Isnin, 3 September 2012

DENDAM YANG TERINDAH (17)




ABAH TIADA KERANA TELAH PERGI KE TEMPAT KERJA. Hanya ada mama, Zana bersama dua orang neneknya iaitu Nenek Milah dan Nenek Wan.Kepulangannya disambut oleh pelukan rindu dari Bibik Indah, tetapi bukan dari mama dan ahli keluarga yang lain. Mamanya hanya memandangnya dengan sebelah mata saja. Tidak menegur dan tidak tersenyum. Tanya khabar lagi lah tidak ada langsung.
“Abah suruh bibik call dia sebaik saja Mia pulang ke rumah. Nanti yer, abah nak makan sekali dengan Mia hari ini,” beritahu Bibik Indah dengan senyuman yang mekar. Rindunya pada Damia Azra tidak tertanggung lagi, wal hal Damia Azra pergi tidak sampai pun dua minggu.
“Jangan lah ganggu abah, dia kat tempat kerja tu!” tolak Damia Azra terus mendaki anak tangga. Usah diganggu orang, Damia Azra. Awak datang hendak mengambil pakaian saja kan, jadi jangan lah mengecohkan keadaan pula kerana dengan tindakan awak boleh menganggu ketenteraman orang. Entah orang suka atau tidak dengan kepulangan ini.
“Tak mengapa, abah memang nak jumpa sangat dengan Mia!” beritahu Bibik Indah.

Biliknya tiada yang terusik. Malah semakin cantik dan kemas. Mungkin Bibik Indah yang menjaganya. Dipandangnya bilik ini dengan penuh kerinduan. Banyak kenangan yang tersimpan di dalam bilik ini. Kenangan suka duka kerana dibesarkan di dalam bilik ini. Bagaimana dia membesar tanpa kasih sayang seorang mama walaupun berada di hadapan mata. Mama yang berubah setelah dia masuk lokap, sejak dari itu mama seolah tidak mempedulikan akan dirinya langsung. Merajukkah mama? Marahkah mama atau apa yer? Mungkin mama menyesal kerana mempunyai seorang anak yang tidak mendengar cakap sepertinya.

Sejak dari itu lah dia keseorangan tanpa sesiapa pun yang mempedulikan akan sebuah perasaan miliknya. Huhuhu..,

Baju-baju sudah pun dimasukkan ke dalam beg pakaian yang besar tempoh hari cuma dia tidak mengangkutnya sekali. Waktu itu rumah sewa masih belum diperolehi jadi dia merasakan tidak perlu membawa beg pakaiannya. Hari ini dia pulang untuk mengambil beg pakaian dan barang-barang penting yang lain termasuk surat-surat papa yang dihantar kepadanya setiap bulan. Walaupun dia tidak pernah membalas surat-surat tersebut tetapi papa tetap mengirimkan surat bertanyakan berita darinya. Apakah aku kejam melayan papa ku sendiri begitu?

Papa, sebagai anak Mia tidak mampu untuk menanggung beban penderitaan ini seorang diri. Maafkan Mia, papa. Ucapnya sayu.
Cukuplah dengan sebuah beg pakaian, yang lain-lain tinggal saja di sini. Lagipun bilik sewa itu bukannya besar dan luas pun. Tidak perlulah membawa segala pakaian, buat penuh bilik saja.
“Mia, Mia!” jerit Bibik Indah tergesa-gesa. Damia Azra menarik daun pintu lalu melihat wajah Bibik Indah yang terlalu cemas.
“Kenapa bik?”
“Kawan lelaki Mia mengamuk kat bawah!” beritahu Bibik Indah kali ini Damia Azra pula cemas. Sampai sini Tengku Fayyad cari aku walaupun pagi tadi dia melihat banyak panggilan yang datang dari Tengku Fayyad. Mesej-mesej yang kesat juga turut dilemparkan kepadanya tetapi tidak diduga pula yang Tengku Fayyad akan datang mencarinya di sini.

Damia Azra segera turun untuk melihat keadaan Tengku Fayyad. Dia berlari kerana ingin cepat sampai. Di ruang tamu sudah ramai yang sedang menantinya. Ada mama, Zana dan kedua orang neneknya, begitu juga dengan kehadiran Tengku Fayyad bersama abang dan Tengku Nadia. Ramainya kau bawa nak serang aku ke? Kau datang sendiri pun cukuplah. Damia Azra memandang ke arah Tengku Farel Hakimi yang wajahnya sedikit kelat dan payau. Hmm, akhirnya berjaya juga rancangan aku.
“Ooo.. memang dasar perempuan tak sedar diri. Berangan nak kahwin dengan anak orang kaya yer. Aku tak sangka kau perempuan murahan, Damia Azra!” tengking Tengku Fayyad sambil datang ke arah Damia Azra sedang berdiri di tepi tangga.  Lakonan harus diteruskan aku tidak boleh berundur di waktu begini. Aku tidak mahu gagal dengan rancangan sendiri. Semua mata memandang ke arahnya tanpa berkelip termasuk mata Tengku Nadia. Perasaan malu dibuang ke tepi.
“Memang pun. Aku sebenarnya pura-pura jatuh cinta kepada kau kerana kau anak orang kaya  dan aku ingin menumpang kesenangan kau, Tengku Fayyad,” lafaz Damia Azra. Dia mengumpul segala kekuatan untuk menipu Tengku Fayyad. Susahnya kerana rasa seperti sesak nafas saja.
“Hah, baru kau tahu Tengku Fayyad. Damia Azra tu harap rupa saja cantik tetapi perangai sebiji seperti bapanya yang jahat dan kejam itu. Anak pembunuh macam dia tak layak jadi isteri kau lah!”  lancang mulut Nenek Milah bersuara. Lidah Damia Azra terkedu. Ada juga orang nak mencelah, hmm..
“Betul, harap rupa saja cantik tetapi perangai huduh. Kau ingat kau tu tuan puteri ke ada hati nak kahwin dengan anak raja? Kami keturunan baik-baik, bukan seperti kau yang berketurunan penjahat. Aku tak sangka hati kau terlalu busuk, Damia Azra” hina Tengku Fayyad. Sebab aku sedar diri lah yang aku cakap semua ini kat kau. Kenapalah bodoh sangat nak fikirkan semua ini?
“Kau tak tahu, aku perangkap kau dengan rupa paras aku? Malah aku guna-guna kau untuk jatuh ke tangan aku.., “
“Panggg!” sebuah penampar yang cukup kuat dilayangkan ke muka Damia Azra oleh Tengku Fayyad sehinggakan Damia Azra jatuh tersungkur di atas lantai. Berdarah pipi Damia Azra akibat tamparan tersebut.
“Mia!” panggil Bibik Indah sambil memegang bahu Damia Azra. Dipeluknya Damia Azra dengan erat. Aku kenal siapa Damia Azra melebihi kau, lelaki tak guna, pekik Bibik Indah di dalam hati. Datang rumah orang, buat kecoh pula tu, awak ingat awak hebat sangat sebab awak anak orang kaya? Hishh, awak tu lagi kurang ajar lah.
“Mujurlah aku tak jadi kahwin dengan kau, kalau tidak tentu aku akan menyesal seumur hidup aku!” pekik Tengku fayyad sambil menarik tangan Tengku Nadia keluar dari rumah. Tengku Farel Hakimi mengelengkan kepalanya berkali-kali. Serba salah dengan apa yang berlaku. Damia Azra nie siapa yang sebenarnya? Hendak kata jahat, kalau lah jahat, tak akan lah dia sanggup lakukan semua ini? Sanggup berkorban untuk melihat Tengku Fayyad bahagia. Damia Azra suka cari pasal kut?

Bibik Indah memimpin Damia Azra masuk ke dalam bilik. Bibik Indah mengelap darah yang mengalir di penjuru bibir Damia Azra. Mana air mata? Susahnya hendak melihat Damia Azra menangis? Sejak dari dulu sampai sekarang belum pernah lagi Bibik Indah melihat Damia Azra menangis, mungkin Damia Azra menangis di dalam hati dan tiada sesiapa pun yang tahu akan kesedihan itu.
“Tak mengapa, bik. Sikit saja nih!”ucap Damia Azra sambil memegang tangan Bibik Indah. Dia mengambil tisu lalu dilapnya darah yang sedang mengalir. Rupanya ini hadiah yang paling berharga dari Tengku Fayyad untuk ku. Sedihkah aku kerana dihina oleh seorang lelaki yang berkata sayang dan cinta kepadaku? Lukakah hatiku dengan penghinaan Tengku Fayyad yang menabur janji mahu menjagaku? Yang mengaku tidak boleh hidup tanpa aku di sisinya?  Tengku Fayyad, kau menipu diri sendiri.
“Sabar Mia!” pujuk Bibik Indah. Damia Azra tersenyum mendengar perkataan sabar yang muncul keluar dari bibir Bibik Indah.
“Kalau saya tak sabar, saya dah tumbuk muka Tengku fayyad tu, dia ingat saya nie siapa?” balas Damia Azra.
“Hahaha..,” tahu kau tu memang kaki penumbuk. Pantang ada orang cabar kau, memang kena lah orang itu.
“Bik, bungkuskan makanan yang bik masak tadi yer, rasanya saya tak boleh dah nak makan kat sini, ramai sangat orang yang hendak menelan saya hidup-hidup,” arah Damia Azra. Hasrat hati hendak makan dengan abah dan Bibik Indah hari ini tidak tercapai. Mujurlah abah tak balik lagi, bolehlah dia cabut lari sebelum berjumpa dengan abah. Kalau abah ada tentu panjang cerita.
“Okey, Mia tunggu yer, bik pergi ambilkan!”
‘Saya tunggu kat kereta!”

Bibik Indah patuh, dan dia turut melangkah keluar. Di ruang tamu sudah tidak ada sesiapa pun. Hilang entah ke mana. Terdengar suara mama sedang bercakap-cakap dengan neneknya di hujung bilik sana. Menyebut namanya dan Tengku Fayyad. Tanpa salam dan ucapan perpisahan dia melangkah ke tempat letak kereta, menunggu Bibik Indah.
“Ini ada bihun goreng, nasi dan lauk-lauk kesukaan, Mia!” belasnya suara Bibik Indah.
“Terima kasih, bik!”
“Sama-sama!”
Damia Azra memeluk erat Bibik Indah yang sudah menangis. Terharu dan sedih dengan keadaan Damia Azra. Apa salah Damia Azra? Yang menjadi pembunuh dan penjahat adalah Datuk Mohsin, bukannya Damia Azra? Tetapi kenapa Damia Azra yang menerima hukuman?
“Sabar lah, bik. Lagipun Mia bukannya pergi jauh pun. Dekat saja lah. Nanti bila ada masa kita jumpa!” pujuk Damia Azra. Ah, setiap kali ditimpa derita, dilanda kesusahan, Damia Azra yang memujuknya, bukan Bibik Indah yang memujuk Damia Azra. Terbalik!
“Apa-apa hal call bik, tau!” suruh Bibik Indah. Damia Azra mengangguk. Pesanan yang sudah ke berapa ratus didengarinya. Pesanan yang membuatkan hatinya sayu.

Aduh, senangnya hati hari ini kerana semua perkara sudah selesai. Boleh tenang-tenang saja. Tidak perlu lagi memikirkan hal Tengku Fayyad dan sesiapa lagi. Pedih dan kedukaan ini, aku akan merawatnya sendiri. Sedih dan hiba ini akan hilang juga suatu hari nanti tetapi ada pengajaran untukku yang amat besar.

Pengajarannya aku harus sedar siapa diriku di dalam memilih kawan dan pasangan. Tidak semua orang boleh menerima orang seperti aku. Mereka amat takut dengan aku kerana aku anak pembunuh. Mungkin takut aku jadi pembunuh juga. Astagfirullahhalazim. Allah, lindunglah aku dari melakukan kejahatan-kejahatan seperti itu. Berkatilah hidup aku di dunia dan akhirat. Amin!. Doa Damia Azra di dalam hati.
“Bah!’ panggilnya. Abah menelefonnya di dalam perjalanan. Mungkin abah baru sampai di rumah.
“Kenapa tak tunggu abah?”
“Abah lambat sangat lah!”
“Dengar kata Tengku Fayyad buat kecoh, tampar kamu betul ke?”
“Betul lah tu. Siapa beritahu abah? Anak kesayangan abah ke?”
“Bibik lah. Kenapa kamu tak tampar dia balik? Kurang ajar sungguh Tengku Fayyad tu, Abah nak jumpa Tengku Fayyad lah hari ni?” kerasnya suara abah dihujung talian. Terlalu mengambil berat kepada Damia Azra.
“Hahaha..,”
“Kenapa?”
“Tak usah lah, abah. Cukuplah abah kenal siapa Damia Azra. Itu sudah memandai bagi saya!” Hmm, abah ni pelik sungguh lah. Tak pernah pun macam nih? Abah sakit ke? Jangan lah abah sakit, kalau abah sakit macam manalah dengan mama nanti? Mama bukannya boleh hidup tanpa abah pun.

Sampai di rumah nanti, hendak solat zohor, makan dan hendak tidur. Semalam tidak boleh tidur kerana berfikir banyak perkara yang akan berlaku. Terlalu banyak sehinggakan penuh di dalam kepala. Itu satu hal lah. Satu lagi kerana diganggu oleh panggilan telefon yang bertalu-talu dari Tengku Fayyad dan Tengku Farel Hakimi. Nanti hendak ganti tidur yang semalam.
“Pinnnn!’ bunyi hon kereta mengejutkan Dami Azra. Kereta BMW siapa pula ni? Nombor pendaftaran kereta pun pelik sangat. Siapa pula yang menganggu aku nih. Dia menoleh, terpandang wajah Tengku Farel Hakimi sedang tersenggih kepadanya. Ler, baru sebut nama dah sampai orangnya. Panjang sungguh umur Tengku Fayyad.

Tengku Farel Hakimi mengarahkan Damia Azra berhenti kereta di tepi jalan. Damia Azra patuh. Apa hal lagi? Aku sudah membuat adik kau membenci aku seumur hidupnya, jadi tak perlu datang menganggu aku lagi lah.
“Apa hal?” soal Damia Azra apabila Tengku Farel Hakimi datang ke arahnya. Aku lapar nasi lah, dan satu lagi mengantuk sangat nih.
“Padan muka kena makan penampar!” sindir Tengku Farel Hakimi dengan muka yang kering.
“Ciss, tetapi hebat tau lakonan saya!” balas Damia Azra geram. Ini saja penyebabnya, yang kau datang halang perjalanan aku?
‘Ha, ah. Hebat sampai Tengku Fayyad tak sabar-sabar nak kahwin dengan Tengku Nadia. Lusa, dia orang nak akad nikah dah!” beritahu Tengku Farel Hakimi. Damia Azra tersenyum. Syukurlah, yang sebenarnya bakal berlaku juga. Perkahwinan yang betul adalah antara Tengku Fayyad dan Tengku Nadia, bukan Tengku Fayyad dan Damia Azra.
“Alhamdulillah, nanti jangan lupa jemput saya makan kenduri!” balas Damia Azra. Lega hati! Aku sudah berjaya. Yeyeye...,
“Awak ni pelik lah, Damia Azra!”
‘Peliknya apa? Saya pun manusia juga, bukan anak jin pun!”
“Hiss, anak jin ni yang takut dengar ni!”
“Sudah, saya nak balik!” apa kes hendak berbual dengan kau ditepi jalan. Terjumpa dengan orang nanti, satu pula gosip di bandar Melaka ini.
“Saya ni rasa tak sedap hati. Rasa serba salah dan tak kena. Rasanya saya nak cakap hal sebenar kepada Fayyad, yang awak menyuruh saya bocorkan rahsia awak, biar Fayyad datang minta maaf kepada awak!”
“Nak makan penumbuk buat lah macam tu. Tak sayang mulut ke?”
“Garangnya awak. Kenapa tak balas balik sewaktu Fayyad tampar awak tadi?” Soal Tengku farel Hakimi membuatkan Damia Azra Azra geli hati. Orang yang kedua suruh aku balas perbuatan Tengku Fayyad, tadi abah, sekarang Tengku Farel Hakimi pula.
“Pergilah balik, urus perkahwinan adik awak tu,”
“Okey, tapi saya nak jumpa awak selepas semua selesai!”
“Tak usah lah jumpa saya, antara kita sudah tak ada apa-apa lagi!”
“Tak. Awak terhutang budi dengan saya!”
“Heey, terhutang budi apa pulak nih?
“Nanti lah!”

Damia Azra mengelengkan kepalanya melihat tingkah laku Tengku Farel Hakimi yang membencinya dahulu. Ingat lagi kata-kata Tengku Farel Hakimi yang menyuruhnya melupakan Tengku Fayyad kerana darjat mereka yang berbeza. Sekarang, kenapa pula datang mencari aku?  Aku tak nak lah ada hubungan dengan sesiapa lagi, apatah lagi dengan kau, Tengku Farel Hakimi.

Dia mengajak Aisya dan kawannya yang bernama Mimi datang makan tengah hari bersamanya. Kebetulan nasi dan lauk pauk yang diberikan oleh Bibik Indah kepadanya boleh menampung tiga orang makan.  Makan ramai-ramai, sambil berbual dan berebut makan amat menyeronokkan. Terhibur rasa hati, hilang seketika segala duka nestapa.
“Kak ni anak orang kaya ke?” soal Aisya sambil membasuh tangan.
‘Kenapa cakap begitu?” soal Damia Azra kembali. Dia turut membasuh tangan.
“Tengok akak seperti anak orang kaya saja. Cara hidup akak tak seperti orang yang sederhana!”  jawab Aisya. Damia Azra berfikir panjang. Hmm.., Aku memang keturunan orang berada. Papa, saudara mara sebelah papa dan datuk semuanya berasal dari orang kaya raya dan termasyur. Cuma..
“Dulu kaya, sekarang dah miskin!”
“Muflis?”
“Yup!” boleh ke beri jawapan begitu?
“Tak mengapa kak. Tak kisah lah sama ada kaya tau miskin,  yang penting adalah cara kita menjalani kehidupan kita ini,” sambung Aisya. Mimi hanya mengangguk. Damia Azra tidak berani berkata apa-apa lagi.

Ya, kehidupan ini perlu diteruskan, walaupun gagal, walaupun kecewa dan patah hati. Apa pun saja yang kita alami, sama ada kecundang, kalah, ataupun memang dan berjaya, hidup ini perlu diteruskan dengan berani? Betul tak?

Hari ini aku kecewa lagi. Betul lah, hidup aku tidak seindah orang lain. Tidak mudah bahagia seperti orang lain.  Ada saja ujian, ada saja halangan untuk aku mencapai kebahagiaan. Agak-agaklah boleh kah aku bahagia seperti orang lain? Mimpinya aku kerana mahu berkahwin dengan anak orang berada? Sedangkan aku tidak memiliki apa-apa sebagai ganjaran kehidupan?

Inikah namanya takdir dan bolehkah aku menyalahkan takdir kehidupanku?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan