamu ini. Damia Azra mengalih memandang wajah abah yang sejak dari tadi memberi kebebasan untuk dia bersuara. Aku harus pergi jua kerana keadaan tidak pernah berpihak kepada aku? Siapa aku? Menjerit, meraung pun orang tetap tidak memandang ke arah aku. Ibarat anjing menyalak ke arah bukit, biar hilang semua suara, bukit tetap tidak akan runtuh.
“Bah, Mia minta ampun dan maaf. Halalkan makan minum Mia selama Mia tinggal dengan abah selama ini,” ucap Damia Azra sambil menghulurkan kedua belah tangannya kepada abah. Abah menghulurkan tangannya kepada Damia Azra. Dikucupnya tangan abah seikhlas hati.  Seterusnya dia menghampiri mama yang sedang menangis.
“Mama, maafkan segala kesalahan dan kesilapan Mia terhadap mama. Mia sedar Mia bukannya anak yang baik, yang bijak seperti Zana atau anak orang lain.  Halalkan makan minum Mia, mama!” ucapnya perlahan. Tangan mama dikucup dengan sepenuh kasih sayang.
“Mia hendak ke mana sebenarnya nih?” soal abah.
“Tak ke mana lah. Okey Mia pulang dulu, nanti ada masa Mia datang lagi!” jawabnya tidak memberikan jawapan yang sebenar kepada abah. Tidak mahu abah bimbang dan risau dengan perjalanan yang jauh malam esok.

Damia Azra berjalan keluar. Di tepi pagar Bibik Indah sedang menantinya. Abah dan mama menghantar Damia di muka pintu. Mama mengeluh kesal dengan apa yang berlaku selama ini. Layanannya terhadap Damia Azra adalah tidak adil. Kenapa membenci dia iaitu darah daging sendiri? Apa salahnya sehingga menghukum dia sedemikian rupa? Sedangkan Damia Azra sendiri tidak pernah meminta untuk menjadi anak pembunuh? Mama yang salah, Mia. Mama yang jahat!
“Bibik, terima kasih kepada bibik kerana menjaga Mia seperti anak sendiri. Maafkan Mia yer!”
“Mia nak ke mana?”
“Mia nak pergi cari papa, kalau semua okey, Mia akan tinggal dengan papa untuk selama-lamanya!”
“Alhamdulillah. Ini yang sepatutnya kamu lakukan sejak dari dulu lagi, Mia. Semuga kamu mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat!” Mereka berpelukan begitu lama. Bibik Indah mengucup ke dua belah pipi Damia Azra seperti mengucup pipi anak sendiri.
“Selamat tinggal, bik!”
“Selamat jalan, Mia!’

Kereta di pandu perlahan. Sekarang sudah pukul sepuluh malam, pukul sebelas nanti sampai lah ke rumah. Harap-harap Aisya tak tidur lagi kerana dia mahu menyerahkan kunci kereta kepada Aisya malam ini. Boleh lah Aisya guna untuk ke kolej esok hari dan seterusnya untuk kegunaan hari-hari seterusnya.

Dia sampai di hadapan bangunan bilik sewaannya. Tempat parking kereta agak jauh kerana yang berdekatan semuanya telah diambil orang. Terpaksa lah dia berjalan kaki untuk sampai ke bangunan tersebut. Dari situ perlu mendaki anak tangga kerana bilik sewaannya di tingkat kedua.  Baru dua langkah dia berjalan, ada sepasang tangan menarik badannya ke belakang. Tersandar di dinding kereta. Terkejut dan gelabah. Cahaya lampu yang malap menyusahkan dia untuk memandang wajah orang yang menariknya.
“Mia!” panggil suara lelaki yang garau. Gerun dia mendengar. Diperhati wajah lelaki itu yang cuba merapati tubuhnya.
“Muiz!” panggilnya terkejut. Muiz mencengkam kedua belah tangan Damia Azra yang tersandar di dinding kereta.
“Lepaslah Muiz, kau ni kenapa hah?” tengking Damia Azra sambil menepis tangan Muiz, terlepas tangan kanan Muiz dari mencengkam tangannya.
“Kalau aku tak boleh cara baik, aku akan buat dengan cara jahat, Mia!” ujar Muiz cuba mencium mulut Damia Azra. Damia Azra berfikir panjang. Apa tindakan aku hah?
“Kau jangan ingat aku akan menyerah dengan begitu mudah, Muiz!” balas Damia Azra sambil menampar muka Muiz dengan tangan kanannya. Muiz menekan tubuh Damia Azra dengan tubuhnya, kali ini Damia Azra menendang kaki Muiz dengan sekuat hatinya. Muiz Afendy menahan kesakitan. Damia Azra mencari kayu atau ketul batu tetapi hampa. Sedang dia menunduk mencari sesuatu, Muiz menarik baju kurung yang dipakainya dari belakang. Terkoyak lengan baju Damia Azra. Kali ini Damia Azra membuang kasut tumit tingginya di yang dipakainya. Dihayunnya sepuas hati ke arah badan Muiz, terkena di dada, selepas itu terkena di lengan pula. Dihayunnya berkali-kali ke badan Muiz Afendy.
“Sakitlah!” ucap Muiz Afendy. Sakit di seluruh badan kerana pukulan tersebut.
“Tahu pun sakit!” balas Damia Azra.  Ada seseorang memegang tangan Damia Azra dari meneruskan pukulan.
“Mia!” panggil seorang lelaki. Damia Azra memandang wajah lelaki di sebelahnya yang sedang memegang tangannya. Ah, dia lagi, Tengku Farel Hakimi rupanya.
“Awak!”
“Saya dah tengok semua tadi, kalau kalah baru nak tolong, tetapi tak sangka hebat juga awak nih!”
“kalau awak nak rasa, boleh lah juga, hehehe!”
“Sudah Mia, kasihan kat Muiz. Teruk dah tu!”  tahan Tengku Farel Hakimi. Kasut tumit tinggi Damia Azra diambilnya. Damia Azra memandang ke arah Muiz Afendy yang sudah terduduk menahan kesakitan.
“Balik, sembahyang banyak-banyak. Jangan jadi hantu. Awak tu anak datuk datin, jangan jatuhkan air muka dan maruah mama dan papa awak kerana nafsu awak tu!” ucap Damia Azra. Muiz Afendy segera bangun dan pergi dari situ.
“Garangnya mak cik nih!” usik Tengku Farel Hakimi sambil tersenyum. Jaket dibadannya dikeluarkan lalu diletak ke atas badan Damia Azra kerana lengan baju Damia sudah terkoyak. Terdedah separuh lengan sampai ke bahu.
“Bak balik kasut tu!” pinta Damia Azra meminta kasut yang masih berada di tangan Tengku Farel Hakimi. Dihulurkan kasut tersebut dan Damia Azra segera menyarungnya ke kaki. Dia meneruskan langkah tidak mempedulikan Tengku Farel Hakimi yang mengekorinya dari arah belakang.
“Malam-malam jalan sorang-sorang, sebab itulah orang ganggu awak tadi!” jerit Tengku Farel Hakimi. Kuatnya suara, orang yang tidak tahu pun boleh tahu apa yang berlaku tadi.
‘Awak ni tak boleh cakap perlahan sikit ke?” tegur Damia Azra. Orang kiri kanan sudah memandang ke arahnya.
“Hendak cakap perlahan macam mana, awak tu jalan cepat sangat!”
“Hehehe..,”  dia ketawa saja. Anak tangga didaki bersama-sama. Sampai di biliknya, Damia Azra membuka jaket tersebut lalu dihulurkan kepada Tengku Farel Hakimi.
“Nah, ambil balik jaket buruk awak nih!” ujar Damia Azra.
“Wai, jaket luar negara nih, buruk pun mahal lah. Duit gaji awak berbulan pun belum mampu buat beli jaket buruk nih!”
“Dari saya beli jaket buruk nih, lebih baik saya sedekah kat anak-anak yatim, dapat juga pahala!”
“Tapi malam ni, jaket ni dapat pahala lah, sebab buat amal kat orang tu!”
“Terima kasih kat jaket nih sebab sudah membaluti aurat lengan saya!” ucapnya sambil menutup daun pintu dengan kuat. Berdegum bunyinya.
“Mia!”
“Tak nak dengar. Saya dah nak lena nih!”
“Okey, okey. Kita jumpa esok!” putus Tengku Farel Hakimi dengan hampa. Siapa lah hendak berjumpa dengan kau lagi, aku sudah mahu pergi dari sini malam esok. Leganya sudah tak boleh menatap muka kau lagi.

Baju yang koyak dibuang ke dalam tong sampah saja. Tak sangka malam ini boleh berlaku perkara buruk ini. Tak sangka juga Muiz Afendy akan menganggunya sampai begitu sekali.  Beraninya Muiz Afendy ingin mencemarkan maruah diriku. Sudah hilang kah rasa hormatnya kepadaku sebagai seorang sahabat? Ataupun sudah hilangkan rasa simpatinya kepada diriku yang sebatang kara ini? Sampai hati kau, Muiz.

Damia Azra memerhati lengannya yang mengalami kelukaan. Ada cakaran yang terpahat di situ. Pedih di hati melihatnya. Damia Azra menangis di dalam hati. Sudah tidak mampu menahan lagi rasa sedih dan hiba hari ini. Ingin dia menelefon kepada abah memberitahu kelakuan tidak senonoh Muiz kepadanya tadi tetapi dia tidak tergamak menceritakan perbuatan kutuk Muiz kepada abah. Cukuplah tu, Damia Azra!

Tutup buku ini kemas-kemas, biarlah ini menjadi rahsia peribadi dirimu sendiri. Biarlah ini antara kau dan Muiz Afendy saja, yang lain mereka tidak perlu tahu. Simpanlah rahsia ini rapi-rapi, supaya ia tidak bocor dan terbongkar sampai ke akhir hayat. Dan esok buka lah buku baru, yang indah dan berseri, supaya ia menjadi kenangan yang abadi.

Selesai bersembahyang solat isyak, dia menunaikan solat syukur. Terlalu bersyukur kerana tidak ada perkara buruk yang menimpanya tadi. Alhamdulillah kepada ALLAH yang telah menyelamatkan hambaMU ini. Terima kasih ya ALLAH kerana melindungi aku dari musibah sebentar tadi. Amin.

Best malam ini kerana dapat tidur dengan nyenyaknya. Lupa kejadian tadi yang ada adalah perasaan dirinya untuk berjumpa dengan papa. Kerinduan yang melampau membuatkan dia tidak sabar menunggu hari siang.

Papa tunggulah, kita akan berjumpa nanti.

2 ulasan:

  1. sian damia ...

    hapdet la lagi .. best la cerita ni ...

    i meleleh air mata kat part damia and mama dia tuh ... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. insya allah.. akak akan kembali update cerita ni selepas melihat respon pembacanya..

      Padam