Ahad, 26 Ogos 2012

DENDAM YANG TERINDAH (1)



DARAH MENGALIR MEMBASAHI KAKI dikesat perlahan-lahan. Dia mengeluh perlahan. Dia terjatuh kerana dikejar oleh dua orang pengawal pasaraya yang melihat dia mencuri dua buku roti jagung yang tersedia di atas rak bersebelahan dengan kaunter bayaran. Roti jagung itu dibuang begitu saja, bukan untuk dimakan pun. Ah, mencuri hanya itu bersuka-suka tetapi dia puas hati kerana dapat melakukan semua itu.

Sejak dia dibuang sekolah kerana ditangkap oleh guru disiplin ketika sedang berlepak dengan sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menghisap merokok di bawah pokok rambutan, itulah rutin hariannya. Sentiasa berada di pasaraya ini di siang hari sehingga ke lewat malam.Berlegar di pasaraya lalu mencuri apa yang berkenan di hati. Tetapi barang-barang yang dicuri hanya dibuang begitu saja, bukan digunakan untuk diri sendiri. Hatinya memberontak dengan apa yang berlaku terhadapnya diri. Dia marah, dia sedih, dia kecewa kerana dihukum disebabkan kesalahan orang lain, bukan kesalahan yang datang darinya. Hati yang memberontak jiwa yang lara tidak pernah ada kesudahan. Tidak ada sesiapa pun yang peduli akan perasaannya, tidak sesiapa pun yang pernah bertanya akan hal dirinya, yang ada hanyalah hukuman selain di marahi, diterking, diterjah dan dimaki hamun oleh masyarakat dan ahli keluarganya yang lain. Dia benci semua itu, sebab itu lah jiwanya tertekan. Hatinya sakit dan bernanah. Lukanya tidak mungkin akan terubat.
“Mia, mama kau cari kau. Dia call aku tadi!” beritahu Muiz Afendy Afendy yang masih lengkap berpakaian sekolah. Tentu dari sekolah Muiz Afendy Afendy terus datang mencarinya dan masih belum pulang ke rumah lagi.
“Buat apa mama aku cari aku? Nak marah aku lagi ke?” marah Damia Azra Azra sambil merenung tajam ke arah Muiz Afendy Afendy
“Tak, nak sayang kau.. hehehe!” gurau Muiz Afendy Afendy.
“Kau ni aku bagi penampar baru tau!”
“Lojik lah kut kau kena marah pun, sebab kau kena buang sekolah, tak kan lah mama kau tak marah? Mama aku pun marah lah kalau kena buang sekolah. Tahun ni dah lah nak ambil SPM!” balas Muiz Afendy, anak jiran di sebelah rumahnya. Apa-apa hal mama akan call Muiz Afendy untuk mencari anak bertuahnya yang seorang ini. Muiz Afendy tu merangkap pengawal peribadinya sekali. Apa-apa sikit semuanya Muiz Afendy yang terlebih tahu akan dirinya. Lebih tahu dari ahli keluarganya sendiri.
“Semua orang marah aku. Kau marah aku. Mama marah aku, cikgu-cikgu marah aku. Semua orang tak suka kat aku kerana aku anak pembunuh. Sejak dari kecil lagi aku sudah ada cop mohor kat atas dahi aku yang aku ni anak pembunuh!” jerit Damia Azra lantang, Semua orang asyik salahkan aku saja.
“Mia, yang jadi pembunuh tu bapak kau, bukannya kau. Tak semestinya bapa jahat anak pun jahat juga. Kau kena buktikan Mia, cakap-cakap orang selama ni tak benar!” nasihat Muiz Afendy. Kasihan hidup Damia Azra, sejak dari kecil lagi semua orang sisihkan Damia Azra kerana hal ini. Semua orang tidak pedulikan hidup Damia Azra kerana ayahnya pembunuh tambahan lagi apabila perangai nakal Damia Azra semakin menjadi-jadi. Damia Azra memang anak paling nakal. Kata perempuan tetapi berkawan dengan budak-budak lelaki. Kena buang sekolah, kena rotan dengan pengetua, sebelum ini Damia Azra tinggal di asrama tetapi kena buang dari asrama kerana suka merayap di waktu malam. Ini lagi satu hal, hobi terbaru Damia Azra, suka curi barang di pasaraya. Curi lalu buang di dalam tong sampah. Silap haribulan Damia Azra kena tangkap dengan polis pula.
“Aku dah cuba berubah tetapi orang tak boleh terima aku juga. Kau ingat aku suka ke jadi macam ni?” Kenapa orang suka kaitkan Mia dengan papa? Kenapa orang suka hukum Mia kerana kesalahan papa? Soal Damia Azra di dalam hati. Sudahlah bapaknya tu pembunuh, anak pula jadi pencuri.
“Asalkan aku tahu sudahlah, Mia. Jom kita balik, nanti mama kau susah hati pulak!” ajak Muiz Afendy. Hari dah petang, perutnya sejak tadi dah lama minta di isi. Jam di tangan sudah menunjukkan ke angka empat petang. Tamat saja waktu belajar tadi, dia terus datang ke sini untuk mencari Mia, mujurlah jumpa, kalau tak jumpa entah pukul berapa lah dia nak balik.
“Pergilah balik. Aku nak tinggal kat sini. Malam nanti aku balik!”
“Ikut suka hati kau lah. Aku ada banyak kerja lagi nak selesaikan. Kau tak mengapa lah, body guard kat sini!” kalau ajak pun dah tak guna. Mia tu degil. Hati pula keras macam batu. Kalau tarik tangan sampai putus pun Mia belum tentu nak ikut aku balik ke rumah. Dari bergaduh sampai sakit hati, sakit jiwa, lebih baik aku balik dulu.

Sebenarnya Damia Azra teringin nak ikut Muiz Afendy balik ke rumah tetapi kalau balik rumah sekadar hendak mendengar mama berleter panjang, baik tak payah balik. Lagipun tak suka lah tengok muka anak emas mama dan abah tu. Lagi bertambah benci adalah.
“Mia kalau kau ada hal, ada masalah kau call aku, aku akan tolong kau!” jerit Muiz Afendy di seberang jalan. Damia Azra hanya mampu tersenggih saja.  Buat apa lah minta tolong dari kau, aku tak nak menyusahkan orang luar lah, Muiz Afendy  ooi.

Damia Azra melihat kelibat Muiz Afendy sehingga hilang dari pandangan. Bahagianya jadi Muiz Afendy, semua orang sayangkan Muiz Afendy yang bijak itu. Muiz Afendy selalu mendapat pujian di sekolah kerana dia seorang pelajar yang pintar, cemerlang di dalam pelajaran. Malah aktif di dalam bidang sukan. Muiz Afendy Afendy pelajar harapan sekolah, bukan sepertinya, sekolah pun tak teringin untuk melihat wajahnya. Aku nak jadi apa agaknya? Sudah musnahkah masa depan, sudah gelapkan jalan-jalan yang bakal aku lalui? Kenapa semua orang tidak mahu memberi peluang kepada aku sedangkan aku pun mahu hidup seperti orang lain juga. Mahu berjaya dalam pelajaran, mahu bahagia di samping papa, mama dan adik beradik yang lain.  Ini bukan saja disingkirkan oleh ahli keluarga malah kawan-kawan pun tidak mahu berkawan dengan aku kecuali Muiz Afendy  yang berjiran dengan keluarga ku sejak dari aku kecil lagi. Muiz Afendy  saja yang memahami aku.

Damia Azra segera berlalu mahu ke Restoran Hamidah yang berdekatan. Perutnya telah minta diisi, merayu-rayu kerana terlalu lapar. Dia belum menjamah apa-apa sejak dari pagi tadi. Selalunya Restoran Hamidah ini yang menjadi sasarannya untuk mengisi perutnya. Tengah hari dia akan makan di sini, selesai makan dia akan lepak di pusat snuker sampai ke lewat malam barulah dia pulang ke rumah.  Itu yang dia lakukan sejak dibuang sekolah seminggu yang lepas. Dia tidak boleh berada di rumah kerana mama dan abah selalu menegur dan memarahinya. Itu yang paling Damia Azra tidak suka. Benci..,

Pukul dua pagi Damia Azra pulang ke rumah. Lampu rumah sudah lama dipadamkan. Damia Azra tahu waktu ini tentu semua orang sudah menglelapkan mata. Sudah bermimpi berada di syurga barangkali. Damia Azra masuk ke rumah melalui tingkap, bukan melalui pintu. Damia Azra tahu pintu utama sudah dikunci rapat oleh abah, mana mungkin dia mahu mengetuk pintu itu lalu membiarkan mama dan abah membuka dan lantas memarahinya. Itu cari pasal namanya.
“Baru balik anak bertuah ni,” tegur Dr. Shahrini sambil menekan suis lampu ruang rumah. Rumah yang gelap menjadi terang benderang.
“Mama tak tidur lagi?” soal Damia Azra tidak hairan pun dengan pandangan mata mamanya yang tajam menikam ke anak mata.  Derapan kaki abah yang turun meniti satu persatu anak tangga membuatkan hati Damia Azra sedikit kecut. Abah bersikap garang dengannya. Tidak pernah memberi muka kepadanya apatah lagi secebis kasih sayang. Abah sebenarnya adalah bapa tirinya. Mama berkawin dengan abah iaitu Dr. Lukman, lelaki duda beranak satu. Manakala mama adalah janda anak satu iaitu dirinya.  Namapun anak tiri tentu tidak seperti anak sendiri.
“Mama tunggu Mia..., “ jawab mama terang tetapi mama tidak menyambungnya kerana abah sudah berdiri di belakang mama.
“Nak jadi apa denga Mia ni? Lewat malam macam ni baru balik. Awak tu perempuan bukan lelaki lah. Mia suka lawan cakap orang, sudah lah degil, bantah pula tu!” marah abah. Geramnya dengan anak gadis ini. Penat dan lelah kerana Damia Azra tidak seperti anak kandungnya Zana, senang ditegur dan diberi nasihat. Malah mendengar cakap orang tua. Berbeza dengan Damia Azra yang kaki lawan.
“Abah tak usah peduli tentang hal kehidupan Mia. Lagi pun antara kita tidak ada kena mengena. Abah jaga anak-anak abah sudah lah. Tentang hal Mia biar Mia yang uruskan!”  balas Damia Azra. Pandai lah aku nak uruskan hidup aku sendiri.  Aku nak jadi apa aku punya pasal.
“Mia anak abah tau tak?” semakin marah Dr. Lukman dibuatnya. Anak ini saja yang berani melawan cakapnya. Zana, Amirul dan Amir tidak seberani ini. Anak-anaknya semua mendengar kata tetapi tidak bagi diri Damia Azra.
“Anak tiri abah itu hakikatnya!” pintas Damia Azra mahu menyedarkan Dr. Lukman ke alam nyata. Kebenaran tetap kebenaran lah. Itu yang tidak boleh dinafikan.
“Memang lah anak tiri abah tetapi abah sayang Mia macam anak sendiri, tahu tak?” marah Dr. Lukman semakin menjadi-jadi. Geramnya melihat mulut munggil itu melawan cakapnya. Tampar? Pukul?? Sudah jemu  untuk memukul dan menampar Damia Azra Azra, anak tirinya ini. Pukul pun dia yang sakit hati, marah pun dia yang lebih merana. Damia Azra tetap tidak berubah dan makan nasihat.
“Abah tipu.. mama pun tipu!” jerit Damia Azra berlari masuk ke dalam bilik. Sayang apanya kalau hari-hari kena marah.
“Abang ni nasihat lah elok-elok, bukannya marah Mia macam selalu. Mia tu tertekan lah kalau kita terus macam ni!” terdengar suara mama menegur abah kerana memarahi Damia Azra sebentar tadi. Damia Azra tersenyum senang hati mendengar pertengkaran orang tuanya. Biarkan mereka bergaduh, bisik hatinya.  Tanpa menyalin pakaian, Damia Azra terus membaringkan diri di atas katil sambil memasang telinga mendengar pergaduhan mama dan abah.
“Nak tegur macam mana lagi? Anak awak tu marah pun macam tu lah, pukul pun macam tu lah, tak pernah mahu berubah pun,”  ujar Dr. Lukman. Aku kah yang bersalah dalam hal ini, sayangkan anak-anak lain melebihi Damia Azra. Apa salah Damia  Azra kepadaku? Sukarnya untuk menyayangi Damia Azra yang terlalu nakal itu. Ada saja perbuatan Damia Azra yang boleh membangkitkan kemarahanku kepadanya.
“Abang pilih kasih sebenarnya. Saya tahu lah hati abang tu!”
“Damia Azra tu ikut perangai bapa kandungnya, bapa borek anak rintik..,”  tutur kata Dr Lukman membuatkan hati mama sedikit terluka. Kenapa orang asyik samakan Damia Azra dengan bapanya? Kasihan Damia Azra, keluh mama di dalam hati.
Hmm, itu lah kenyataan. Baik ke, jahat ke, semua orang tetap samakan aku dengan papa. Kerana papa orang menghukum aku yang menjadi anaknya. Papa jahat, sebab itu Damia Azra terlampau bencikan papa yang menyebabkan hidupnya jadi begini. Damia Azra tak akan maafkan papa sampai bila-bila, sampai ke akhir hayat papa sekalipun.

Damia Azra memejamkan matanya rapat-rapat, namun semuanya tetap jelas di dalam ingatan. Damia Azra masih ingat kejadian itu. Waktu itu Damia Azra baru berumur lima tahun tetapi apa yang berlaku ke atas papa Damia Azra tidak pernah lupa sampai bila-bila. Semuanya tetap jelas di kotak fikiran Damia Azra.  Papa membunuh bekas kekasihnya di dalam bilik di sebuah hotel terkemuka.  Papa ditemui oleh pihak polis yang sedang tidak sedarkan diri bersama mayat seorang perempuan di sebelahnya. Di tangan papa ada sebilah pisau yang digunakan papa untuk menikam perempuan tersebut.

Papa ditangkap polis dan hal ini mendapat liputan media secara meluas. Dalam tv, dalam surat khabar semuanya menceritakan akan hal pembunuhan ini, termasuklah tentang dirinya. Damia Azra binti Datuk Mohsin, si kecil berumur 5 tahun yang sedang menangis itu turut menjadi bahan berita, bahan cerita. Beruntungnya mama kerana mama sedang belajar di luar negara, dan tidak ada sesiapa pun yang tahu Dr. Shahrini adalah bekas isteri papa sehinggalah sekarang. Orang hanya tahu Dr. Shahrini adalah isteri Dr. Lukman yang terkenal dan berjaya di Malaysia ini, bukannya bekas isteri kepada Datuk Mohsin yang menjadi pembunuh itu.

“Ah, pergi mampus dengan semua itu, aku nak tidur!” pekik Damia Azra sambil menarik kain selimutnya.  

 

1 ulasan:

  1. ermmm....best jln citenya ni.... baru berkesempatan nak baca....

    BalasPadam