Ahad, 2 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (14)



SEMANGAT DAN ADA KEYAKINAN DIRI. Itu yang ada di dalam hati Damia Azra saat ini. Sekejap lagi dia akan berjumpa dengan abang Tengku Fayyad, mungkin di sini nanti dia boleh menceritakan siapa dirinya yang sebenar. Hati tetap berdebar, bukan kerana Tengku Fayyad tetapi entah mengapa apabila Tengku Fayyad menyebut nama Tengku Farel Hakimi, dia rasa tidak sedap hati saja. Kenapa yer?

Hari ini dia tidak melakukan sebarang kesilapan. Tumpuannya hanya kepada pekerjaan sahaja. Layanan dan senyuman manis tidak pernah lekang dari bibirnya. Sebagai juruwang yang sentiasa berada di kaunter, dia harus berwajah manis bukan muka masam mencuka dan susah hati. Hari ini dia berwajah tenang walaupun ada satu lagi masalah yang belum diselesaikan.
“Mia, lihat tu kat sana!” jerit Munishwary kepadanya. Terjatuh wang syiling di dalam tangan kerana jeritan Munishwary sebentar.
“Apa?” soalnya kehairanan kerana tidak ada apa-apa pun yang berlaku di hadapan matanya.
“Lihatlah, siapa tu. Rasanya Tengku Fayyad kan?” jawab Munishwary sambil menunjukkan ke arah butik pengantin yang bersebelahan dengan pasaraya Jusco. Mata Damia Azra tertumpu kepada dua orang perempuan dan seorang lelaki yang amat mesra sedang berbual sambil berjalan beriringan. Tengku Fayyad dengan siapa yer? Seorang itu pasti ibunya kerana agak berumur, sebaya dengan mama sahaja. Seorang lagi muda, anggun dan bergaya. Mungkin adik perempuan Tengku Fayyad tetapi Tengku Fayyad bilang dia hanya ada seorang saja abang bukan adik perempuan atau kakak perempuan. Barangkali adik sepupunya kut. Teka Damia di dalam hati.
“Kelly!” jerit Damia apabila melihat Kelly melintas di hadapan matanya.
“Kenapa?” balas Kelly. Damia berjalan menghampiri Kelly. Aku perlukan kepastian, manalah tahu salah anggapanku tadi.  Dia menarik tangan Kelly berjalan ke hadapan. Bila dekat pandangan pun makin jelas.
“Kau pergi siasat siapa perempuan yang berjalan dengan Tengku Fayyad masuk ke butik kawan rapat kau tu, aku nak tahulah siapa perempuan muda tu?” arah Damia yang sememangnya tahu Kelly berkawan rapat dengan anak tuan pemilik butik pengantin itu.
“Baik, bos!” balas Kelly patuh. Damia tersenyum tetapi senyuman itu segera bertukar apabila memandang tepat ke arah perempuan yang sebaya umur dengan mama. Eh, macam pernah lihat lah tetapi kat mana yer? Damia cuba mengimbau kenangan lapan tahun yang lalu. Bukankah perempuan itu... Ya ALLAH, Engku Zahirah rupanya, perempuan yang menuduh aku mencuri beg tangannya lapan tahun yang lalu.  Kecilnya bumi melaka ini rupanya, kerana aku ditakdirkan berjumpa dengan Engku Zahirah kembali.  Sah-sah lah hubungan aku dengan Tengku Fayyad tidak akan direstui kerana Engku Zahirah sememangnya membenci diriku. Betullah kata keluarga mama, aku harus ukur baju di badan sendiri, bukan main jatuh cinta saja.

Damia kembali ke kaunter tempat dia bertugas. Tak nak fikir lagi tentang Tengku Fayyad sebab sudah dapat segala jawapan. Rasanya kena cepat-cepat putuskan hubungan dengan Tengku Fayyad sebelum semuanya meletup besar di bandar Melaka ini. Sebelum Engku Zahirah datang menyerang aku kerana berkawan dengan anak lelakinya lebih baiklah aku segera memutuskan hubungan kami.
“Mia!” panggil Kelly yang datang semula kepadanya. Muka Kelly sudah tidak manis lagi. Tadi pergi gembira saja tetapi pulang sudah membawa khabar duka barangkali.
“Kenapa?” soal Damia bersama suara hati.
“Yang tua tu mama Tengku Fayyad yang muda tu tunang Tengku Fayyad!”
“Hahhh.. Tunang?? Habis Tengku Fayyad mainkan aku lah selama ini?”  jawab Damia perlahan. Sudah bertunang habis aku ini siapa? Ooo, kau mainkan perasaan aku rupanya.
“Sabar Mia, mana tahu kita salah sangka kat Tengku Fayyad!” pujuk Kelly cuba menenangkan hati Damia. Munishwary yang berada di situ turut menarik muka masam. Rupanya Tengku Fayyad hanya mahu mainkan hati Damia Azra saja. Kasihannya kepada Damia Azra yang begitu mengharap selama ini.
‘Tak boleh bersabar dah ni, Tengku Fayyad nak kena penampar saya rasanya!” katanya pura-pura marah dan geram. Baguslah kalau Tengku Fayyad sudah ada tunang, mudah sikit kerja aku. Lelaki kaya memang tidak boleh harap langsung. Sudah ada yang cantik menawan masih mahu menawan hati perempuan lain. Ataupun Tengku Fayyad hanya berpura-pura bercinta dengan aku saja.
“Berbincang dulu, jangan bertindak terburu-burulah, Mia!” tahan Kelly lagi. Tengok muka Kelly dan Munishwary yang cemas membuatkan Damia mahu ketawa saja. Aku tidak kisah pun kerana sudah redha dengan hubungan ini, kau dua orang yang terlebih ni apa kes?
“Okeylah, petang nanti aku berbincang dengan Tengku Fayyad!” balas Damia Azra. Petang nanti dia akan bertemu dengan Tengku Fayyad dan abangnya. Pertemuan yang dirancang tetapi tidak seindah impian. Kenapalah bawa abang kau jumpa aku sedangkan kau itu sudah pun ada tunang. Hendak kahwin dua kut.

Dinantinya dengan penuh debaran. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya ketika ini tentang sikap Tengku Fayyad ke atas dirinya. Kecewa ataupun marah Mia? Kecil hati ataupun terluka Mia? Kau itu hanya bermimpi, mimpi indah yang tidak pasti. Tengku Fayyad telah pun menipu akan diri kau, pura-pura bercinta dan sayangkan kau sedangkan dia sudah ada tunang.
“Assalamualaikum. Mia. Kenalkan ini abang saya!” ucap Tengku Fayyad yang datang dari arah belakang. Damia mengalih memandang abang Tengku Fayyad. Wajah tenang itu direnung lama. Segaknya abang Tengku Fayyad, lagi segak dari Tengku Fayyad. Woi, datang mengurat abang dia ke? kau tu datang nak selesaikan masalah lah, bukan nak cipta masalah pun. Mereka berbalas senyuman. Damia mengambil kesempatan memandang wajah Tengku Fayyad yang biasa saja. Seperti tidak ada masalah pun. Pandainya dia berlakon.
“Waalaikummussalam!” jawab Damia perlahan. Andainya tiada Tengku Farel Hakimi ketika ini, tentu dia sudah bergaduh dengan Tengku Fayyad yang berjaya membohongi dirinya. Tetapi dia harus hormat abang Tengku Fayyad.
“Mia, jom kita berbual di dalam restoran tu. Boleh berbual panjang sikit. Lagipun tak elok lah berbual di tepi jalan,” minta Tengku Fayyad. Damia hanya mengangguk. Restoran makan hanya bersebelahan saja. Jalan tak sampai pun lima langkah.  Damia duduk bersebelah dengan Tengku Fayyad, manakala Tengku Farel Hakimi duduk di hadapan Damia.  Saling berpandangan berbuatkan Damia tersipu malu. Segan pun ada. Kenapa ada perasaan lain ketika ini?

Minuman dan makanan dipesan oleh Tengku Fayyad. Sekadar jus tembikai dan laksa saja. Lagipun tujuan asal bukan hendak makan tetapi datang hendak berbincang. Jadi, cukuplah memesan ala kadar saja.
“Mia, kejap yer, berbual dengan abang saya dulu, saya ada hal sekejap. Nanti saya datang semula kat sini!” pinta Tengku Fayyad membuatkan hati Damia Azra cemas saja. Hendak ke mana pula ni? Ataupun sebenarnya Tengku Fayyad ada rancangan lain?
“Okey!” balas Damia Azra.  Aku beritahu abang dia saja lah nanti, biar abangnya selesaikan untuk aku. Boleh?? Tetapi hendak cakap dengan abangnya terasa kekoklah pula. Masing-masing memandang kelibat Tengku Fayyad sehingga hilang dari pandangan.
“Sudah berapa lama kenal Fayyad?” soal Tengku Farel Hakimi selepas Tengku Fayyad meninggalkan mereka berdua.
“Baru saja!” jawab Damia agak gementar. Kenapa aku susah hati saja nih?
“Baru kenal sudah nak kahwin. Selama ini saya hairan mengapa Fayyad sanggup hendak putuskan pertunangannya dengan Tengku Nadia, sedangkan dia sudah bertunang dengan Tengku Nadia hampir dua tahun. Sepatutnya bulan depan dia orang menikah tetapi secara tiba-tiba Fayyad cakap dia tidak mahu meneruskan perkahwinan itu lagi. Sekarang dia bawa saya jumpa dengan awak, supaya saya boleh menerima awak dan memujuk keluarga saya supaya menerima awak..,”  panjang lebar penerangan Tengku Farel Hakimi. Jadi, betul lah apa yang Kelly beritahu tadi.
“Keluarga Tengku tak tahu lagi lah hubungan kami?” soal Damia. Ini yang penting. Engku Zahirah yang lebih penting dari orang lain. Janganlah sampai Engku Zahirah tahu hubungan kami, kalaulah Engku Zahirah tahu lagi lah parah.
“Belum, mama tak tahu. Tengku Nadia sudah tahu tetapi pura-pura tidak tahu kerana mahu menjaga hubungan kekeluargaan. Saya rasa awak bukan hendakkan adik saya, tetapi hendak kemewahan adik saja. Perempuan yang tak ada apa-apa seperti awak tentu itu yang menjadi keutamaan. Awak tak ada ilmu, kerja pun sekadar juru jual saja. Mesti nak tumpang kesenangan adik saya saja!” tuduh Tengku Farel Hakimi. Ini sudah berlebih nih, hendak menjawab atau tidak, nanti tuduh aku kurang ajar pula. Sabar Mia, selesai masalah dengan secara baik, jangan jatuhkan maruah kau.
“Saya tak tahu Tengku Fayyad sudah bertunang, kalau saya tahu tentu bukan begini ceritanya!”
“Awak tak tahu atau pura-pura tak tahu. Awak sengaja nak pisahkan Fayyad dengan Tengku Nadia kan? Kerana awak hubungan mereka terputus di tengah jalan. Terus terang saya cakap saya tak suka awak yang tak setaraf dengan keluarga kami, baik awak putuskan saja hubungan awak dengan adik saya!” terang Tengku Farel Hakimi. Memang nak putus pun tetapi tidak tahu caranya lagi.
“Tengku Farel cakap saja dengan Tengku Fayyad tentu dia patuh kepada arahan abangnya.Selama ini pun dia ada cakap kepada saya yang semua orang hormat kepada Tengku Farel sebab itu dia hendak sangat saya berjumpa dengan Tengku Farel!” tutur Damia Azra dengan tenang.  Aku pun tak mahulah. Selepas mendengar semua ini, kau ingat aku masih tergilakan adik kau, jangan bermimpilah. Aku pun ada harga diri dan maruah biarpun aku miskin, dan tak ada ilmu. Sudahlah adik kau tu tipu aku hidup-hidup.
“Susah, sebab dia berkeras hendak kan awak!”  kata-kata itu terhenti kerana Tengku Fayyad sudah pulang dan duduk di sebelah Damia. Damia menghirup minumannya dan pura-pura menyuapkan laksa ke dalam mulutnya. Begitu juga dengan Tengku Farel Hakimi.
“Macam mana, dah berkenalan ke?” tanya Tengku Fayyad kepada Tengku Farel Hakimi.
“Dah!” jawab Tengku Farel Hakimi. Ooo, rancangan kau berdua yer, keluh Damia Azra di dalam hati.
“Abang setuju tak dengan pilihan saya?” soal Tengku Fayyad di hadapan Damia Azra.  Tengku Farel Hakimi memandang tetap ke anak mata Damia Azra dan mula berfikir panjang.
“Jom kita balik, Mia letih lah!” alasan Damia Azra. Macam mana lah abang kau hendak beri jawapan sedangkan dia tidak mahu hati kau terlupa. Dia serba salah lah.
“Ler, awal lagi lah, Mia!” tolak Tengku Fayyad tidak berpuas hati.
“Mia kena kerja pukul lapan nanti!” bohong Damia Azra.
“Pulak, kerja apa lagi Mia, kan saya suruh Mia berhenti saja!” sedikit keras suara Tengku Fayyad. Berhenti aku hendak makan apa? Makan pasir?
“Tak jadi berhenti, Mia sayangkan kerja tu!” jawab Damia Azra. Aku tak akan berhenti lah kerana aku sudah tak jadi hendak kahwin dengan kau.
“Hmm, jom lah balik!” jawab Tengku Fayyad geram dengan jawapan Damia Azra. Suruh berhenti tak mahu berhenti, sudah lah berpindah tak beritahu aku. Kau ni kenapa, Mia?

Damia Azra sengaja berjalan perlahan, membiarkan Tengku Fayyad meninggalkan dirinya di belakang. Damia tahu Tengku Fayyad sudah naik angin dan marah kepadanya. Aku yang sepatutnya naik angin dan marah kepada kau, Tengku Fayyad.
“Tengku Farel, saya nak nombor telefon tengku, boleh?” pinta Damia Azra perlahan. Kalau lah rancangan aku tidak berjaya, terpaksalah aku meminta pertolongan dari abangnya.
“Sekejap!” ucap Tengku Farel Hakimi sambil mengambil dompetnya di keluarkan kad nama lalu diberikan kepada Damia Azra sedangkan di dalam hati dia sendiri tertanya-tanya dengan tindakan Damia Azra. Kenapa gadis ini tidak sedih dan susah hati pun sedangkan aku mahu dia memutuskan hubungan dengan kekasih hatinya, tetapi Damia Azra biasa saja.
“Terima kasih!” balas Damia Azra sambil melangkah ke hadapan.

Kali ini dia berjalan dengan Tengku Fayyad. Dia melihat wajah Tengku Fayyad yang sudah tidak gembira lagi. Kenapa tinggalkan Tengku Nadia kerana aku yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan pun. Aku ini siapalah kalau hendak dibandingkan dengan kau yang mempunyai pakej yang serba lengkap. Bodohnya engkau kerana meninggalkan seorang perempuan yang cukup sempurna semata-mata kerana aku.
“Kenapa Mia pindah rumah tak cakap dengan saya? Pindah tinggal di mana?” soal Tengku Fayyad. Puas dia menunggu Damia Azra di hadapan rumah seawal pagi tadi, mujurlah Bibik Indah yang memberitahu kepadanya. Kalau tidak entah sampai pukul berapa dia mahu menunggu di situ.
“Aik, sudah tahu ke Mia pindah?”
“Mia, jangan bergurau lah. Kenapa pindah?”
“Saja, teringin nak hidup berdikari!”
“Lain kali cakaplah, saya boleh cari rumah ataupun pindah terus saja ke rumah kita!”
‘Hehehe.. nantilah!”
“Saya peliklah tengok Mia. Saya rasa Mia sudah berubah. Tak seperti sebelum saya pergi KL. Mia ada masalah ke?”
“Tak ada lah. Mia okey!”
“Saya nak hantar abang balik rumah dulu, nanti saya call!”
“Tak usah call, Mia kerja malam ni, esok Mia call Fayyad!”
“Sms boleh tak?”
“Pun tak boleh sebab saya banyak kerja malam ini!”
“Okeylah!”

Niat tadi hendak marah Tengku Fayyad kerana mainkan perasaan ku tetapi apabila Tengku Farel Hakimi menjelaskan keadaan sebenar barulah aku tahu sesungguhnya Tengku Fayyad sudah tersilap menilai yang mana intan dan yang mana permata. Mungkin Tengku Fayyad terpesona dengan wajahku lalu menolak tunangnya sendiri. Ataupun ini hanya cinta sementara saja, cinta yang tidak akan kekal. Fayyad oh Fayyad, ramai-ramai perempuan kenapa lah pilih aku? Aku ini mana lah hendak setanding dengan Tengku Nadia tunang awak itu?

Mereka berpisah. Damia Azra kembali masuk ke dalam tempat kerjanya manakala Tengku Fayyad pulang bersama Tengku Farel Hakimi yang asyik memandang ke arah Damia Azra sejak dari tadi lagi. Pelik dengan tingkah laku Damia Azra yang sedikit pun tidak ambil kisah dengan kata-katanya. Seolah Damia Azra tidak mempunyai apa-apa perasaan. Sedih pun tidak, susah hati pun tidak. Lagi satu tidak menangis pun atas penghinaan yang dia lemparkan.

Damia Azra mengambil beg tangannya di dalam laci, dia sebenarnya sudah habis waktu bekerja. Malam nanti mahu pergi cari tv untuk diletakkan ke dalam rumah.  Tidak lah sunyi kalau boleh tengok tv sebelum hendak lelapkan mata. Sekarang mahu balik, mandi dan tidur. Selepas itu baru cari tv.
“Siapa lelaki yang seorang tu?” soal Kelly yang turut mengambil begnya.
“Abang Tengku Fayyad!”
“lagi segak dari Tengku Fayyad lah. Dia orang nie keturunan segak-segak kut!”
“Segak pun bukan nak dapat kat kita!”
“Maksud kau?”
“Apa yang Kelly cakap tadi betul belaka. Tengku fayyad sudah dua tahun bertunang, sepatutnya dia orang hendak kahwin bulan depan tetapi berpisah sebab Tengku Fayyad terjumpa dengan saya!” terang Damia tidak satu pun yang tersembunyi.
“Habis tu?”
“Melepaslah saya!”
“Tengku Fayyad nak kembali ke pangkuan tunang dia ke?”
“Jodoh Tengku Fayyad adalah dengan Tengku Nadia, bukan dengan saya lah!”
“Suatu hari nanti awak akan berjumpa dengan orang yang amat menyayangi awak, Mia!”
“Harap-harap begitu lah!”

Tak mahu lah berjumpa dengan sesiapa lagi. Bercinta buang masa saja, bukannya boleh berkahwin pun. Boleh penghinaan, cacian itu adalah. Buat sakit jiwa dan hati saja. Itu belum dicampur dengan kemarahan dan berbagai lagilah sikap-sikap yang tidak menyenangkan. Serik lah kalau berterusan begini.  Asyik aku saja yang terkena.

Damia menapak perlahan menuju ke rumah sewanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan