Ahad, 2 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (13)



“AKU SOKONG DENGAN ZANA, LUKMAN!” ucap Nenek Wan, ibu kepada abah. Wajah mama yang sedang menangis hanya dipandang sepi oleh Damia Azra. Pipi mama merah kesan tamparan abah tadi. Mata pun sudah ada kesan-kesan lebam. Perasaan simpati kepada mama datang membuak-buak. Tentu mama sakit hati dan sengsara kerana aku.
“Keputusan saya muktamad, selagi Damia Azra tidak berkahwin selagi itulah Damia Azra akan terus menetap di rumah ini,” yakin abah berani mempertahankan Damia Azra. Selama manalah kita mahu melakukan kesalahan, sampai matikah mahu begini? Sudah tahu kita banyak melakukan kesalahan kepada Damia Azra mengapa masih tidak mahu berubah dan membetulkan keadaan.
“Hendak kahwin dengan siapa? Dengan anak raja tu, suruh anak tiri awak tu cermin dirinya sedikit. Dia tu siapa, Tengku Fayyad tu siapa? Orang berdarjat, berpangkat seperti Tengku fayyad tak akan mahu berkahwin dengan anak pembunuh lah. Buat malu maruah dan keturunan orang saja!” kali ini Nenek Milah ibu kepada mama pula bersuara. Nenek kandung ku sendiri berkata sedemikian rupa.
“Betul tu mak, Tengku Fayyad belum tahu siapa Damia Azra, kalau tahu saya rasa dia tak ingin bercinta dengan Damia Azra. Damia Azra ni tak sedar diri agaknya, hendak berkahwin dengan anak raja konon, usah bermimpi lah, awak tu tak sepadan langsung dengan Tengku Fayyad. Jangan malukan keluarga Tengku Fayyad, Damia Azra!” sokong mama yang sedang menangis. Hati Damia Azra tersentak, kepala otak ligat berfikir akan kata-kata nenek wan dan mamanya sendiri. Sebuah kebenaran yang tidak perlu disangkalkan lagi. Aku ini siapa? Setandingkah aku dengan keluarga Tengku Fayyad? Tengku Fayyad itu orang kaya raya, orang ternama pulak, aku?? Bolehkah aku berjalan seiringan dengan Tengku Fayyad yang memiliki segala kemewahan?
“’Awak jangan buat sesuatu tindakan yang boleh membuatkan orang ketawakan awak boleh tak? Bagaimana perasaan Tengku Fayyad andainya dia tahu awak bukan anak Dr. Lukman tetapi awak sebenarnya anak pembunuh? Andainya kami yang menjadi keluarga awak tak sanggup menerima awak bagaimana pula dengan keluarga Tengku Fayyad? Fikirlah Mia?” tekan Nenek Milah lagi. Hati Damia Azra sudah tidak keruan mendengar kata cacian dari ahli keluarganya sendiri. Kalau lah keluarga aku sendiri pun tidak sanggup menerima aku apatah lagi orang luar? Mereka bukan orang sebarangan lah Damia Azra. Bandar bersejarah ini mengenali seluruh ahli keluarga Tengku Fayyad dan jangan kau lupa bandar bersejarah ini juga tidak pernah melupakan kau yang memegang status anak pembunuh. Siapa tak kenal Damia Azra binti Datuk Mohsin? Orang tidak pernah melupakan kau, Damia Azra!  Kau yang buat-buat lupa barangkali. Ah, cerita gembira telah lenyap perlahan-lahan. Aku tidak layak untuk bergandingan dengan Tengku Fayyad rupanya tetapi desakan kehidupan mengheret aku menerima cinta Tengku Fayyad yang tidak tahu siapa aku  yang sebenarnya.
“Kau nak kahwin dengan Tengku Fayyad, kau kahwinlah. Itu hak kau. Itu pun kalau Tengku Fayyad mahukan kau lagi. Tetapi yang lebih penting, aku tak nak kau tinggal di rumah ini lagi demi untuk menjaga maruah keluarga kami,” ucap Nenek Wan. Abah mengelengkan kepalanya berkali-kali. Sudah kena rasuk iblis agaknya mereka ini semua.  Bercakap di kala hati sedang panas memang tidak akan ada kesudahan yang baik. Hati masing-masing panas membara, simbah air yang sedikit tidak akan memberi kesan apa-apa. Sejuk pun tidak. Basah pun tidak.
“Mia, pergi masuk dalam bilik. Usah layan dia orang ni!” arah abah kepada Damia Azra. Damia Azra serba salah. Mahu pergi dari sini atau terus tinggal di sini? Rumah tak cari lagi. Hendak tinggal di mana kalau pergi. Carilah rumah sewa dulu, Mia.

Hendak mendaki anak tangga pun sudah tidak boleh, bagaimana hendak berjalan keluar mencari rumah sewa. Aku kena selesaikan satu persatu masalah yang datang. Mula-mula sekali tentulah kena cari rumah sewa terlebih dahulu, dapat rumah sewa, kena pindah dan boleh lah selesaikan masalah aku dan Tengku Fayyad. Aku kena cakap kepada Tengku Fayyad siapa sebenarnya aku. Perkara ini tidak boleh dirahsiakan lagi kerana tidak ada kebaikan kalau aku berterusan menyimpan rahsia besar ini.

Aku kena kuat dan tidak boleh lemah untuk berlawan dengan onak yang datang. Tidak boleh mengaku kalah dan cepat putus asa, tentu ada hikmah dan jalan-jalan kebaikan yang akan menyusul untuk aku kelak. Andainya ini adalah takdir ku tentu ALLAH juga telah memberi takdir yang indah untuk aku nanti. Kena banyak bersembahyang dan berdoa. Kena banyak beribadat dan memperbaiki diri sendiri. Aku insan yang amat lemah.

Dek kata-kata mama, Nenek Wan dan Nenek Milah membuatkan Damia Azra kembali ke alam nyata, bukan bermimpi lagi. Bila direnung kembali dia sebenarnya tidak sepenuh jiwa mencintai Tengku Fayyad, dia sebenarnya terpaksa saja atas sebab-sebab tertentu. Pertama, kerana Tengku Fayyad sering menganggu dan mendesaknya supaya menerima cinta Tengku Fayyad. Kedua, kerana kehidupannya yang genting sekarang menyebabkan dia perlukan tempat bergantung.  Dan tempat itu adalah Tengku Fayyad. Itu saja. Cinta?? Layakkah orang sepertinya bercinta?? Siapalah hendak kan aku kalau tahu siapa aku yang sebenarnya.

Cari rumah sewa itu tidak susah rasanya tetapi untuk menyelesaikan hal aku dengan Tengku Fayyad itu yang susah. Hmm, mungkin akan ada jalan untuk aku nanti. Siapa tahu kan?

Damia Azra mengambil telefon bimbitnya, melihat ada tiga mesej yang masuk. Di buka lalu dibacanya, Mesej dari Tengku Fayyad yang begitu merindunya. Damia Azra tidak membalas kerana merasakan semua itu sudah tidak penting lagi. Usah melayan sms dari Tengku Fayyad lagi, Mia. Jangan beri harapan kepada Tengku Fayyad lagi kerana kau mahu memusnahkan impiannya itu kelak. Belajarlah menerima hakikat dan belajar untuk melupakan Tengku Fayyad di dalam kehidupan kau, Damia Azra!

Rumah ini sudah tidak lagi ceria walaupun dua orang neneknya datang akibat pergaduhan yang besar tadi. Mama berkurung di dalam bilik, abah telah lama keluar. Nenek-neneknya entah di mana berada. Barangkali dalam bilik atau pun sedang menemani cucu kesayangan mereka. Aku pula ingin keluar sebentar lagi kerana mahu mencari rumah sewa yang berhampiran dengan tempat kerja. Mudah untuk dirinya berulang alik.  Perlu bekerja rajin-rajin lah selepas ini kerana hasrat untuk menjadi isteri orang kaya sudah tidak tercapai. Impian tinggal impian saja lah.

Kereta kepunyaannya sudah berminggu tidak digunakan kerana Tengku Fayyad sering menjemput dan mengambilnya. Diambilnya kunci kereta yang tersangkut di tepi dinding. Beg pakaian yang kecil di sandang di atas bahu, dia perlu pergi secepat mungkin dari sini sebelum abah pulang ke rumah. Nanti abah halang pula.

Beg diletakkan di kerusi belakang, Damia Azra menghidupkan enjin kereta, belum sempat dia mengunci pintu kereta, Muiz Afendy telah masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelahnya. Terkejut Damia Azra dengan tindakan Muiz Afendy.
“Kau selalu menyusahkan aku lah, kerana kau, aku dan Zana berperang besar!” marah Damia Azra tidak bergerak. Ini kalau Zana tahu bergaduh lagi kami.
“Mia, aku nak berterus terang dengan kau, aku sebenarnya sukakan kau!” beritahu Muiz Afendy tidak malu. Damia Azra tersenyum mendengar. Dari dulu lagi dia tahu lelaki ini menyukai dirinya, Cuma dia sengaja buat tidak layan. Menerima kehadiran Muiz Afendy seolah dia menempah maut untuk diri sendiri. Tengoklah apa yang sedang berlaku sekarang, itu belum pun dia menerima Muiz Afendy tetapi orang sudah menghalau  dirinya.
“Dah agak pun. Berapa kali aku nak cakap, aku tak sukakan kau. Selama ini aku anggap kau sebagai seorang kawan saja tak lebih dari itu!” jujur Damia Azra bersuara. Kita tidak sepadan lah! Kau tu peguam, aku ini hanya juru jual saja. Mak ayah kau tu datuk dan datin, aku ini?? Andainya aku tidak sepadan dengan Muiz Afendy, tentulah aku lagi dengan sesuai langsung dengan Tengku Fayyad. Butakah aku selama ini?
“Kau tipu, Mia!” tuduh Muiz Afendy yang berada di dalam keadaan kekalutan sejak dia mengetahui Damia Azra bakal berkahwin dengan Tengku Fayyad. Dia tidak sanggup melihat Damia Azra menjadi milik lelaki lain. Tidak rela sama sekali.
“Buat apa lah aku nak tipu kau? Apa faedahnya aku tipu kau? “
“Tapi Mia..,”
“Kau tak ada kerja lain ke selain buat aku dan Zana bergaduh? Pergi belajar luar negara tetapi perangai macam budak-budak. Pergilah kerja, manfaatkan ilmu yang kau ada. Ini tidak asyik kejar aku saja!” ucap Damia Azra sambil mengerakkan keretanya keluar. Sebaik saja melepasi pintu pagar rumah, dia memberhentikan keretanya.
“Aku tak boleh hidup tanpa kau, Mia!”
“Jangan bohong aku boleh tak? Sekarang yang kau sedang hidup ni apanya? Tak mati pun. Dulu, masa di luar negara aku tak ada pun kau boleh hidup. Penipu besar!” ujar Damia Azra geram. Aku banyak kerja lah sekarang tak ada masa untuk bercinta-bercintun seperti kau.
“Mia, aku perlukan kau dalam hidup aku..,” lafaz Muiz Afendy membuatkan Damia Azra ketawa besar. Mama kau mesti telan aku hidup-hidup andainya dia tahu kau sedang mengejar cintaku, Muiz Afendy.
“Muiz Afendy bin Datuk Hisham, sila keluar dari kereta  saya,” arah Damia Azra tidak mahu memberi peluang kepada Muiz Afendy biar pun sekali. Aku sudah banyak masalah, campur dengan masalah kau, lagilah aku berserabut.
“Sampai hati kau buat aku begini, Mia!” ucap Muiz Afendy sambil menolak pintu dan melangkah keluar.
“Pergilah cari gadis lain,” jerit Damia Azra Azra sambil memecut keretanya. Kau tu salah anggap lah, Muiz Afendy. Aku hanya anggap kau kawan baik aku saja lah.

Alhamdulillah, Damia Azra mendapat sebuah bilik untuk disewa berdekatan dengan tempat kerjanya. Jalan kaki pun sampai.  Itu puas dia mencari serata taman yang berdekatan tetapi hampa, hanya ini saja yang dia miliki.
“Bila nak tinggal?” tanya seorang perempuan india sebaya dengan umur mama barangkali.
“Hari ini boleh?” soal Damia Azra kembali. Sedikit pakaian sudah ada di dalam kereta. Nanti dia akan pulang mengambil pakaiannya yang selebihnya.
“Boleh, tak ada masalah, tetapi kena bayar deposit sebanyak lima ratus ringgit!”
‘Okey, ini duitnya!” kata Damia Azra sambil mengeluarkan duit sebanyak lima ratus lalu dihulurkan kepada wanita india tersebut.
“Terima kasih. Ini kunci biliknya!” Kunci bilik bertukar tangan. Senang hati Damia Azra. Aku kena jadi aku, bukan jadi orang lain. Selama ini aku menjadi orang lain kerana ingin bergantung harapan kepada Tengku Fayyad tetapi sekarang aku perlu kembali kepada kedudukan yang asal.  Aku adalah Damia Azra Azra, anak si pembunuh.

Hmm, selesai satu masalah. Tinggal masalah dengan Tengku Fayyad saja lagi. Aku perlu berbincang dan menjelaskan hal yang sebenar kepada Tengku Fayyad dan memulangkan kembali cincin serta kad kreditnya yang ada di tangan aku sekarang. Bagaimana kalau Tengku Fayyad sudi menerima kau, apa kah kau bersedia untuk menjadi isterinya, Mia? Ah, tidak mungkinlah.

Bilik itu besar lagi dari biliknya di rumah. Sudah ada katil bujang dan sebuah almari bersama meja makan yang kecil. Bilik yang bersih dan selesa dari pandangan mata Damia Azra. Aku perlu belajar hidup susah, tidak boleh mengharapkan Bibik Indah lagi.  Teringat Bibik Indah di rumah, Damia Azra segera menelefon wanita itu, tidak mahu wanita itu gelisah dengan kehilangannya.
“Bibik!”
“Mia, Mia kat mana?”
“Mia dah dapat rumah sewa lah, bik!”
“Sampai hati Mia tinggalkan bibik kat sini!” renggek Bibik Indah membuatkan hati Damia Azra sayu. Kami tidak pernah berpisah, ini kali pertama aku benar-benar pergi membawa diri. Mia terpaksalah, bik!
“Nanti bila Mia free, kita jumpa yer!” pujuk Damia Azra.
“Jaga diri yer, Mia. Jangan lupa solat, jangan lupa berdoa kepada ALLAH, tentu ALLAH sudah berjanjikan sesuatu  yang terindah untuk Mia. Hidup ini umpama roda, Mia. Sentiasa berputar. Ada kala kita berada di bawah, ada kala kita berada di bawah dan Mia sudah lama berada di bawah, sudah sampai masanya Mia berada di atas pula!” pesan Bibik Indah membuatkan Damia Azra terharu dibuai perasaan.
“Terima kasih, bik. Terima kasih banyak-banyak. Mia akan ingat pesan, bik tu!” ucap Damia Azra.

Kain sejadah pun tiada, kain telekung pun tiada. Terlupa atau sengaja dilupakan. Selama ini Damia Azra  memandang enteng hal-hal sembahyang dan hal-hal beribadah. Sembahyang tidak pernah cukup lima waktu, ada saja yang tertinggal. Sekejap nanti nak pergi beli barang-barang keperluan rumah termasuk dengan kain sejadah dan kain telekung. Hendak bersembahyang seperti pesanan Bibik Indah. Hendak berdoa puas-puas kepada ALLAH yang maha berkuasa.
“Mia, kat mana?”
“Awak kat mana?”
“KL . Banyak urusan!”
“Tak mengapa buat kerja tu dulu, nanti bila balik ke sini kita berbincang yer!”
“Okey. Cuma nak bagi tau, abang saya dah ada kat Melaka. Sampai pagi tadi dan dia tak sabar jumpa dengan awak!” beritahu Tengku Fayyad membuatkan jantung Damia Azra bergoncang kuat. Abang dia?? Saya dah tak mahu kahwin dengan awak lah, dan rasanya tak perlu saya berjumpa dengan abang awak lagi. Berjumpa untuk apa sedangkan saya sudah mahu menarik diri di dalam hubungan yang tiada arah dan tujuan ini.
“Hmm,”
“Mia awak tak rindu kan saya ke? Saya rindulah kat awak!”
“Rindu?” aku banyak masalah mana sempat hendak berindu-rinduan. Lain lah kau.
“Mia, janganlah main-main macam ni saya tak sukalah!”
“Okey. Nanti bila awak balik ke sini, kita berbincang yer. Saya pun ada hal nak cakap dengan awak ni!”
“Hal apa?”
“Hal kita berdua lah!”
“Okey, okey nanti saya balik. Insya allah esok pagi saya sampai kat sana. Jaga diri yer sayang!”
“Awak pun jaga diri awak yer!”

Tadi telefon Bibik Indah, selepas itu telefon Tengku Fayyad pula. Abah pula macam mana yer? Perlukah aku menelefon abah memberitahu hal aku. Abah yang tiba-tiba merubah dan membela nasib aku sejak dua tiga hari ini. Sejak kepulangan Zana. Tidak pernah pun abah memihak kepada aku, tiba-tiba abah menyokong aku pula. Pelik lah dengan abah nih? Tentu abah ada sebab yang tersendiri. Ah, nanti-nanti lah telefon abah, tentang mama usah dirisaukan sebab mama yang hendak sangat aku keluar dari rumah itu.

Selesai membeli semua barang keperluan, termasuk sejadah dan kain telekung di kedai yang berhampiran. Dia turut membeli nasi bungkus bersama teh ais limau. Sejak dari tadi dia belum makan apa-apa lagi kerana kekenyangan dengan sikap Zana dan mama sekeluarga. Sekarang bila sudah selesai masalah barulah perut terasa lapar. 
Hendak mandi dan bersolat selepas itu barulah makan nasi dan tidur dengan nyenyaknya. Ah, terasa terasingkan tinggal seorang diri begini. Ini hari pertama dan aku perlu membiasakan diri dengan hidup keseorangan begini. Selama ini pun kau hidup seorang diri lah, Mia. Jangan apa yang perlu kau bimbangkan. Betul tak?

Solat maghrib berkumandang terasa sayu dan hiba mendengar azan di tempat orang. Sedih dan menyedihkan. Kenapa yer? Selalu dengar azan kat rumah tak sedih pun. Jangan dilayan sangat perasaan kau, Mia. Pergilah mandi dan bersolat. Bukankah kau mahu bersolat dan berdoa kepada ALLAH seperti yang dipesan oleh Bibik indah yang kau anggap seperti ibu kau sendiri. Pergilah Mia, jangan dilayankan sangat perasaan sedih kau itu.

Tenangnya tinggal di sini, tiada suara tv, tiada suara-suara Zana, dan gelak ketawa Amir dan Amirul. Damai menunaikan solat mahgrib hari ini. Jiwa pun terasa amat tenang. Alhamdulillah, ucap Damia Azra di dalam hati.
“Ya, Allah berilah aku petunjuk dan hidayahMU. Bimbinglah aku ke jalan yang lurus dan pimpinlah aku ke jalan yang benar. Temukan aku Ya ALLAH dengan orang-orang yang boleh membimbing aku di dunia dan akhirat, Ya ALLAH. Amin!” doa Damia Azra sambil mengucup ke dua belah tangannya.

Hati begitu tenang. Apakah ini yang aku tinggalkan dan menyebabkan aku derita dan sengsara?  Aku lupa pada maha penciptaku. Kesusahan membuatkan aku meninggalkan kewajipanku kepada ALLAH. Penderitaan ku menglalaikan aku untuk beribadah kepada ALLAH. Aku tidak pernah berdoa dan mengharapkan keredhaan dari ALLAH selama ini.

Teruknya aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan