Isnin, 3 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (19)




TERIMA KASIH YA ALLAH KERANA memberi aku seorang abah. Semuga pintu hati mama terbuka untuk menerima kehadiran aku sebagai anaknya. Amin!  
Baru sudah selesai sembahyang isyak malam ini. Jam sudah menunjukkan ke angka jam 12.00 malam. Sudah terlalu lewat baru dapat menunaikan ibadah kepada ALLAH. ALLAH ampunkan dosa-dosaku, yang banyak menganiayai diriku sendiri, yang banyak melakukan kesalahan dan kesilapan, yang leka dengan setiap ujian yang KAU berikan. ALLAH, ampunkan dosa hambaMU ini.

Indahnya hidup hari ini kerana abah sudi menerimanya. Syukur, alhamdulillah. Ini adalah hikmah yang amat berguna untuk dirinya. Betul lah kata orang, setiap perkara yang berlaku tentu ada hikmah yang tersembunyi cuma kita saja yang tidak sabar dan cepat berputus asa.
Tok, Tok, Tok, terdengar daun pintu bilik rumahnya diketuk orang. Siapa pula malam-malam buta datang ke rumah aku agaknya.
“Siapa, Aisya ke?” soal Damia Azra. Kain telekung di kepala tidak dibukanya. Dia terus ke muka pintu.
“Sayalah!” suara orang lelaki yang menjawabnya.  Tak mungkin abah?
“Saya tu siapa?”
“Farel!”
“Buat apa datang malam-malam ni? Tak takut orang tangkap khalwat ke?” balas Damia Azra sudah naik geram. Buat apa kau datang ke rumah aku? Aku tak suka lah!
“Buka lah pintu tu dulu!” jerkah Tengku Farel Hakimi sampai satu bangunan boleh mendengarnya. Buat bising di rumah orang pula.
“Tak mahu!” jerit Damia Azra lantang. Kau nie kenapa? Datang rumah orang buat kecoh pula. Dia mendengar langkah kaki Tengku Farel Hakimi melangkah pergi dari kawasan biliknya.
“Kak!” panggi Aisya pula
“Kenapa Sya?” soal Damia Azra sambil membuka pintu biliknya. Terpandang wajah Aisya
“Abang tu bawa KFC!” jawab Aisya sambil menunjukkan bungkusan KFC ditangan.  KFC tadi ke? Hish, kena beri amaran kepada Tengku Farel Hakimi, usah menganggu aku lagi. Tak mahu lah pisang berbuah berkali-kali. 
“Oo. Ambillah akak yang suruh dia belikan untuk Aisya dan Mimi!” ucap Damia Azra. Memang tadi dia berhasrat untuk membeli KFC kepada Aisya dan Mimi tetapi terbantut kerana diganggu oleh Tengku Farel Hakimi.
“Yer Ker?Terima kasih kak, memang tengah bermimpi KFC nih!” balas Aisya tersenyum riang. Damia Azra mengangguk. Daun pintu di tutup semula. Kain telekung dibuang lalu disidai di tempat penyidai. Damia Azra merebahkan diri di atas katil. Baru mahu lelapkan mata, mesej di telefonnya berbunyi.
“makan lah KFC awak tu, yang awak tinggal kenapa? Takut kan saya sampai tertinggal KFC. Lagi pun KFC tu saya tak letak racun,”
“Menyusahkan betul tahu tak? Malam-malam datang menganggu di rumah orang,”
“Aik, terima kasih pun tidak, maki hamun orang ada lah. Agaknya itu cara awak ucap terima kasih kat orang kut!
“Ah, malaslah nak layan!”

Argggg.. Kenapa dia pula yang sering mengangguku? Cukuplah si adik telah merobek tangkai hati aku, janganlah pula si abang datang menyambung derita si adik untuk aku pula? Dipejamnya mata rapat-rapat, esok nak tukar nombor telefon baru, supaya Tengku Farel Hakimi tidak dapat mengangguku lagi.  Aku mahu berlari jauh dari Tengku Fayyad, rancangan itu berjaya tetapi yang tidak dirancang sering datang tanpa diundang. Hmm, buat bagi orang sakit hati adalah.

Banyak sangat dugaan. Dia telah menukar nombor telefon, hanya abah dan Bibik Indah saja yang mempunyai nombor telefonnya sekarang. Selain itu diberinya nombor telefon kepunyaannya kepada Kelly, Cukuplah, jangan diberi nombor telefon kepada orang sebarangan. Dan dia siap memesan kepada mereka bertiga supaya merahsiakan nombor ini dari pengetahuan orang lain. Termasuk Muiz, Tengku Farel Hakimi dan sebagainya lagi.  

Aku sudah memutuskan hubungan dengan Tengku Fayyad dan aku tidak mahu ada hubungan lain dengan keturunan Tengku Fayyad lagi. Itu janjiku kepada diri sendiri. Cukuplah dengan penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh Tengku Fayyad tempoh hari, dia tidak mahu dihina lagi. Sakit hatinya dengan semua yang berlaku.

Tengku Farel memang sudah tidak datang menganggunya, tetapi sekarang yang sering datang untuk berjumpa dengannya adalah Muiz Afendy. Setelah Muiz Afendy mengetahui akan perkahwinan Tengku Fayyad dan Tengku Nadia, harapan untuk memiliki Damia Azra semakin tinggi. Damia Azra bukan milik sesiapa lagi, dan dia tidak mahu menunggu lama untuk mengambil gadis itu menjadi miliknya. Takut nanti dikebas orang. Peluang mana mungkin datang beribu kali, hanya sekali seumur hidup.
“Abah, Mia sudah tak tahan lagi dengan gangguan si Muiz tu!” beritahu Damia Azra bila abah datang menemuinya tengah hari itu. Muka Damia Azra penuh dengan kebimbingan dan kerisauan.
“Terima saja Muiz, habis cerita. Muiz tu bukan apa pun cuma dia terlalu menyintai kamulah. Terlalu taksud kepada cinta pandang pertama!” cadang abah. Damia Azra memandang wajah abah dengan begitu lama. Sekarang abah lah tempat bergantung.
“Kasihan Zana, Mia tak sanggup lukakan hati Zana, hati mama dan hati keluarga kita, bah!”
“Kamu harus fikirkan perasaan hati kamu sendiri, Mia!”
“Fikir perasaan sendiri yang Mia cari abah nih. Mia tak pernah cintakan Muiz tu!”
“Hmm, abah pun tak tahu nak buat apa dengan Muiz dan Zana tu lagi. Puas abah dan Datuk Hisham menegur dan beri nasihat tetapi mereka tetap begitu juga!”
“Susah lah kalau macam tu..,”
“Kamu pindah balik ke rumah abah, abah takut Muiz apa-apakan kamu!” ucap abah seolah mengerti kegusaran di hati Damia Azra. Memang lah Mia rasa tak sedap hati, sebab renungan Muiz Afendy mengerun dan menakutkan. Muiz Afendy tidak memandang Damia seperti seorang kawan ataupun sahabatnya lagi tetapi dia memandang Damia dengan perasaan nafsu menguasai diri. Takutnya Damia dengan renungan mata serigala itu.
“Mia tengok keadaan dulu yer, bah. Kalau Muiz berterusan menganggu Mia, Mia akan pindah balik ke rumah abah, tetapi mama dan Zana bagaimana?”

Ah, apa yang aku perlu katakan kepada Damia Azra kala ini? Di rumah Zana sedang mengamuk menuduh Damia Azra mengoda Muiz Afendy dengan memperbomohkan Muiz Afendy supaya Muiz Afendy melupakan Zana dan menyintainya. Manakala Datuk Hisham dan Datin Rose menerima setiap patah perkataan yang muncul dari mulut Zana tanpa memikir panjang. Datuk Hisham dan Datin Rose setiap hari mencela Damia Azra sehinggakan hati Dr. Luzman pedih mendengarnya. Ada ke Damia Azra guna bomoh, hendak mencari bomoh pun Damia tidak pandai. Hmm, zaman makin moden, fikiran manusia semakin bercelaru dan sudah tidak pandai untuk membezakan yang mana satu baik dan yang mana satu buruk.

Datuk Hashim tidak pandai menilai yang mana satu intan dan yang mana satu kaca sebab itu Datuk Hisham tidak sukakan Damia Azra. Membenci Damia Azra hanya kerana fitnah dan prasangka orang. Tetapi berbeza dengan  Muiz Afendy yang telah dapat menangkap keistimewaan Damia Azra. Bertuah lelaki yang dapat mengikat hati milik Damia Azra yang tabah ini. Aku sendiri kagum dengan kekuatannya, tidak seperti isteriku yang cepat melatah dan tidak sabar. Sikap isteriku yang mudah berputus asa di dalam mendidik anak-anak. Hendak kawal perangai Damia Azra pun tidak boleh, wal hal Damia Azra hanya meminta untuk disayangi dan difahami isi hatinya. Itu pun tak boleh ke? Perangai siapa yer? Rasanya bukan dari Datuk Mohsin yang buruk perangai itu. Hish, siapa aku untuk menilai baik dan buruknya orang.

Sekarang orang yang dirisaukan bukanlah Damia Azra kerana Damia Azra sudah pandai menjaga dirinya. Pengalaman kehidupan yang memberi ilmu kepada Damia Azra untuk menjadi manusia yang berguna. Bukan seperti Zana yang dihantar sampai luar negara untuk mencari ilmu tetapi pulang dengan jiwa yang kosong. Ilmu dunia pun tiada, ilmu akhirat pun  tiada. Sekarang mahu salahkan siapa?
“Abah sudah hilang punca dengan sikap Zana, Mia. Makan minum Zana sudah tidak terurus...,” ucap Dr. Luzman. Damia Azra tempat dia berkongsi cerita sekarang kerana isterinya pun sudah hilang punca diuji dengan sikap Zana.
“Yang nie baru betul, abah kena paksa Muiz kahwin dengan Zana juga, baru lah Zana boleh sembuh!”
“Kamu ni.. cinta tak boleh dipaksa-paksa lah. Bukan sekadar Zana yang akan merana kelak, Muiz pun akan merana juga!”
“Hmm..,” Damia Azra tersenyum, aku ini siapalah mahu mengajar abah. Abah yang mempunyai ilmu dan lebih banyak pengalaman dari aku? Abah lebih makan garam dariku. Lebih bijak dari aku tetapi sekarang abah pun tidak tahu untuk mengatasi masalah anaknya. Simpatinya Damia Azra kepada abah tirinya itu.

Damia Azra memandang kelibat abah sayu saja. Apakah papa juga begitu, sedang merindui aku anaknya. Kenapa aku tidak memberi peluang kepada papa? Hmm, papa pun tidak pernah member peluang kepada diri sendiri? Engkau tahu mana Mia? Andainya papa sayangkan dirinya, sayangkan aku, sayangkan mama tentu papa tidak buat kerja terkutuk itu? Papa yang menghancurkan peluang papa sendiri?

Semua orang buat salah, Mia. Manusia di dunia ini, di atas muka bumi ini tiada yang sempurna, semuanya bisa melakukan kesalahan. Semuanya penuh buat kesilapan. Kita hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan tetapi ALLAH membuka ruang, memberi waktu untuk kita bertaubat, untuk kita meminta ampun kepadaNYA.
“Kak!”
“Aisya!”
“Siapa tu kak?”
“Ayah tiri akak, kenapa?”
“Yang muda beri KFC tu siapa?”
“Bekas abang ipar tak jadi!” jawab Damia Azra sambil ketawa. Janganlah tanya tentang lelaki itu kerana hatiku tidak tenang bila menyebut akan dirinya.
“Akak ni, serius lah!” marah Aisya. Mereka berjalan menuju ke bilik masing-masing. Bertembung di kaki lima saja tadi. Aisya baru pulang dari kolej manakala Damia Azra dihantar pulang oleh abah.
“Betul lah, akak dulu pernah bercinta dengan adiknya, tetapi tak ada jodoh, kami berpisah. Bekas kekasih akak tu dah kahwin pun!” jawab Damia Azra dengan tenang. Cinta apa macam tu, orang cakap perkara betul sudah melalak maki hamun orang. Ingat anak pembunuh tak ada hati dan perasaan ke?
“Ooo, yang orang asyik bercakap tentang anak raja bercinta dengan orang biasa tu akak lah. Heboh cakap si gadis tu anak pembunuh, sebab itu mereka berpisah sebab tak setaraf!”  balas Aisya tanpa berselindung. Perkara benar apa yang perlu ditakutkan.
“Betul lah tu!” jawabnya perlahan. Teringat papa di utara. Hati tiba-tiba menjadi sedih. Sudah banyak malam di ganggu dengan mimpi kepada papa. Kenapa ek? Sedangkan selama ini aku ingin melupakan papa di dalam hidupku.
“Akak bencikan papa akak ke?” soal Aisya. Damia Azra membuka pintu lalu membiarkan Aisya masuk ke dalam biliknya. Ah, sudah biasa anak gadis ini lepak di dalam biliknya setiap hari. Apa aku hendak jawab? Sememangnya aku membenci papaku sendiri, itu memang tidak dinafikan. Aku bencikan papa kerana aku turut menerima hukuman dek perbuatan papa. Aku kehilangan kasih sayang mama ku sendiri kerana papa. Aku kehilangan masa-masa indahku, masa-masa kanak-kanak dan remaja ku kerana papa. Salahkah aku membenci papa??
“Di dahi akak sudah tertulis akak anak pembunuh dik. Semua orang bencikan akak termasuk mama akak sendiri..,” luah Damia Azra. Sampai matipun aku akan kekal menjadi anak pembunuh. Tengku Fayyad memutuskan cinta kami kerana aku anak pembunuh.
“Biarlah kak, asalkan akak tak membenci papa akak sudah lah. Sejahat mana pun dia, dia tetap papa akak!”nasihat Aisya. Hish, budak ni muda dari aku tetapi pandai memberi nasihat. Seumur hidup aku, aku tidak pernah mendengar lagi kata-kata nasihat seperti ini.
“Hmm, susah nak cakap dik. Akak yang mengalaminya, tak mudah untuk akak melafazkannya!” tutur Damia Azra sambil duduk di atas katil memandang ke arah Aisya yang sedang duduk di atas kerusi mengadap wajah Damia Azra.
“Kak, kita ni manusia biasa saja, bukan nabi pun. Mungkin dulu papa akak pembunuh tetapi sekarang mana tahu dia sudah insaf, sudah bertaubat. Akak tak boleh hukum papa akak lah!” pujuk Aisya. Damia Azra mengeluh panjang. Kau tidak berada di tempat aku, Aisya. Aku yang sengsara menanggungnya. Aku kehilangan semuanya kerana papa, macam manalah aku hendak memaafkan papa dan menerimanya di dalam hidup aku?
“Kamu pergi balik dulu, mandi dan berehat, malam nanti kita keluar makan bersama. Ajak mimi sekali!” Tak mahulah berbincang perkara itu lagi. Sakit jiwa.
“Ok, akak pun nak berehatkan. Sya balik dulu, kak!” pinta Aisya. Degil nombor satu. Siapa lah boleh tahan dengan akak yang cantik menawan ini? Tentu papa segak dan mama pula cantik, sebab itu dapat anak yang cantik, nama pun indah, seperti nama tuan puteri saja, Damia Azra!
“Papa akak tu kerja apa?” soal Aisya ingin tahu benar. Daun pintu sudah di tarik, kaki pun sudah sebelah melangkah keluar tetapi hati masih mahu tahu akan sebuah kebenaran.
“Datuk Mohsin tu keturunan orang kaya raya. Semak di internet boleh tahu lengkap tentang papa akak!”
“Agak dah sebab tengok akak tak seperti anak orang susah seperti saya. Abah akak tu kerja apa?”
“Dr. Luzman, dia buka klinik dengan mama akak, Dr. Shahrini!” jujurnya dia memberi jawapan.
“Hebatnya ahli keluarga akak!” ucap Aisya kagum. Damia Azra tersenyum saja mendengar jawapan itu. Hebat tu dia orang lah, aku orang biasa saja. Belajar pun tak pandai, kerja pun sebagai juruwang saja lah!

Hmm, kenapa lah semua ini muncul semula. Papa, kenapa kerap sangat terkenangkan papa sekarang? Ada sesuatu yang tidak kenakah? Papa sakit? Ah, biarlah sakit. Aku susah hati ke? Kenapa perlu susah hati? Papa kena tangkap lagikah? Biarlah kenapa tangkap pun. Papa bukannya tak biasa hidup dalam penjara. Sudah hampir dua puluh tahun papa terperangkap dalam penjara tu. Tak kisah pun lah!

Tetapi kenapa hatiku sentiasa teringatkan papa, terkenangkan papa. Kenapa wajah papa yang sering bertandang dalam mataku setiap waktu? Kenapa?

Telefon dicampai lalu ditelefonnya Bibik Indah. Dia mahu menceritakan kisah hatinya hari ini. Kesusahan hatinya hanya Bibik Indah saja yang tahu.
“Dah sembahyang?”
“Belum lagi, bik!”
“Pergilah sembahyang, berdoa banyak-banyak kerana ALLAH sudah tahu apa yang tersirat di dalam hati Mia ketika ini,” 
Lamanya dia berteleku di atas sejadah. Lama juga dia mengangkat tangan berdoa kepada ALLAH. Mohon diberikan dia kekuatan hati dan perasaan. Kekuatan jiwa dan semangat untuk dia meneruskan kehidupan.  Malah dia juga turut memohon diberi ketenangan.
“Amin!” lafaz Damia Azra di dalam hati. Khusyuk benar dia bersolat sehingga tidak sedar ada orang yang sedang melihatnya.
“Kak, ada orang nak jumpa!” beritahu Aisya yang menerima pesanan sewaktu mahu keluar ke kedai. Aisya kerap melihat lelaki ini mengekori Damia Azra.
“Tengku Farel ke?” teka Damia Azra. Kenapa lah dia datang cari aku lagi.
“Tak tahu nama, tetapi dia kerap mengekori akak!” jawab Aisya. Muka Damia Azra segera berubah. Kecut hati. Tak sanggup hendak berjumpa dengan Muiz, kerana Muiz bukan seperti Muiz lagi.
“Muiz??”
“Mungkinlah!”
“Aisya jawab apa tadi?”
“Kenapa kak?”

Damia Azra segera mengunci pintu biliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan