DIA MEMANG
ANAK MANJA. Itu memang sudah nyata pun. Sejak dari tadi, Damia azra berjalan
berpimpin tangan dengan papanya. Berjalan di tepi pantai sambil memandang
keindahan pantai. Aku tak pernah lakukan semua ini dengan papa atau mama,
tetapi Damia Azra yang garang dan kasar itu sedang berjalan dengan papanya.
Mesra dan penuh dengan kasih sayang. Cemburunya hati melihat kemesraan antara
seorang anak dan ayahnya.
Tengku
Farel Hakimi mahu mendekati mereka berdua tetapi rasanya tidak elok menganggu
Damia azra yang baru bertemu dengan papanya setelah berpisah begitu lama.
Berilah mereka peluang, bisik hatinya. Dia berjalan meninggalkan mereka berdua.
Damia Azra
sebenarnya sudah melihat Tengku Farel Hakimi yang sejak dari tadi memandang ke
arahnya. Mujurlah mangkuk hayun tu sudah balik, kalau dia datang habis lah mood
aku hari ini. Lagi pun aku tidak mahu diganggu dengan sesiapa pun.
“Papa
masih sayangkan mama?” soal Damia azra ingin tahu. Di rumah papa, terlalu
banyak gambar-gambar antara papa dan mama. Papa tersenyum.
“Sayanglah
kerana dia cinta pertama papa. Tapi silap papa juga kerana abaikan mama, jadi
jangan salah mama dalam hal ini, kerana ini bukan salah mama tetapi salah
papa!” jawab papa jujur. Damia azra tersenggih. Mama sudah bahagia dengan abah
sekarang, dan terus melupakan papa di dalam hidupnya. Siapa yang hendak kalau
suaminya suka main perempuan, kaki joli pula tu. Andainya aku ditempat mama,
aku pun tak mahulah suami macam itu. Betul kata papa, jangan salahkan mama
dalam hal ini.
“Bukan
jodoh papa dengan mama. Mama sekarang sudah bahagia di samping Dr. Luzman dan
anak-anak. Mama ada anak kembar dengan Dr. Luzman, papa!” beritahu Damia Azra.
“Cemburunya
papa dengar, Mia!” gurau papa. Masa-masa indah aku bersama Shahrini sudah tiada
lagi, jadi untuk apalah dikenangkan hubungan antara kami berdua yang sudah
berakhir. Aku sudah cukup bertuah kerana mempunyai Damia Azra, tanda cinta aku
dan dia. Ini yang aku miliki sekarang.
“Cari
orang lain, papa. Lagipun papa masih segak bergaya!” gurau Damia Azra pula.
Perempuan mana yang tidak jatuh hati dengan papa, sekarang pun papa masih
segak. Cuma satu saja yang papa tiada, harta kekayaan, tidak seperti dulu papa
dipenuhi dengan harta kekayaan. Itu yang
membuat ramai perempuan yang tergila-gilakan papa. Bagaimana dengan aku?
Agak-agak aku boleh tanding tak dengan papa? Hahaha, siapa pun tak mahulah
dengan anak pembunuh seperti awak tu, Damia azra.
“Ada orang
nak ke dengan papa ni?”
“Mesti
ada!”
“Hahaha.,” Damia Azra merangkul tangan papanya lalu
mereka meneruskan langkah berjalan di tepi pantai tanpa memakai kasut. Kasut
sudah ditinggalkan di atas tadi. Sesekali air laut menyentuh kaki Damia Azra.
Dinginnya!
Datuk
Mohsin memandang wajah anaknya. Kasihannya anak aku, sejak dari kecil sehingga
kini dihina orang atas kesalahan dan kemarahan aku membunuh orang. Biar pun aku
sudah insaf tetapi orang tetap tidak boleh menerima aku dan anak aku kerana
kesalahan tersebut. Walaupun aku sudah menerima hukuman atas segala kesalahan.
Tetapi yang kejamnya, orang turut menghukum anak aku. Agaknya bagaimana lah
nasib dan masa depan Damia Azra kelak. Adakah lelaki yang sanggup mengambilnya
menjadi isteri, andainya ada lelaki yang sudi, apakah keluarga si lelaki mahu
menerima Damia Azra?
Itulah
dulu aku tidak pernah fikir semua ini, aku tidak pernah berfikir akan akibat
disebabkan perbuatan ku terhadap masa hadapan anak aku. Aku hanya pentingkan
diri sendiri dari memikirkan perasaan anak aku. Aku terlalu mengikut perasaan.
“Papa!”
panggil Damia Azra setelah melihat papa asyik benar berfikir panjang. Fikirkan
apa? Tentu fikirkan masa depanku? Ah, bapa manalah yang tidak berfikir akan
kebahagiaan dan masa hadapan anaknya. Disebabkan fikirkan masa depan lah,
keluarga Engku Zahirah menghalang perhubungan antara aku dan Tengku Fayyad.
Kerana fikirkan masa depan lah, Datuk Hisham menolak aku dari menjadi
menantunya dan memilih Zana menjadi pilihan walaupun tahu Muiz Afendy tidak
cintakan si Zana.
“Maafkan
papa, disebabkan papa hidup Mia tidak seperti orang lain,” ucap papa sayu. Andainya
masa boleh berundur kembali, mahu aku memulangkan semua masa-masa indah milik
anak aku ini. Sayangnya masa tidak mungkin akan berundur dan aku sudah
kehilangan masa-masa indah itu. Dulu aku tinggalkan dia, waktu itu dia adalah
kanak-kanak yang comel, sekarang aku berjumpa dengannya, dia sudah pun
dewasa. Aku tidak dapat melihat
masa-masa dia sedang membesar.
“Mia sudah
redha dengan apa yang berlaku, papa!”ucap Damia Azra luhur. Dia mengenggam
tangan papa semakin erat. Dulu memang papa jahat, papa kaki minum dan papa kaki
botol, tetapi sekarang papa sudah berubah. Papa rajin solat, setiap malam papa
baca al quran, bukan itu saja papa juga rajin lakukan solat-solat sunat. Papa
sudah insaf dan bertaubat. Andainya ALLAH boleh menerima keampunan dari papa,
inikan kita yang bernama manusia yang leka dan lalai melakukan kesalahan.
“Tetapi
papa menyesal, Mia. Amat menyesal!” balas papa sebak. Dada Damia Azra turut
sebak sama. Sedihnya hati kerana kata-kata papa menyentuh jiwanya.
“sudah lah
papa, mulai hari ini kita mulakan hidup baru,” ucap Damia Azra penuh
bersemangat.Ya, kita harus mulakan kehidupan yang baru dan membawa bersama
cerita-cerita lama kerana semua itu akan tetap kekal selamanya. Mahu atau
tidak, itu tetap akan berlaku. Masa hanya berlalu tetapi tidak bisa mengubah
siapa sebenarnya diri kita. Kalau masa boleh mengubahkan kita, tentu orang
sudah melupakan kesalahan papa selama ini.
“Papa
kagum dengan Mia, sebab Mia bersemangat tinggi dan tabah!” puji papa membuatkan
muka Damia Azra berubah.
“Tak lah
papa!” ujar Damia Azra.
“Okey
sudah lewat, nanti Farel mengamuk pula sebab pekerjanya datang lambat hari ini.
Tengah hari nanti balik makan di rumah yer!” pesan papa. Jam sudah menunjukkan
angka 7.30 pagi. Ada setengah jam lagi tentu aku terlewat hari ini. Hendak
mandi dan menukar pakaian lagi. Sarapan pagi pun tak sempat rasanya.
Aduh,
hasrat hatinya hanya mahu menenangkan fikiran dan berehat saja di rumah untuk
seminggu dua ini. Tidak mahu memikirkan tentang kerja buat masa sekarang.
Kebetulan duit simpanan masih mencukupi untuk menanggung perbelanjaannya dalam
masa tiga atau empat bulan ini. Tidak perlu susah hati tentang perbelanjaan
buat masa sekarang. Tetapi bila difikirkan Tengku Farel Hakimi mahu
membongkarkan rahsia kehidupannya kepada papa, tok dan tok wan, dia terpaksa
bekerja di resort istana kasih kepunyaan Tengku Farel Hakimi.
Memang dia
kelewatan datang ke tempat kerja kerana menerima panggilan dari abah selepas
dia selesai mandi. Dia sendiri terkejut
menerima panggilan dari abah seawal pagi. Selalunya malam baru abah telefon
ataupun dia yang telefon abah, ini pagi-pagi sudah telefon tentu ada hal
penting.
“Kenapa
abah?”
“Abah dah
bank in duit sebanyak lima ribu dalam akaun kamu, gunalah ia buat belanja kamu
di sana!”
“Lima
ribu?? Banyaknya. Mia ada duit sendirilah, abah!”
“Ambillah,
kalau kamu menganggap abah ini seperti papa kamu juga, terima lah wang tersebut
untuk kegunaan kamu!”
“Terima
kasih, abah!” ucapnya. Lima ribu tu
terlalu banyak lah abah, kalau papa tahu mesti papa tidak setuju aku menerima
wang pemberian dari abah tetapi abah menyuruh Damia Azra merahsiakannya dari
pengetahuan papa.
Itu
sebabnya dia datang lewat ke resort kepunyaan Tengku Farel Hakimi. Ketika dia
sampai lelaki itu sedang menunggunya di kaunter tempat penyambut tetamu dengan
muka yang masam mencuka. Bencinya Damia Azra melihatnya. Marahkan aku ke? Tak
pasal-pasal hendak marahkan aku, aku datang pun sudah dikira cukup bertuah lah,
Tengku Farel Hakimi ooi.
“Hari
pertama sudah datang lewat, macam mana lah awak mengatur masa awak agaknya.
Orang lambat seperti kura-kura, awak ni bukan kategori lambat tetapi lembap
seperti siput!” leter Tengku Farel Hakimi di hadapan stafnya. Ada Lina bersama
Nik Safuan bersama-sama di situ. Damia azra menahan malu.
“Tak mahu
kerja lah kalau macam ni, baru datang sudah kena marah, lebih baik saya tinggal di rumah saja!”
balasnya. Abah baru saja bank in duit lah, lima ribu tu boleh buat belanja tiga
bulan pun tak habis. Itu pun kalau berjimat cermat lah.
“Ikut suka
hati awak lah, kalau awak sanggup menanggung akibatnya, saya tak menghalang!”
balas Tengku Farel Hakimi. Hmm, ini yang malas nih, kerja ugut aku saja, apa
kes?
“Baiklah,
saya kerja kat sini!” ucap Damia Azra perlahan tanda terpaksa mengalah.
“Esok
datang awal, jangan datang lewat seperti hari ini. Tugas awak ikut arahan saya,
kalau saya suruh cuci pinggan di dapur, awak kena ikut lah yer,” terang Tengku
Farel Hakimi. Memang sah kau nak buli aku. Damia Azra mengeluh berat. Rasanya
seperti tidak sanggup saja dia melawan cabaran yang datangnya dari Tengku Farel
Hakimi.
“Faham
tak?” tengking Tengku Farel Hakimi.
Damia Azra mengangguk lesu.
“Masa
kerja awak dari pukul lapan pagi sampai enam petang setiap hari, mengerti?”
sambung Tengku Farel Hakimi. Kali ini dia tidak mengangguk tetapi memandang
wajah Tengku Farel dengan tidak berkelip. Lamanya masa bekerja.
“Apa
tugasan pertama saya, Tengku Farel?” soal Damia Azra sudah naik menyampah. Lagi
cepat aku pergi buat kerja lagi bagus kan, dari aku mengadap muka dia yang tak
segak langsung hari ini.
“Ambil mop
lantai, dan mop di bahagian kaunter, ruang makan dan dalam pejabat saya. Itu
tugas pertama awak!” arah Tengku Farel Hakimi. Kerja mop lantai, rumah aku pun
aku tak pernah mop lantai, sekarang nak kena mop lantai pula. Dia ini memang
hendak mengambil kesempatan ke atas diri aku lah.
“Apa kau
ni, Ril. Berilah kerja ofis ke? Ini suruh Mia mop lantai pula!” tegur Lina.
“Eleh,
bukannya teruk pun!” sokong Nik Safuan tanda sepakat dengan Tengku Farel
Hakimi.
“Okey,
okey saya buat!” ucap Damia Azra. Memang tak pernah mop lantai di rumah sebab
ada Bibik Indah tetapi di Jusco dulu dia memang sudah biasa mop lantai.
Hahaha.. kerja lama lah ni.
Dalam masa
kurang dari satu jam, dia sudah siap mop lantai, bukan saja siap mop lantai,
malah turut dikemaskan di bahagian kaunter, dewan makan yang boleh menampung
tiga puluh orang itu dan bilik pejabat kepunyaan Tengku Farel Hakimi. Dibersihkan
tempat-tempat tersebut malah siap menukar pewangi bilik. Haruman bilik
menyegarkan pengunjung yang datang.
“Biasa
buat kerja ni?” soal Lina yang merasa hairan dengan ketangkasan Damia Azra
melakukan tugas-tugasnya.
“Dulu
kerja kat jusco saja, jadi memang dah biasa buat kerja-kerja macam ini!”
jawabnya sambil tersenyum. Ah, gadis ini tidak memilih pekerjaan rupanya.
“Patutlah
pun!” balas Lina sambil mengambil plastik sampah di tangan Damia Azra.
“Selepas
ini apa pula? “
“Kena
tunggu arahan dari Farel dulu, nanti akak beritahu Mia yer. Mia pergilah
sarapan pagi dulu di kafeteria sebelah kiri dewan makan!” beritahu Lina. Aku
hanya makan seawal pagi, selepas itu tengah hari baru makan, sekarang perut
masih kenyang.
“Kak, saya
kat depan tu, kalau Tengku Farel cari saya, akak cakap kat dia, saya ada kat
situ!” beritahu Damia Azra terus ke ruang
hadapan. Nampak daun-daun kering banyak sangat di hadapan resort. Dia mahu
mencakar daun-daun tersebut supaya nampak semakin bersih. Sebenarnya ada
seorang bibik indonesia yang umur sebaya dengan Bibik Indah sedang menyapu
sampah di situ. Itu yang menarik minatnya. Rindu kepada Bibik Indah datang di
dalam hati.
Damia Azra
mengambil pencakar daun lalu dia menolong bibik tersebut.
“Bik,
sudah lama kerja di sini?” soalnya ramah.
“Sudah
setahun, bu!” jawabnya dalam loghat indonesia yang pekat. Tidak seperti Bibik
Indah yang sudah fasih berbahasa melayu kerana sudah lama tinggal di sini. Bibik Indah tinggal di Malaysia dan bekerja
dengan mama sejak dari Damia Azra berusia 9 tahun.
“Panggil
saja nama saya Mia, bik. Bibik nama apa?”
“Habsah,
Non!”
“Ah, panggil
saja Mia, Bik!” balasnya. Berbual sambil menolong Habsah yang baru dua tahun
datang bekerja di resort ini. Kita rakyat bertuah kan, hanya perlu mencari
rezeki di tempat sendiri saja tidak seperti penduduk negara luar, yang terpaksa
bertungkus lumus mencari sumber rezeki di negara orang lain.
“Non,
orang baru di sini?”
“Yup, baru
sehari!”
“Hah, baru
sehari? Tetapi kamu ramah sekali yer!”
“Hehehe..,”
Leka berbual sampai terlupa dia berada di mana. Asyik benar menolong Habsah
yang datang dari tempat yang sama dengan Bibik Indah. Orang Jawa Timur!
“Hey, awak
buat apa di sini hah?” jerkah Tengku Farel Hakimi ke arah Damia Azra. Berdesing
telinga. Panas habis seluruh badan. Sudah lah tengah menjemur cahaya matahari
yang sedang membahang di atas kepala.
“Ada mata
tengok sendiri lah!” balas Damia Azra. Kau memang tak boleh cakap elok-elok ke
dengan aku. Asyik nak jerkah aku apa hal? Buah hati kau tinggalkan kau ke?
“Bukan
saya dah pesan tadi, buat kerja ikut arahan saya yang awak tolong Habsah ni apa
hal?”
“Ikut suka
hati saya lah,”
“Siapa bos
ni? Awak atau saya?” sindir Tengku Farel Hakimi. Merah menyingga muka Damia
Azra. Bencinya aku.
“Bik, esok
kita bual lagi yer. Saya pergi dulu!” beritahu Damia Azra. Pencakar sampah
disandarkan ke pokok. Tengku Farel Hakimi memandang kawasan sekeliling,
bersihnya, tiada satu pun daun kering yang tinggal. Satu resort aku cari,
rupanya dia ada di sini. Lina kata, suruh makan pun tak mahu. Hmm, pengsan anak
dara orang nanti, mati aku.
“Jom, ikut
saya!” arah Tengku Farel Hakimi. Dia hanya mengikut langkah kaki Tengku Farel
Hakimi masuk ke dalam pejabat kepunyaan Tengku Farel Hakimi. Bilik ini sudah
pun dibersihkan dikemasnya pagi tadi.
Damia Azra
melihat jam di dinding. Sudah pukul 12.30 tengah hari rupanya. Kiranya lama lah
aku berbual dengan Habsah tadi yer. Patutlah bos mengamuk. Hahaha...
Damia Azra
tersenyum tiba-tiba. Bos mana yang tak marah dan bengang kalau anak buahnya
curi tulang macam itu. Kalau aku, aku pun marah.
“Senyum
sorang-sorang ni kenapa pula?” tanya Tengku Farel Hakimi. Aku marah kau, boleh
lagi kau tersenyum macam nih?
“Awak ini
memang sakit hati kut, sampaikan saya senyum pun awak marah. Ikut suka hati
saya lah hendak senyum ke, hendak menangis ke, itu hak saya lah!” balas Damia Azra. Ini ajak aku masuk ke dalam
bilik untuk apa? Apa lagi yang tak bersih di dalam bilik ini agaknya?
“Pelik lah
tertiba saja awak senyum, kecuali awak gila, sebab tu senyum sorang-sorang!”
ujar Tengku Farel Hakimi tidak mahu mengalah.
Kenapa lah hidup aku ada kaitan dengan mamat ni? Tak pasal-pasal kena
tengking, kena marah. Seolah aku bersalah besar kepada kehidupannya. Masa atas
bas boleh pula baik dengan aku. Siap sanggup buat apa saja untuk aku? Datang di
sini di tempat sendiri hendak buli aku pula. Mentang-mentang lah tempat dia.
“Apa hal
cari saya?” soal Damia Azra. Malaslah aku hendak bergaduh dengan kau hari-hari pula
tu.
“Selepas
rehat nanti, pergi bahagian dapur, cuci semua pinggan mangkuk yang kotor.
Tunggu saya di situ sampai petang. Jangan ke mana-mana pula!” jawabnya. Kena
cuci pinggan-mangkuk?? Hmm, kalau begini setiap hari boleh kurus kering aku.
Bukan kerana tidak makan tetapi kerana sakit jiwa disebabkan Tengku Farel
Hakimi yang sentiasa memberi tekanan kepada diriku. Aduhai, tak tertanggung
untuk berhadapan dengan Tengku Farel Hakimi setiap saat dan waktu.
“Baik,
bos!” perli Damia Azra sambil berlalu keluar dari bilik tersebut. Itu saja??
Panggil aku semata-mata kerana hal itu? Buang masa aku saja lah.
Pukul satu
nanti aku mahu pulang ke rumah. Mahu melihat papa. Mahu makan tengah hari
dengan papa. Lagipun jalan kaki pulang ke rumah tidak sampai pun 10 minit.
Dekat saja. Boleh lah berulang alik dari rumah ketika waktu rehat. Lebih selesa
dan mudah.
Kebanyakan
staf makan di kafetaria kerana resort ini menyediakan makanan untuk mereka
semua. Makan free lagi. Itulah yang dimaklumkan kepadanya oleh Lina apabila dia
memberitahu mahu pulang ke rumah. Dia menolak ajakan Lina, papa lebih penting
dari bosnya yang sawan itu.
Dia
melangkah pulang walaupun di halang oleh Lina.
hahahaha... tq kakak... lama merindui mia dan farel
BalasPadamsama-sama...hehehe.. tau rindu tu...
Padamsambung lagi kak... (^_~)
BalasPadaminsya allah.. nanti akak sambung ek..
Padamrindu gila dgn si mia n farel....
BalasPadamhehehehe...
Padam