Ahad, 2 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (16)



SUDAH TIGA HARI TENGKU FAYYAD DATANG MENGANGGUNYA LAGI. Hari ini mujurlah datang sekejap saja tetapi telah dijemput pulang oleh seorang lelaki yang seusia dengan abah. Barangkali papanya atau pengawal peribadinya. Aduh kenapalah Tengku Fayyad tidak boleh menerima perpisahan ini dan menerima semula tunangnya itu. Bukankah senang andainya itu yang terjadi. Ini tidak asyik datang mengangguku saja.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan perlu lakukan sesuatu dan dia sudah mempunyai rancangan sendiri untuk membuat Tengku Fayyad membenci dan melupakannya seumur hidup Tengku Fayyad. Kali ini Tengku Fayyad akan menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa berasa sangsi dan curiga lagi.
“Saya hendak jumpa Tengku Farel petang nanti boleh?” suaranya. Ini saja jalan terakhir. Aku perlu mendapatkan pertolongan dari Tengku Farel Hakimi, lelaki yang paling dipercayai oleh Tengku Fayyad. Tengku Fayyad hanya mempercayai abangnya saja.
“Petang nanti tak boleh lah, saya ada meting. Malam nanti saya free,”
“Saya tunggu Tengku Farel kat KFC malam ni, boleh?”
“Okey!”
Sekarang sudah pukul lima, tidak lama lagi lah kami hendak berjumpa. Mengapa hatiku tidak tenang apabila menyebut namanya. Kenapa aku rasa begitu berdebar? Serba rasa tidak kena pula.
“Mia, bos suruh buat overtime malam ni sebab Munirah mc!” beritahu Kelly.
“Aku ada hal lah malam ni!” jawabnya. Tak mungkin aku akan batalkan pertemuanku dengan Tengku Farel Hakimi malam nanti kerana pertemuan ini adalah amat penting bagiku dan Tengku Fayyad.
“Tak boleh, Mr Chong nak kau ganti tempat Munirah malam ini juga!” tegas Kelly. Kau ni tak boleh bertolak ansur dengan aku ke? Hmm, tadi tak cakap pun, bila orang sudah berjanji barulah beritahu perlu kerja lebih masa pula. Dia menghantar sms kepada Tengku Farel Hakimi supaya menunggunya jam 10.00 malam. KFC tidak jauh, selalunya kalau bukan hari minggu, Jusco tutup lebih awal, dalam pukul 9.30 malam. Selepas itu dia akan terus pergi berjumpa dengan Tengku Farel Hakimi.
“Okeylah!’ jawab Damia.

Lain yang dirancang lain pula yang berlaku. Semua wang setiap kaunter bayaran, dia perlu mengiranya terlebih dahulu sebelum menutup akaun untuk hari ini kerana Kelly pulang awal. Selalunya itu tugas Kelly, tetapi Darren mengajak Kelly pulang awal kerana ada hal keluarga yang perlu diselesaikan. Tinggallah dia seorang diri membuat pengiraan.

Jam sudah pukul 10.30, sudah satu jam berlalu, barulah dia selesai melakukan tugasannya. Dimasukkan wang ke dalam peti simpanan dan bergegas keluar. Mahu ke KFC atau menelefon saja menyuruh Tengku Farel Hakimi pulang saja ke rumah. Ataupun Tengku Farel Hakimi sudah lama beredar dari situ. Entahlah.
“Kat mana?”
“Depan KFC lah!”
“Maaf, Tengku Farel saya ada kerja tadi. Apa kata kita batalkan pertemuan ini!” ucap Damia Azra. Sudah lewat benar. Lagipun aku sudah letih.
“Awak ni nak mainkan saya ke? Saya dah lama tunggu awak? Awak ingat saya ni seperti Fayyad yang mudah dipermainkan oleh awak. Begitu?” tengking Tengku Farel Hakimi memecah anak telinga Damia Azra. Damia Azra berjalan sambil bercakap. Ditolaknya pintu masuk KFC dan terpandanglah muka Tengku Farel Hakimi yang masam mencuka.
“Sorry!” ucap Damia Azra sambil menutup telefonnya. Tengku Farel Hakimi menarik muka dan menjeling tajam ke arah Damia Azra.
“Ingat saya tunggul ke? Tunggu awak berjam kat sini?” jerkah Tengku Farel Hakimi sehingga semua orang memandang ke arah mereka berdua. Kuat sangat suara tu.
“Cakap perlahan sikit boleh tak? Tak usah terpekik-pekik, telinga saya ni tak rosak lagi lah!” tegur Damia Azra. Kenapa aku rasa tidak kekok bila berhadapan dengannya. Tidak seperti berhadapan dengan Tengku Fayyad, aku perlu menjaga diri ku agar tidak keterlaluan tetapi dengan dia?
“Ada apa nak jumpa saya?”
“Kita cakap kat luar, saya ni dah dari tadi kena air cond, sekarang hendak rasa angin kat luar pula!”
“Awak mengada-ngada yer. Ajar saya macam-macam. Sekejap suruh saya tunggu di sini, lepas tu ajak saya cakap di luar pulak!”
“Jom lah, bukan saya suruh awak buat kerja yang susah pun!”
“Ke mana?”
“Taman kanak-kanak kat depan tu!”
“Tak nak lah, awak nak perangkap saya kut!”
“Perangkap apanya pulak ni?”
“Orang tangkap khalwat nanti macam mana?”
“Hahahaha...,” siapalah hendak kahwin dengan kau, di situ ramai orang lagi lah selain dari kita berdua.

Mereka berjalan beriringan menuju ke taman kanak-kanak. Taman yang menyaksikan keruntuhan sebuah cinta antara dua darjat. Cinta yang tidak kesampaian kerana itu adalah cinta palsu, bukan cinta sejati ataupun cinta yang sebenar.
“Saya nak minta tolong kat awak!” ucap Damia Azra sambil duduk di atas buaian manakala Tengku Farel Hakimi berdiri sambil menyandarkan badannya ke sebatang pohon yang rendang.
“Tolong apa pulak ni? Nak suruh saya buat apa?”
“Nak suruh awak beritahu kepada Tengku Fayyad hal saya yang sebenarnya,”
“Kenapa tak cakap sendiri?”
“Dia tak percaya cakap saya, dia ingat saya tipu dia. Lagipun dia percayakan awak dari saya!”
“Tak mahulah saya, ini hal awak dengan dia. Awak selesaikan sendiri, saya tak mahu masuk campur,”
“Tentu awak nak tengok dia berkahwin dengan Tengku Nadia kan? Kalau awak nak tengok mereka berkahwin,  awak kena buat dia bencikan saya dan melupakan saya dalam hidupnya. Itu saja cara yang ada!” beritahu Damia Azra. Betul juga tu. Dia sendiri tidak ada jalan penyelesaian saat ini. Di rumah mama sudah kalut kerana keengganan Tengku Fayyad berkahwin dengan Tengku Nadia, sedangkan mama sudah menempah baju pengantin dan set barang kemas untuk Tengku Nadia lima bulan yang lepas. Cuma Tengku Fayyad tidak berani memberitahu mama yang dirinya sudah jatuh cinta kepada Damia Azra dan mahu berkahwin dengan Damia Azra, bukan berkahwin dengan Tengku Nadia seperti harapan dan impian mama selama ini. Tengku Fayyad takut mama mengamuk dan datang mencari Damia Azra dan menyusahkan hidup Damia Azra. Siapa tak kenal sikap mamanya yang panas baran dan garang itu.
“Apa yang harus saya lakukan supaya dia membenci awak, Damia?” soal Tengku Farel Hakimi perrlahan. Damia Azra ini peliklah, tidak pernah lagi aku berjumpa perempuan seperti Damia Azra yang mahu melepaskan cintanya hanya kerana kebahagiaan orang lain.
“Tengku Fayyad tidak tahu siapa diri saya yang sebenarnya. Dia ingat saya anak Dr. Lukman. Sebenarnya ayah saya seorang pembunuh...,”
“Awak jangan reka ceritalah Damia Azra. Nak tipupun agak-agaklah. Jangan sampai bohong tak menjadi pula!” sangkal Tengku Farel Hakimi tidak percaya dengan kata-kata Damia Azra.
‘Buat apalah saya nak bohong pula. Saya sebenarnya anak Datuk Mohsin yang telah membunuh seorang perempuan ketika beliau mabuk. Datuk Mohsin dipenjarakan selama 25 tahun atas kesalahannya itu. Selepas papa masuk penjara barulah mama berkahwin dengan Dr. Lukman. Kalau tidak percaya awak boleh siasat hal ini,” terang Damia Azra berani. Biarpun cerita duka ini perit tetapi dia terpaksa juga melafazkannya demi melihat kebahagiaan Tengku Fayyad dan Tengku Nadia. Tengku Farel Hakimi tidak lagi terkejut kerana dia pernah mendengar cerita ini  disebut-sebut orang. Datuk Mohsin jutawan terkenal, malangnya menjadi pembunuh. Dia merenung wajah Damia Azra, kata orang juga, Datuk Mohsin segak dan tampan, sebab itu ramai perempuan yang tergila-gilakannya dan sekarang Damia Azra mewarisi kesegakan papanya.  Damia Azra yang cantik dan menawan, sekali mata memandang terus hati melekat. Kerana wajah ini lah yang menyebabkan Tengku Fayyad meninggalkan Tengku Nadia, gadis yang dicintai empat tahun yang lalu.
“Fayyad tak tahu hal ini?”
“Tak. Dia ingat saya anak Dr. Lukman dan setaraf dengan keluarga awak!”
“hmmm..,”
“Punahkan kepercayaan Tengku Fayyad terhadap saya, Tengku Farel Hakimi. Biarlah dia membenci saya dan menyesal seumur hidupnya kerana mengenali saya. Dan satu lagi untuk pengetahuan awak, saya pernah masuk lokap kerana mencuri beg tangan mama awak, awak boleh tanya mama awak akan hal ini. Tentu dia masih ingat kejadian lapan tahun yang lalu, saya telah meragut beg mama awak..,”
“Jahat juga awak ini yer. Orang selalu kata ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perangai awak sebiji macam bapa awak!” marah Tengku Farel Hakimi. Damia Azra tidak peduli dengan kata-kata itu kerana kata-kata itu bukanlah kali pertama masuk ke dalam telinganya. Ini sudah berjuta kali orang bercakap begitu kepadaku.
“Beritahu hal ini kepada Tengku Fayyad, biar dia membenci saya sampai mati!”
“Kalau tak berjaya juga?”
“Buat sampai berjaya lah, jangan gagal kali ini, tahu?”
“Tengok keadaan, tetapi awak kena tanggung risiko sebab Fayyad tu kepala angin dan kuat marah!”
“Tak ada masalah tetapi dengan syarat, ini rahsia kita berdua saja. Apa pun terjadi jangan cakap hal ini kepada sesiapa pun, janji yer!”
“Tak ada kerja saya nak berjanji dengan awak lah, buang masa saja!”

Semuga berjalan lancar rancangan ini sebab kalau tidak berjaya kali ini, dia sudah kehilangan akal untuk membuatkan Tengku Fayyad  membencinya. Ini saja yang ada dengan membongkarkan siapa dirinya yang sebenar. Kalau tak benci juga tak tahulah hendak buat apa lagi?

Tadi pun dia sudah banyak kali berdoa di dalam hati supaya dia dapat menuturkan rahsia tentang dirinya. Ingat senang ke hendak cakap kepada orang yang kita belum kenal akan diri kita. Andainya tentang perkara baik tidak mengapa lah juga, ini hendak beritahu tentang keburukan kita, terseksa tahu tak?

Tetapi yang sukar untuk mendapatkan kepercayaan Tengku Farel Hakimi. Mana tahu dia ingat aku tipu dia pula. Tengok tadi, Tengku Farel Hakimi macam percaya tak percaya saja, seperti aku bercakap bohong.  Sebenarnya tidak sampai hati hendak bohong kau lah, Tengku Farel Hakimi.

Makan pun fikir hal yang sama, sudah sembahyang pun fikir hal yang sama juga. Bagaimana agaknya reaksi Tengku Fayyad apabila diberitahu aku anak pembunuh dan bukan anak doktor terkenal di bandar Melaka ini? Bolehkah dia mempercayai kata abangnya? Jangan mereka bertelegah dan berlawan tumbuk sudah lah, nanti lagi panjang cerita.

Sudah pukul dua pagi tetapi matanya masih segar. Dia memegang telefon bimbitnya, mana tahu ada panggilan masuk dari Tengku Fayyad yang mahu marahkan dirinya kerana telah menipunya selama ini? Malah telah berjaya memainkan perasaannya. Panggilan masuk tetapi bukan dari Tengku Fayyad, rupanya Tengku Farel Hakimi yang menelefonnya.
“Kenapa?”
“Awak tak bohong saya, saya dah siasat dan betul lah Datuk Mohsin ada seorang anak gadis bernama Damia Azra!”
“Bohong awak saya dapat apa? Kalau dapat duit sejuta nak juga lah saya bohong awak!”
“Dasar perempuan mata duitan lah awak nih!” tuduh Tengku Fayyad. Damia Azra ketawa geli hati. Aku tak pernah kikis duit lelaki lah. Ingat aku ini perempuan murahan ke?
“Kenapa ketawa?”
“Habis nak suruh saya menangis?”
“Awak ni peliklah, Damia Azra!”
“Di dunia ini tiada benda yang peliklah Tengku Farel Hakimi, okeylah selamat malam, saya dah nak tidur!”

Ada panggilan masuk dari Tengku Fayyad selang sejam kemudian. Disusuli dengan panggilan dari Tengku Farel Hakimi. Malaslah nak layan, nak tidur, esok nak pulang ke rumah kerana mahu mengambil barang-barang penting dan sedikit pakaian kat rumah abah. Dengan abah pun tak berbual lagi kerana tidak tahu apa alasan yang terbaik untuk diberikan kepada abah. Andainya abah bertanya kenapa aku berpindah keluar, apakah jawapan yang harus aku berikan kepada abah? Berani ke abah bertanya sedangkan abah sudah tahu aku dihalau keluar oleh Zana, anak kesayangannya. Hmm..

Bunyi lagi telefon, kali ini Damia Azra mengambilnya lalu mengeluarkan bateri telefon. Hendak marah atau serang pun tunggu lah hari siang dulu, malam-malam begini orang hendak lena lah.Boleh kah awak terlena malam ini. Damia Azra? Awak telah menghancurkan sekeping hati yang begitu menyintai awak, yang mengharap awak menjadi suri hatinya? Aku tidak kecewa? Tidak merana? Tidak sedihkah? Sedangkan Tengku Fayyad terlalu mengambil berat terhadap diri awak, Damia Azra? Apa kekurangan Tengku Fayyad, Damia Azra?

Tengku Fayyad terlalu baik, penyayang dan mengambil berat ke atas diriku. Cuma kami tidak setaraf. Dia siapa dan aku siapa? Terlalu jauh perbezaaan antara kami, ditambah lagi ada cerita duka antara aku dan mamanya, lagilah sengsara andainya aku memilih untuk memperjuangkan cinta kami. Mati hidup balik Engku Zahirah tidak akan sudi menerima aku sebagai menantunya. Sudah lah belajar pun tidak pandai, kerja pun sebagai juruwang saja. Lain lah kalau aku kerja sebagai peguam seperti Muiz Afendy ataupun menjadi doktor seperti Zana. Barulah Engku Zahirah buka mata. Ini??

Lepaskan Tengku Fayyad demi untuk melihat Tengku Fayyad bahagia dengan insan yang setaraf dengannya. Itu yang adil. Dan aku sudah melupakan apa yang terbaik untuk Tengku Fayyad. Semuga Tengku Fayyad boleh menerimanya dan melupakan aku di dalam hidupnya. Tentang aku usahlah dibimbangkan kerana aku menerima cintanya kerana mahu hidup senang saja, bukan kerana cinta atau pun kasih sayang. Tetapi kerana desakan kehidupan. Cinta aku kepada Tengku Fayyad jatuh nombor yang ke sepuluh.

 Aku sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang datangnya dari Tengku Fayyad. Aku rela dimarahi dan dimaki hamun olehnya esok hari, sekarang pun dapat aku rasakan dia sedang mencari aku. Cuma dia belum tahu aku berada di mana sekarang. Mungkin dia akan pergi mencari aku di rumah abah. Hmm, ini yang tidak bestnya kalau babitkan abah dalam hal ini. Harap-harap dia tidak ke situ.

Pukul empat barulah terlena dan kelewatan ini menyebabkan dia bangun lewat untuk solat subuh. Mujurlah cuti hari ini. Dia memohon cuti untuk pulang ke rumah abah. Tetapi abah belum tahu yang dia akan pulang ke sana. Sengaja tidak dikhabarkan akan kepulangannya.Tidak mahu abah rasa serba salah dan tidak kena dengan kehadirannya tengah hari ini.
“Kak, tak pergi kerja ke hari ini?” tanya Aisya apabila berselisih dengannya di kaki lima.
“Tak, cuti!”
“Oo, saya nak kedai nasi lemak kat simpang tu, akak nak kirim tak?”
“Hmm. Tak payah kut,”
“Ok lah, saya pergi dulu!”
“Okey!” rindunya bihun goreng Bibik Indah di rumah. Terasa wangi bawang goreng yang ditabur di atas bihun goreng. Aduhh, tak tahan nih. Hari ini tak mahu menjamah apa-apa pun makanan kerana mahu makan nasi di rumah abah. Agak-agak sempat ke makan nasi di rumah abah? Sudi ke orang memberi aku makan di rumah itu lagi? Mana tahu tak sempat hendak makan sudah dihalau oleh Zana ataupun mama. Bihun goreng ke mana aku ke mana?

Letih sangat pagi ini kerana tidak cukup tidur semalam. Hendak lelapkan mata terlebih dahulu rasanya sebelum ke rumah abah. Nanti pergi ke rumah abah dengan keadaan yang layu saja. Abah yang sejak akhir-akhir ini berubah untuk mengambil berat terhadap aku yang dulu tidak diendahnya langsung. Kenapa aik?  Mungkinkah ada niat tidak baik di dalam hati abah terhadapku? Aku ini abah baik pun salah, abah marah pun salah. Apa lah.

Dia terlelap semula sehingga termimpi-termimpi terjatuh ke dalam sungai, dan dia terkejut apabila ada sepasang tangan datang menghulurkan bantuan. Dan bila dipandangnya wajah tersebut alangkah terkejutnya apabila menatap mata yang tenang itu..

Hish, jangan lah, banyak lagi lah orang kat Melaka nih..,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan