Selasa, 4 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (22)




BARU SUDAH MENYERAHKAN KUNCI BILIK KEPADA TUAN RUMAH. Selesai segala bayaran termasuk dengan bil air dan bil api. Hmm, duduk tak sampai pun sebulan sudah mahu berpindah lagi. Ini keputusan yang terbaik di dalam hidupnya. Segala barang sudah berada di dalam bonet kereta, dia hanya mahu membawa yang penting saja, yang lain akan diberikan kepada Aisya dan Mimi.
“Sya ada lesen kereta tak?” soalnya. Dia mengajak Aisya dan Mimi makan KFC berdekatan dengan pasaraya tempat dia bekerja.  Sudah lama mahu membawa adik berdua ini makan di KFC. Hari ini perlu ditunaikan.
“Ada, kak. Kenapa?” jawab Aisya.
“Akak nak tinggal kereta ni untuk kegunaan Aisya. Tentang bayaran bulanan kereta ni akak akan settle kan,” beritahu
“Kak tak bawa kereta kak?
“Jauh. Akak tak tau jalan!”
“Nanti bila saya balik Perlis, saya pergi cari akak kat Kuah tu!”
“Boleh, tak ada masalah!”  ucapnya sambil tersenyum. Selepas ini hendak pergi ronda-ronda sepanjang Bandar Melaka, dan yang penting nak tengok rumah mama sepuas hati. Sayang lah hendak tinggal, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat yang menyimpan banyak rahsia.

Hmm, dulu kami tinggal di Johor, papa menguruskan perniagaan terbesar di negeri Johor. Lima tahun tinggal dengan papa, kerana mama sambung belajar ketika aku berumur 4 tahun. Mungkinlah, sebab tak ingat lah bila masa mama pergi ke UK untuk sambung belajar. Dan aku tinggal bersama-sama papa, bila tragedi itu berlaku barulah mama pulang untuk mengambil aku dan tinggal bersamanya. Selepas setahun mama berkahwin dengan abah dan kami berpindah ke bandar Melaka, kerana abah orang sini. Keluarga sebelah mama pun orang sini juga.

Tinggal di sini, sekolah di sini, kena tangkap polis pun di sini juga. Berkenalan dengan Tengku Fayyad, putus cinta pun di sini juga. Aduhai, banyak sungguh kenangan yang ada di sini. Dan kenangan ini akan dibawa bersama-samanya nanti cuma yang ditinggalkan adalah keluarga, kawan-kawan, rumah dan sebagainya, tapi apa yang masih kekal adalah kenangan suka duka sewaktu tinggal di sini.

Lamanya dia berada di dalam kereta meninjau rumahnya dari jauh. Semuga mama dan abah bahagia selalu. Begitu juga dengan Bibik Indah dan adik-adik. Semuga Muiz dan Zana cepat sembuh dari cinta yang menyakitkan dan menjadi manusia yang tidak lagi patah semangat dan berputus asa.  Ya, Allah lindungilah orang-orang yang aku sayangi sepanjang kehidupan ini. Amin.

Sebaknya perasaan, sedihnya jiwa, menangisnya di hati tiada siapa pun yang tahu. Hampa, kecewa dan patah hati semuanya berlagu di dalam dada. Semuanya beralun sepi di dalam dada. Sedihnya mahu meninggalkan bandar bersejarah ini tetapi apa kan daya terlalu banyak dugaan dan ujian yang menimpa diri.
Selamat Tinggal, abah. Terima kasih kerana sudi memahami anak tiri abah ini.
Selamat Tinggal, mama. Semuga ALLAH bukakan pintu hati mama untuk menerima anak mama yang jahat ini.
Selamat Tinggal, Tengku Fayyad. Aku doakan engkau bahagia di samping isteri tercinta.
Selamat Tinggal, Zana dan Muiz. Semuga ada cinta di hati kalian yang diberikan oleh ALLAH yang maha pengasih dan maha penyayang.
Selamat Tinggal Kelly, Munish.. ada jodoh kita bertemu lagi.

Damia Azra memeluk erat Aisya. Gadis ini penghibur hatinya di kala duka. Peneman kala sepi. Pertemuan ini ditakdirkan oleh ALLAH dan dia bahagia kerana dipertemukan dengan gadis yang mempunyai jiwa yang tinggi.
“Jaga diri yer!” ucapnya sambil mengesat air mata Aisya. Dia tetap juga tidak menangis walaupun hati terlalu sedih.
“Akak pun!” balas Aisya. Damia Azra mengangguk.  Cepatnya masa berlalu sekarang sudah pukul 10.50 malam, dan dia akan bertolak jam 11.00 malam nanti. Bas Transnasional berwarna merah sedang menunggu untuk membawanya pergi dari sini.
“Selamat tinggal, dik!”
“Selamat jalan kak!” 

Damia Azra berjalan ke arah bas. Beg pakaian yang besar di serahkan kepada pemandu bas untuk diletakkan di bahagian letak beg di bawah isi perut bas yang panjang ini. Damia Azra menaiki tangga dan mencari kerusi nombor 7. Sudah ada penumpang di kiri kanannya. Juga di belakang. Nombor 7 di tepi tingkap. Damia Azra terus duduk. Beg sandang diletakkan di atas riba. Mata masih memerhati ke arah Aisya dan Mimi yang sedang melihatnya dari bawah.

Penumpang mula memenuhi kerusi-kerusi bas. Hanya tinggal di sebelahnya saja lagi yang kosong. Harap-harap perempuan lah yang duduk kat sebelah aku. Boleh juga buat kawan nanti. Perjalanan ini mengambil masa yang agak lama. Mungkin enam jam. Itu pun tidak pasti. Kalau sepanjang perjalanan hujan macam mana? Tentu lambat lagilah hendak sampai ke Kuala Perlis. Tiket bas ini terus ke Kuala Perlis. Hanya bas ini saja yang meneruskan perjalanan sampai ke sana.

Sekarang matanya tertumpu kepada lelaki yang sedang menaiki tangga bas dan sedang berjalan ke arahnya.  Ya, ALLAH, Tengku Farel Hakimi..Buat apa pula mamat nie naik bas? Tak kan lah dia tauke bas transnasional nie pulak. Aduh.... Jantungnya berdegup kencang. Damia Azra mengambil beg sandang lalu menutup mukanya tidak mahu Tengku Farel Hakimi sedar dia sedang berada di situ.

Tengku Farel Hakimi duduk di sebelahnya kerana nombor kerusinya adalah nombor 8. Lagipun hanya kerusi itu saja yang kosong, yang lain semuanya sudah penuh. Bas mula bergerak perlahan-lahan dan dia melambai tangan ke arah Aisya dan Mimi tanpa suara.
“Tak payah nak selindung orang dah tahu tadi!” tegur Tengku Farel Hakimi sambil menarik beg sandangnya. Damia Azra mengetap bibirnya.
“Nak ke mana nih? Ikut saya ke?” balas Damia Azra geram.
“Hai, ikut suka hati saya lah. Siapa lah nak ikut awak, silap haribulan makan tumit tinggi kasut awak tu!” balas Tengku Farel Hakimi yang tidak membawa apa-apa. Hanya ada jaket buruk tempoh hari. Balik Langkawi lah kut sebab dia kan tinggal di sana. Kenapa balik hari ni? Kenapa tak balik hari lain? Kenapa naik bas? Naik lah kapal terbang ke, kereta api ke? Kereta sendiri ke? Ini naik bas. Kalau hendak naik bas pun naik lah bas lain bukan bas yang ini. Aduh tensionnya, jumpa mamat nie balik.
“Naik lah kapal terbang awak kan duit banyak, yang naik bas nie kenapa?” marah Damia Azra. Aku tak nak duduk dengannya sepanjang malam ni. Tak aman dunia aku.
“Hahaha.. bas ni bukan bas bapa awak atau pun bas awak. Jadi, jangan banyak songgeh!”
“Hah, nasib baik bukan bas bapa saya atau bas saya, kalau tidak dah lama saya suruh awak turun dari bas ni!”
“Agak dah. Saya pun tak kebulur nak naik bas nie lah kalau tau yang bapa awak punya!”

Ini baru sepuluh minit bas berjalan. Air cond yang sejuk jadi panas. Bayangkan kami akan bersama sepanjang malam. Lambat lagi hendak sampai di utara. Sekarang pun masih di bandar Melaka. Damia Azra melihat ke hadapan. Semuanya perempuan sama perempuan. Dia bangun untuk melihat ke belakang. Kelihatan pasangan lelaki dan perempuan. Ada can lah ni. Boleh lah kami bertukar tempat duduk. Aku nak duduk dengan orang perempuan lagi senang dari duduk sebelah menyebelah dengan mamat sakit jiwa ini.
“Tepi sikit!” katanya.
“Hendak ke mana?”
“Nak tukar tempat duduk lah!”
“Ah, jangan cari penyakit. Dia orang tu entah ke pasangan suami isteri ataupun pasangan kekasih. Siapa yang hendak tukar dengan awak!” halang Tengku Farel Hakimi seakan tahu apa yang tersirat di dalam hati Damia Azra. Betul juga, sebab dari  mata memandang kelihatan mereka begitu mesra, siap duduk rapat-rapat lagi. Siapa yang hendak berpisah dengan pasangan sendiri agaknya?
“Tak kira nak tukar juga!” bantah Damia Azra tidak mahu mengalah.
“Duduk lah saya tak akan apa-apa kan awak lah!” suruh Tengku Farel Hakimi.  Terpaksalah duduk kerana tiada pilihan.  Dia cuba menjarakkan dirinya kerana lengan lelaki ini bergesel dengan lengannya.
“Hendak ke mana?” soal Tengku Farel Hakimi. Damia Azra buat-buat tidak dengar. Dan tidak mahu menjawab.
“Aik, tiba-tiba jadi bisu!” usik Tengku Farel Hakimi lagi.  Damia Azra diam saja. Lantak kau lah. Aku hendak tidur.  Dia pura-pura pejamkan mata dan mengalihkan wajahnya ke tingkap. Bandar melaka masih belum ditinggalkan sepenuhnya. Abah tak tahu aku ke mana. Mama pun! Nanti mesti abah cari kerana tidak berjumpa dengan aku lagi.  Tetapi aku sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan papa. Rindu serindunya.
“Patah hati dengan Fayyad ke?” cungkil Tengku Farel Hakimi masih tidak berpuas hati dengan tindakan Damia Azra yang tidak mahu bersuara. Lerr, tak habis lagi nak korek rahsia.
“Kan awak suruh tinggal, jadi saya tinggal lah. Hati saya patah ke remuk ke, awak apa peduli?” jawab Damia Azra.
“Memang patut pun awak tinggal kan dia, Fayyad tu tak sesuai langsung dengan awak,” sengaja Tengku Farel Hakimi menyakiti hatinya ingin menguji tahap kesabaran Damia Azra barangkali.
“Saya nak ambil yang lagi kaya sebenarnya, sebab itu saya tinggalkan adik awak tu!” jawab Damia Azra bengang dengan tuduhan Tengku Farel Hakimi.
“Betul juga tu, awak kan ada cantik, sekali petik jari, berduyun yang hendak kan awak!”
“Saya takut Tengku Farel yang tergilakan saya nanti,”
“Hmm, mintak simpang lah, tak mahu lah saya kat awak. Awak tu apa pun tak ada!”
“Hai, tadi kata saya ada kecantikan, saya guna lah kecantikan saya untuk mengoda awak,”
“Hey.. tak mau lah saya. Tak akan tergodanya saya kat awak tu!” balas Tengku Farel Hakimi  membuatkan Damia Azra kelucuan. Geli hati. Saya pun tak hendak lah kat awak. Minta dijauhkan, jangan lah jodoh aku dengan keturunan Engku Zahirah. Tambahan lagi dengan anak-anaknya. Dari hidup di maki, di caci dan merana diri lebih baik aku hidup seorang diri.

Damia Azra memandang ke arah tingkap, bandar Melaka telah pun ditinggalkan. Selamat tinggal, Melaka. Doakan aku supaya bahagia di tempat orang. Doakan aku supaya semakin kuat dan kental untuk menjadi anak perantau di tempat orang pula. Aku tidak pernah merasa hujan batu, apa tah lagi untuk merasa nikmatnya hujan emas di tempat orang.  Dipejamnya mata rapat-rapat, terbayang wajah papa kesayangannya.

Tengku Farel Hakimi memandang Damia Azra yang memejamkan mata. Gadis ini penuh misteri. Macam-macam cerita yang dia dengar, entahkan betul entah kan tidak. Tetapi dia hairan dengan kesudian gadis ini melepaskan Tengku Fayyad kepada Tengku Nadia, apa penyebabnya sedangkan sebenarnya dia mahu menguji hati Damia Azra terhadap adiknya, Tengku Fayyad. Tidak sangka, sekali saja arahan yang dia lafazkan, Damia Azra sudi memenuhinya. Kenapa dan mengapa Damia Azra berubah hati dengan membiarkan hatinya hancur sendiri. Tentu dia bukan sebarangan gadis kerana sanggup melepaskan orang yang dicintainya kecuali Damia Azra tidak sepenuh hati menyintai Tengku Fayyad.
“Mia!”
“Tak dengar lah, orang dah tidur ni!”
“Hehehe..,”
“Awal lagi lah nak tidur pun!”
“Hai, kacau lah!”  Damia Azra memandang wajah lelaki di sebelahnya. Kenapalah takdir aku duduk satu kerusi dengannya malam ini? Tak best langsung! Asyik ajak aku berbual dengan dia saja. Hendak mengelamun pun tak boleh.
“Kenapa tinggalkan Tengku Fayyad?” soal Tengku Farel Hakimi. Hmm, tak habis lagi ke soalan tentang Tengku Fayyad? Kami tidak setaraf. Hubungan kami tidak mendapat restu dari kedua-dua belah pihak. Keluarga aku pun tak suka, keluarga Tengku Fayyad lagi lah tak suka.
“Tadi kan dah jawab. Awak suruh saya tinggal, saya tinggallah!”
“Tinggal macam tu saja?”
“Mana ada saya tinggal macam tu saja, kan adik awak dah kahwin dengan pilihan hati dan pilihan keluarga kira okey lah tu!” jawab Damia Azra. Dia ini hendak apa sebenarnya? Soal aku yang macam-macam pula?
“Dia orang tengah bulan madu kat Paris sekarang!”beritahu Tengku Farel Hakimi. Damia Azra Cuma tersenyum. Bertuah badan, boleh makan angin di luar negara lagi. Hmm, tuah aku bila lah agaknya?
“Alhamdulillah!” jawab Damia Azra tenang. Senyuman indah terukir di bibirnya. Terkedu Tengku farel Hakimi memandang senyuman indah itu. Subhanallah, boleh tergugat keimanan nih?
“Awak bila nak kahwin? Adik awak dah kahwin pun!” soal Damia Azra kembali seolah tiada apa yang berlaku.
“Tak jumpa lagi calon!”
“Hahaha.. ,”
“Alasan yang tidak boleh diterima pakai langsung!”
“Aik, dah betul, saya tak ada calon lagi!”
“Orang lelaki suka cakap macam tu, pada hal dah ada tunang lah, kekasih lah, tetapi kalau orang tanya mesti jawab tak ada calon lah, tak jumpa calon lah, penipu besar!” leter Damia Azra. Tengku Fayyad pun macam itu dulu wal hal sudah ada tunang pun. Tetapi kesalahan diri sendiri tak nampak, salah aku nampak sangat.
“Sungguh, saya tak tipu,” bela diri Tengku Farel Hakimi, Tengku Fayyad tu adik kau, tentu perangai kau pun sama dengan adik kau.
“Lantak awak lah, tipu tak tipu itu hak awak,” luah Damia Azra kepada bekas abang ipar tak jadinya itu. 

Telefonnya di atas riba berbunyi mohon diangkat. Dia melihat nombor abah yang sedang menari di situ. Hendak angkat atau tidak, pastinya abah sudah mencari aku di rumah sewa tadi. Kalau angkat hendak beritahu apa kepada abah. Aku pindah? Berhijrah? Tetapi ke mana? Sebab apa? Merajuk ke? Kecewa dengan mama yang keluarga mama yang menuduh aku mempunyai hubungan sulit dengan abah? Begitu?

Telefon berhenti berdering tetapi berbunyi semula. Masih abah yang menelefon. Tengku Farel Hakimi melihat sikap Damia Azra yang tidak keruan. Hendak angkat atau tidak? Serba salah Damia Azra dibuatnya. Tiada jawapan yang disediakan untuk berhadapan dengan abah kerana dia merancang akan menelefon abah sebaik saja dia sampai di Pulau Langkawi.

Lima minit berlalu selepas deringan kedua, kali ini dia terpaksa mengangkatnya. Abah selagi tak mendengar suaranya pasti tidak berpuas hati.
“Assalamualaikum abah!” jawabnya.
“Kamu ke mana? Abah pergi cari kamu kat rumah, tak ada orang pun!” salam di beri tidak dijawab, jawab di hati barangkali tetapi dia diserbu dengan pertanyaan.
“Hmmm.. Mia.., “ apa yang aku harus bilang sama abah yer? Dia memandang ke luar, mencari idea untuk bercakap dengan abah.
“Mia pergi bercuti lah abah. Sekarang atas bas!”
“Bercuti ke mana?”
“Ke rumah kawan di Kedah,”
“Nanti sampai di Kedah, call abah yer!”
“Insya Allah!”

Hmm, terpaksa tipu abah, sekejap tadi marahkan Tengku Farel Hakimi, sekarang aku yang terpaksa menipu. Abah, maafkan Mia, belum waktunya Mia ceritakan ke mana tujuan Mia yang sebenarnya. Nantilah, Mia akan cerita juga hal itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan