Ahad, 2 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (15)



BARU SUDAH SEMBAHYANG. HARI INI DIA SEMBAHYANG PENUH. Tidak ada yang tertinggal. Lengkap dan sempurna. Alhamdulillah, ucap Damia di dalam hati. Tv empat belas inci dibiarkan terbuka sejak dari tadi tetapi suara diperlahan tidak mahu menganggu penghuni-penghuni lain yang turut menyewa bilik di bangunan ini, kebanyakannya adalah pelajar-pelajar kolej yang tidak boleh menetap di asrama. Lelaki pula tu, hanya dia dan dua orang pelajar perempuan yang menyewa di sini. Bukan itu saja, berbilang bangsa. Ada india, melayu dan cina.
“Mia dah makan?”
“Dah. Bibik buat apa tu?”
“Makan apa?”
“Bihun tomyam!”
“Masak sendiri?”
‘Hehehe, bik ni macam lah tak kenal dengan saya. Beli kat bawah tu!”
“Abah Mia kalut cari Mia, bibik cakap bibik tak tahu Mia ke mana?”  beritahu Bibik Indah. Tahu, banyak panggilan dari abah yang Mia tidak sengaja tidak angkat. Belum masanya untuk bercerita kepada abah akan hal ini. Bila ada masa baru hendak pergi jumpa dengan abah. Sekarang hendak selesaikan masalah dengan Tengku Fayyad terlebih dahulu, hanya masalah ini saja yang tinggal.

Setelah melihat  Damia mengetahui siapa ahli keluarga Tengku Fayyad yang sebenarnya, hati Damia menjadi tawar dan hambar. Tidak sanggup rasanya untuk berhadapan dengan Engku Zahirah yang sombong dan garang itu. Apatah lagi dengan amaran yang datang dari Tengku Farel Hakimi, lagilah dia tidak sudi untuk meneruskan cinta ini.

Allah sudah tahu awak mempermainkan hati dan perasaan Tengku Fayyad, Mia. Awak tidak setulus hati menyintai Tengku Fayyad, hanya terpaksa saja. Allah itu maha mengetahuilah, Mia. Tengok di dalam lubuk hati awak pun ALLAH sudah mengetahui segala yang tersirat. Dengan Tengku Fayyad bolehlah awak bersembunyi, berpura-pura dan menipunya tetapi dengan ALLAH, bolehkah awak menipu?

Damia menanggalkan cincin yang tersarung di jari manisnya. Dimasukkan ke dalam kotak baldu berwarna biru dan diletakkan sekali bersama kad kredit kepunyaan Tengku Fayyad. Kemewahan ini rupanya telah memukau mata aku untuk menerima Tengku Fayyad dan mungkin juga Tengku Fayyad memilih aku kerana salah mata memandang. Tengku Nadia sudah sesuai dengan awaklah, Tengku Fayyad.
Damia bangun dari atas sejadah. Di letaknya sejadah dan kain telekung di atas katil. Lalu dia membuka suara tv. Drama Vanilla Cokelat menjadi pilihannya malam ini. Terhibur dia menyaksikan gelagat Amir dan Zara yang sedang bergaduh itu. Dia tersenyum sendirian. Best kalau dapat suami seperti Amir, sebab segak sangat. Hahaha.. Antara Amir dengan Tengku Farel Hakimi, mana yang lebih segak Mia? Hish, kenapa teringatkan Tengku Farel Hakimi pula?

Pintu biliknya diketuk orang. Siapa? Abah kah? Mungkinkah abah sudah tahu tempat tinggalku? Bukan susah pun nak cari bilik sewaku kerana berdekatan dengan tempat kerjaku. Apatah lagi apabila melihat keretanya di tempat parking kereta di bawah sana, lagilah mudah untuk mencari.
“Siapa?” soalnya tidak membuka pintu bilik. Mana tahu bukan abah tetapi lelaki lain.
“Fayyad!” jawab suara dari luar. Terkejut Damia, rupanya bukan Abah tetapi Tengku Fayyad.  Dapat juga lelaki ini mencari aku di sini rupanya.
“Kejap!” ucap Damia sambil mencapai kotak cincin dan kad kredit yang mahu dikembalikan kepada Tengku Fayyad. Dia membuka pintu lalu terus keluar. Wajah lelaki itu bengang dan marah. Terlampau merah.
“Apa ni Mia? Kalau nak tinggal di rumah sewa pun  carilah rumah yang elok sikit, ini awak tinggal di bilik macam ni. Memalukan sungguh. Bukankah saya dah beritahu awak, awak kena hidup cara orang kaya sebab bakal suami awak ini anak orang kaya. Ini..,” hambur Tengku Fayyad serta merta tanpa mempedulikan orang yang berlalu lalang di situ.
“Jom kita berbual di tempat lain, dekat sini tak elok lah!” ajak Damia sambil menarik tangan Tengku Fayyad menuju ke taman kanak-kanak yang berada di seberang jalan. Tangan Tengku Fayyad dilepaskan dan dia menyeberangi jalan seorang diri membiarkan Tengku Fayyad mengekorinya dari belakang.

Damia duduk di atas bangku sambil matanya tertumpu kepada sepasang suami isteri  yang sedang bermain dengan dua orang anak kecil mereka. Bahagianya Damia melihat mereka berempat.
“Saya suruh awak berhenti kerja awak tak mahu. Kereta buruk awak tu bila nak jual?” tengking Tengku Fayyad. Terserlah perangai Tengku Fayyad malam ini. Tengku Fayyad yang pentingkan maruah dan harga diri. Inikah lelaki yang kau mahu jadikan sebagai suami, Mia?
“Saya tak akan berhenti kerja lah. Saya akan terus kerja kat situ!” jawab Damia. Kerja ini amat penting untuk diriku. Tak mungkin kerana kau aku hendak berhenti kerja pula. Kau lain lah duit banyak, tak kerja pun tak mengapa. Aku??
“Tolong jangan malukan saya, Mia? Malu keluarga saya andainya mereka tahu bakal isteri saya bekerja sebagai jurujual saja!” balas Tengku Fayyad. Oo, tahu pun malu. Itu belum tahu lagi aku ini anak siapa? Aku bukan anak Dr. Lukman yang terkenal itulah, Tengku Fayyad.
“Kalau sudah tahu malu, kenapa pilih saya? Kita tak sesuai lah Tengku Fayyad!” jelas Damia Azra apa yang tersirat di dalam hatinya. Aku nak putus hubungan dengan kau, supaya kau dapat kembali ke pangkuan Tengku Nadia.
“Mia!” jerit Tengku Fayyad semakin marah. Mia ini memang pantang ditegur.
“Awak perlu sedar siapa awak, Tengku Fayyad kerana saya sudah sedar siapa diri saya yang sebenar. Kalau awak nak tahu ini adalah kehidupan saya dan saya tak boleh hendak menukarkan kehidupan saya semata-mata kerana cinta awak!” sambung Damia Azra lagi. Dia sendiri sudah naik berang. Kau ingat aku tidak sakit hati kerana sikap kau. Datang sekadar mahu membezakan siapa aku dan siapa diri kau di sini. Kalau sudah tahu kedudukan kita yang tidak setaraf, jadi kenapa hendak meneruskan lagi hubungan ini. Elok putuskan saja. Tergiang kata-kata Tengku Farel Hakimi.
“Apa yang awak cakap ni? Saya tak fahamlah!” ujar Tengku Fayyad lembut. Silap aku juga kerana datang terus marahkan Mia tetapi aku tidak sanggup kehilangan Mia. Aku hanya mahu Mia mengikut cara hidup aku saja.
“Kita putus. Anggaplah jodoh kita tiada!”  beritahu Damia. Ternganga mulut Tengku Fayyad kerana terlalu terkejut dengan kata putus dari Damia Azra.
“Saya sayangkan awak, Damia. Janganlah kerana hal seperti ini kita berpisah pula!” pujuk Tengku Fayyad sambil memegang kedua belah tangan Damia Azra. Apapun alasan kau, aku sudah mengambil keputusannya, Tengku Fayyad. Antara kita terlalu jauh perbezaannya. Dilepaskan pegangan tangan Tengku Fayyad lalu dia mengambil sesuatu di dalam poket seluarnya. Kad dan kotak cincin dihulurkan kepada Tengku Fayyad.
“Nah, ambil balik cincin dan kad kredit awak!” ucap Damia Azra. Muka Tengku Fayyad pucat dengan  sikap Damia Azra yang tegas dan lantang itu. Mana sifat manja Damia Azra? Mana kelembutan Damia Azra.
“Apakah abang saya telah menyakiti hati awak, Damia?” soalnya. Damia Azra berubah secara tiba-tiba selepas pertemuan Damia Azra dengan Tengku Farel Hakimi petang tadi.  Berubah seratus peratus.
“Ini tak ada kena mengena dengan abang awak, Tengku Fayyad.  Ini adalah antara kita berdua saja!”
“Saya tak percaya!”
“Anggaplah kita tidak ditakdirkan bersama. Jodoh kita tiada, Tengku Fayyad!”
“Tapi..,”
“Lupakan saja saya dalam hidup awak, Tengku Fayyad!”
“Jangan cakap begitu, Mia. Saya tidak sanggup hidup tanpa awak!”
“Maaf, saya mohon dilepaskan!” ujar Damia Azra sambil melangkah pergi meninggalkan Tengku Fayyad yang masih termangu di situ. Damia tidak menoleh melihat Tengku Fayyad di belakangnya kerana ini adalah keputusan yang tidak boleh diganjak ataupun diubah-ubah lagi. Semuga awak mengerti, Tengku Fayyad.

Selesai masalah yang kedua. Harap-harap Tengku Fayyad kembali kepangkuan Tengku Nadia, dan meneruskan rancangan perkahwinan mereka berdua. Bagi itu sudah memadai dari Tengku Fayyad memilih aku tetapi hubungan kekeluargaannya berentakkan. Aku kenal siapa Engku Zahirah yang masih tidak memaafkan aku atas kejadian itu. Engku Zahirah tidak akan sudi menerima aku untuk menjadi menantunya? Sudahlah aku ini serba serbi kekurangan. Manalah hendak setanding dengan kehidupan dia orang.

Sangka Damia Azra hubungan antara dia dan Tengku Fayyad berakhir semalam. Nyenyak tidur dan bangun pagi ini dia terasa amat bersemangat. Aku perlu jaga diri sendiri kerana sudah tidak ada sesiapa lagi. Perlu kuat semangat, perlu jaga kesihatan dan tidak boleh jatuh sakit kerana tidak ada sesiapa yang akan menjaga aku sekiranya jatuh sakit. Tidak ada Bibik Indah, dan tidak ada Tengku Fayyad lagi.
“Mia!” panggil Tengku Fayyad. Damia Azra melihat Tengku Fayyad yang baru keluar dari kereta dan masih berpakaian baju semalam. Tidak balik ke rumahkah dia semalam?
“Saya sayangkan awak!” luhur ucapan itu bergema menyentuh tangkai hati Damia Azra. Kali ini Damia Azra hilang arah. Jangan merayuku lagi kerana aku sudah tidak sudi.
“Pergilah balik. Tentu keluarga awak susah hati cari awak!” pujuk Damia Azra. Ah, kena cari Tengku Farel Hakimi rasanya, suruh datang memujuk adiknya.
“Saya cintakan awak, sayangkan awak dan nak kahwin dengan awak!” ucap Tengku Fayyad bersungguh-sungguh.
“Tak boleh. Saya tak boleh kahwin dengan awak!”
“Tapi kenapa? Kenapa kita tak boleh kahwin? Saya sudi lakukan apa saja untuk awak. Kalau awak nak kerja di situ pun saya dah tak kisah. Awak nak tinggal di bilik buruk itu pun saya dah tak peduli tetapi jangan diputuskan hubungan ini, sayang!”  rayu Tengku Fayyad sepenuh hati.  Hmm, apa lagi alasan aku kecuali dengan bercakap hal yang sebenarnya. Biarlah Tengku Fayyad tahu hal itu.
“Awak kena jaga maruah dan harga diri keluarga awak, Tengku Fayyad. Saya tak layak jadi isteri awak kerana saya bukan lah seperti apa yang awak lihat selama ini,” beritahu Damia Azra tanpa segan silu lagi.
“Saya tak mahu dengar segala alasan awak kerana saya tahu awak hanya mahu menipu saya, Damia Azra!” tekan Tengku Fayyad. Hai, dengarlah dulu. Jangan cepat-cepat membuat keputusan.
“Saya bukan anak Dr. Lukman tetapi anak orang lain. Ayah saya bukanlah orang yang terkenal, ayah saya bukanlah seorang doktor. Dr. Lukman hanya ayah angkat saya saja!” terang Damia Azra. Percayalah, kerana hakikatnya amat pedih dan aku tidak sanggup menuturkannya di hadapan kau, Tengku Fayyad.
“Bohong, saya tak percaya. Awak tipu saya Mia!”  jerit Tengku Fayyad. Hai, sakit jiwanya jumpa orang yang tidak faham bahasa ini.  Kalau aku cakap aku sudah tahu hal kau dengan Tengku Nadia, nanti kau tuduh Tengku Farel Hakimi yang bercerita kepada ku. Tidak pasal kau bergaduh dengan abang sendiri pula.
“Ikut suka hati awak lah, nak percaya atau pun tak? Yang pasti hubungan kita sudah berakhir, dan jangan datang cari ataupun ganggu saya lagi,” balas Damia Azra sambil berlari masuk ke dalam pasaraya. Sudah, sudahlah, Tengku Fayyad pergilah balik, tentu ahli keluarga awak sedang cari awak sekarang. Pinta Damia Azra di dalam hati.

Seharian Tengku Fayyad menunggunya seperti lelaki gila talak saja. Menunggu seperti sebelum dia menerima cinta Tengku Fayyad. Setia menanti di sebelah pengawal keselamatan sejak dari pagi tadi sampai lah sekarang sudah pukul tujuh malam. Tidak berganjak walaupun sedetik. Hanya berdiri di situ sambil memandang ke arah Damia Azra yang sedang melakukan kerja-kerjanya.
“Pergilah cakap dengan dia!” suruh Kelly. Kasihan pula melihat keadaan Tengku Fayyad yang tidak tentu arah itu. Pagi tadi Damia sudah bercerita kepada dia dan Munishwary, bahawa Damia sudah memutuskan hubungan cinta dengan Tengku Fayyad semata-mata mahu Tengku Fayyad pulang kepangkuan Tengku Nadia, tunang Tengku Fayyad. Murni sungguh hati nurani Damia Azra, kalau aku, tidak mungkin aku akan pulangkan lelaki seperti Tengku Fayyad kepada perempuan lain. Rugi!
“Aku sudah cakap dari a sampai z, tetapi dia tak percaya apa yang aku cakap. Dia ingat aku tipu dia!” geramnya dengan perangai Tengku Fayyad. Kau sepatutnya kejar Tengku Nadia lah bukan kejar aku. Apa yang harus aku lakukan supaya Tengku Fayyad mempercayai kata-kata ku lalu pergi meninggalkan aku. Teruk sangat dah melihat keadaan Tengku fayyad. Dengan tidak mandi, tidak salin pakaian, makan pun tidak.
“Susahlah orang lelaki kalau sampai macam tu. Aku rasa dia terlalu cinta kan kau!”
‘Cinta tengkorak apa kalau begini?”
“Hahaha, aku pelik lah dengan aku. Orang sudi kau pula yang menolak. Kahwin sajalah. Biarkan saja Tengku Nadia tu. Sudah jodoh kau dengan Tengku Fayyad aku rasa!” Hmm, yang ini pun seorang tak habis-habis suruh aku berkahwin dengan Tengku Fayyad. Dia ingin kahwin ini untuk sehari dua saja ke? Lepas berkahwin cerai berai kerana tidak sefahaman dan tidak sama taraf. Waktu itu barulah saling menuduh dan saman menyaman. Hai, tak nak lah aku. 
“Kau ingat kahwin boleh selesaikan masalah ke? Belum tentu lagi lah!”
“Kau call lah ahli keluarga Tengku Fayyad, suruh dia orang datang mengambil Tengku Fayyad. Malu lah kat orang!”

Damia Azra menelefon Tengku Farel Hakimi menyuruh si abang datang melihat si adik yang separuh gila kerana cintanya ditolak. Itu saja. Dan Damia Azra melihat bagaimana patuhnya si adik mengikut langkah si abang pulang dengan sekali ajakan saja. Tentu Tengku Fayyad begitu menghormati dan mengagumi abangnya sampaikan sekali saja arahan yang muncul, dia terus patuh. Tidak ada pergaduhan dan pertengkaran pun. Hish, kalau lah aku tahu begini, pagi tadi aku call Tengku Farel Hakimi supaya menjemput Tengku Fayyad pulang ke rumah. Tidak perlu menyusahkan aku!

Renungan mata Tengku Farel Hakimi menyusuk ke sukma. Marahkan aku kerana adiknya jadi begitukah? Anak mata Tengku Farel Hakimi begitu tajam tadi. Benci sangat dengan aku ini? Hmm, balik lah selesai masalah adik awak di rumah, aku sudah menjalankan tanggungjawabku dengan menolak cinta Tengku Fayyad seperti keinginan hati kau, tetapi andainya Tengku Fayyad masih tergila-gilakan aku, itu bukan salah aku lagi.

Itu salah adik kau lah.

Selepas ini tak mahulah bercinta dengan sesiapa lagi. Tak mahu kawan dengan mana-mana lelaki pun. Serik! Andainya dengan cinta sekadar sakit hati, sakit jiwa lebih baik tidak bercinta. Orang bercinta hendak bahagia dan gembira. Ini tidak buat pening kepala saja kerana harus berfikir bermacam-macam. Fikir tentang hati dan perasaan orang yang kita cintailah, perlu berfikir tentang perasaan keluarga orang yang kita cintai lah, dan macam-macam lagilah. Ingat senang ke bercinta.

Hari ini tak mahu telefon siapa-siapa. Tak mahu telefon Bibik Indah di rumah. Tak mahu telefon abah walaupun abah menghantar sms menyuruhnya menghubungi abah secepat yang mungkin. Hari ini hendak balik tidur saja. Makan pun sudah tiada selera. Dia hanya makan tengah hari tadi bersama-sama dengan Kelly dan Munishwary tetapi kenyangnya membawa sampai ke malam.
“kak!” panggil Aisya yang tinggal di bilik sebelah. Pelajar kolej kejururawatan yang menyewa dengan kawannya.
“Aisya baru balik ke?”
“Yup. Balik kampung semalam. Ini mama bekalkan nasi tomato dengan masak merah ayam untuk akak!” patutlah pagi tadi tidak berjumpa, rupanya balik kampung. Bertuah Aisya. Hati teringat mama di rumah. Apa khabar mama? Masih bermasam muka dengan abah lagi ke? Rindunya kerana sudah banyak hari tidak menatap wajah mama.
“Terima kasih, dik!” ucap Damia terharu. Bekalan bertukar tangan. Damia menyambutnya dengan perasaan berbelah bahagi. Sudah lama tidak merasakan masakan hasil air tangan seorang ibu. Tentu sedapkan, kerana masakan ibu adalah penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang. Mama hanya memasak untuk abah dengan anak-anaknya yang lain saja. Aku ini hanya makan hasil air tangan Bibik Indah. Malangnya nasib aku.
“Sama-sama kasih, kak!” balas Aisya dengan sepenuh senyuman. Damia Azra mengangguk. Tangannya membuka kunci tembol lalu segera masuk ke dalam bilik. Baru kenal beberapa hari sudah ada kemesraan antara aku dan Aisya, walaupun kami orang asing. Tidak seperti mama yang mengenali aku begitu lama tetapi tidak ada kemesraan antara kami. Hmm..,

Sebagai anak aku hendak melihat mamaku bahagia. Aku akan tumpang bahagia walaupun mama tidak pernah mendoakan untuk kebahagiaan aku yang menjadi anaknya. Ah, kena call abah juga untuk tahu hal mama dan abah. Takut abah masih marahkan mama lagi walaupun aku sudah pergi meninggalkan rumah itu.

Ah, ingatkan tidak perlu lagi memikirkan hal mama selepas berpindah, rupanya hati masih tidak tenang. Masih teringat kepada mama juga. Bagaimana dengan mama, sihatkah mama? Bahagiakah mama? Datang bertalu-talu semua pertanyaan itu?

Tak selesai jugalah masalah rupanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan