Isnin, 27 Ogos 2012

DENDAM YANG TERINDAH (6)


DAMIA TERPAKSA MENCELAH untuk masuk ke dalam rumah kerana kerja-kerja mengangkut perabut baru sedang dijalankan. Perabut lama digantikan dengan perabut baru. Dari ruang tamu, dapur, meja makan sehinggalah ke dalam bilik Zana, semuanya sudah bertukar baru. Begitu juga dengan bilik tidur mama dan abah, juga ditukar dengan perabut baru. Hanya biliknya tidak pernah bertukar walaupun sekali. Kalau bertukar pun semuanya atas wang pendapatan Damia sendiri.
“Bik!”
“Non nak air ke?”
“Tak usah Bik, saya dah kenyang!” ujar Damia Azra melihat mama dan abah sibuk memberi arahan kepada dua orang pekerja yang datang menghantar perabut-perabut baru.
“Malam nanti saya hantar makan malam ke bilik Mia macam selalu yer!”
“Nasi goreng cukuplah yer!”arahnya. Damia Azra makan di dalam bilik sejak dari dulu. Susah hendak makan semeja dengan abah dan mama. Nanti Zana balik lagilah susah. Macam mana dengan Zana? Masih seperti dulukah? Masih membenci dirinya ini? Susah-susah sangat aku pindah saja dari rumah ini. Habis cerita. Andainya itu adalah pilihan yang terakhir dia terpaksa mengalah, dia rela berkorban demi kebahagiaan Zana dan mama sekeluarga.  Damia tidak mahu kerana Damia, keluarga mama kecoh seperti zaman Damia remaja dulu. Bergaduh dan bertengkar kerana hal remeh dan temeh.
Telefon bimbitnya berbunyi kala dia sedang mendaki anak tangga. Siapa pula ni? Selalunya kalau waktu begini Mr Chong yang menelefonnya kerana suruh datang kerja lebih masa atau pun mengantikan staf yang cuti kecemasan. Cepat Damia mengangkat tanpa memandang nombor yang naik atas skrin telefon nokia N7 kepunyaannya.
“Mia dah sampai kat rumah?” soal suara yang luar biasa. Tidak pernah dengar pun suara lelaki ini sebelum ini.
“Siapa?”
“Fayyad!”
“Dari mana ambil nombor telefon saya?”
“Dari bos awak lah siapa lagi!”
“Mr.Chong!”
“Betul lah sayang ooi!” Jawapan ini benar-benar membuatkan hati Damia tersentak. Bagaimana lah Mr. Chong boleh beri nombor telefon pekerjanya kepada orang asing. Sudah menyalahi etika pekerjaan. Semua nombor telefon pekerja adalah sulit dan rahsia, bukannya boleh diberikan kepada sesiapa saja.  Ayat apakah yang digunakan oleh Tengku Fayyad  kepada Mr. Chong sehingga membolehkan Mr. Chong memberikan nombornya ini.
“Kenapa call saya, saya nak solat lah!” dalih Damia. Sebentar lagi akan kedengaran azan mahgrib di surau yang berdekatan.
“Rindu kat awak Mia!” jujur jawapan yang muncul di bibir Tengku Fayyad. Dia sudah tidak boleh berjauhan dengan Damia lagi. Setiap saat wajah Damia berlegar di ruang matanya.  Setiap detik hanya Damia saja bermain di ingatannya.
“Hehehe!” ketawa Damia membuatkan Tengku Fayyad senang hati.
“Jangan ketawakan orang, nanti bila awak terkena dengan panahan asmara ni baru awak tahu macam mana perasaan saya kat awak!”
“Tetapi saya tidak akan jatuh cinta kepada Tengku Fayyad!”
“Mia, panggil Fayyad sudah lah. Tengku, tengku tak tak best lah!”
‘Okeylah, saya nak mandi  dan nak solat!” Damia segara mematikan talian telefon lalu dilemparkan di atas katil. Diletakkan tas tangan lalu dia segera merebahkan badannya di atas katil.  Belum sampai lima minit Damia sudah terlelap. Sembahyang ke mana, mandi ke mana. Damia bukannya rajin solat. Dalam sehari hanya dua waktu saja, kadang-kadang tiga waktu saja ditunaikan. Dalam sehari tidak pernah cukup lima waktu pun. Paling malas hendak solat, adalah solat subuh dan solat mahgrib, selalu tercicir. Di tempat kerja pun tidak pernah solat. Oleh kerana itulah solatnya tidak pernah mencukupi. Bab-bab agama dan rumahtangga semuanya Damia gagal. Macam mana lah hendak kahwin kalau begini.

Pukul 10.00 malam barulah dia terjaga. Celik saja mata semuanya sudah tersedia di atas meja kecilnya. Nasi goreng bersama jus apple kesukaannya sudah disediakan oleh Bibik Indah. Hendak makan dulu ataupun mandi terlebih dahulu. Mandi lah, nanti baru makan. Baju-baju yang dipakai dimasukkan ke dalam bakul, nanti Bibik Indah yang akan mengambil dan membasuhnya. Tidak perlu bimbang akan hal Itu. Ah, kalau keluar rumah kena ambil pembantu rumah juga, kerana aku tak mahu lakukan kerja-kerja remeh temeh ini. Boring dan malas.

Sambil makan dia menonton tv, tiada gambar yang menarik malam ini. Setiap hari selepas waktu kerja, Damia akan mengurungkan diri di dalam biliknya. Inilah dunianya. Dia juga tidak pernah ambil pusing hal keluarga mama dan abah. Hendak buat apa buatlah. Tukar perabut ke, makan malam ke, Damia tidak mahu masuk campur. Itu urusan mereka. Sebagaimana mama tidak pernah mencampuri urusan dirinya, begitu juga lah dengan dia yang tidak pernah memberi pendapat atau pun pandangan di dalam kehidupan orang lain.

Mesej N7 sudah beberapa kali berbunyi. Kelly ni hendak apa malam ini? Hendak jemput aku makan malam bersama ahli keluarganya kut. Dicapai telefon di sebelah kirinya tetapi bukan Kelly, Tengku Fayyad. Bukan satu mesej, tetapi sepuluh mesej. Aduss, boring tahap gaban dah kalau macam ini. Dibuka lalu dibacanya satu persatu tetapi tidak satu pun dibalasnya. Menganggu betul lah Tengku Fayyad ini, orang tak suka, tak faham ke? Geram dengan tindakan Tengku Fayyad, Damia terus padamkan telefonnya. Di buang bateri lalu dia menutup tv. Tidur lagi baik.
“Mia, angkat telefon. Ada orang cari!” beritahu Bibik Indah dari tingkat bawah. Tersedak Damia mendengarnya. Ini kali pertama ada orang menelefonnya menggunakan telefon rumah.
“Siapa, bik?”
“Buah hati Mia katanya!””
“Siapa?”
“Tengku Fayyad!”
“Hahhhhh?” nombor telefon rumah pun ambil juga ke? Harulah macam ini. Segera gagang telefon di angkatnya.
“Hello!”
“Mia, kenapa off handset?” soal Tengku Fayyad. Telefon aku gara-gara itu saja. Tak ada kerja lain ke?
“Awak, kita cakap lain kali yer,” jawab Damia. Telefon dipasang di setiap bilik penghuni rumah ini dan mempunyai nombor yang sama. Boleh pasang telinga untuk mendengar setiap perbualan yang dibualkan di talian. Kalau Amir atau Amirul yang mengangkatnya macam mana yer? Gempar lah satu rumah.
“Tapi kenapa Mia? Awak sudah berjanji hendak berkawan dengan saya?” ugut Tengku Fayyad.
“Tengku Fayyad  call handset saya yer, saya on handset. Beri saya dua minit!”
“Okey!” Dari membiarkan orang rumah ini mendengar perbualan aku lebih baik aku hidupkan kembali telefon bimbitku tadi.

Tidak sampai seminit telefonnya dihidupkan, terus berbunyi. Cepat sungguh Tengku Fayyad.
“Kenapa tak balas sms saya?”
“Tidur tadi!”
“Baru pukul 8.00 dah tidur, nie sembahyang ke tak ni?”  uji Tengku Fayyad. Mesej pertama dari Tengku Fayyad adalah pukul 7.30 malam.  Ketika aku sedang bermimpi.
“Orang sembahyanglah, pastu terus tidur!”
“Awalnya tidur. Mia, saya jemput Mia keluar malam ni nak tak? Sekarang tak pukul 11.00 lagikan?” pinta Tengku Fayyad. Haaiii, mula-mula telefon selepas itu hendak ajak keluar malam pula. Apa alasan aku yer?
“Mama dan abah tak benarkan Mia keluar malam lah,” bohong Damia. Hendak tergelak pun ada kerana memberi alasan yang tidak serupa bikin saja.
“Saya minta izin lah dari mama dan abah awak. Bukan saya hendak bawa awak lari pun!” yakin Tengku Fayyad. Kecut perut Damia tiba-tiba. Terasa senak sangat waktu ini. Buatnya Tengku Fayyad betul-betul datang ke rumah, lagilah gamat jawabnya.
“Jangan lah datang ke rumah, saya takut mama marah nanti!” ucap Damia perlahan memohon pengertian dari Tengku Fayyad.
“Okey, tetapi dengan satu syarat!”
“Syarat apanya?”
“Kalau lah Mia tak mahu saya datang ke rumah jumpa mama dan abah Mia, Mia kena ikut segala kemahuan saya..,”
“Hahhh.. Tengku Fayyad ini gila saya rasa..,”
“Saya gilakan awak. Dah banyak kali saya cakap tentang ini, awak yang tak faham atau buat-buat tak faham,”  
“Apa syarat awak?”
“Terima saya sebagai kekasih awak. Itu saja. Selesai semua masalah!”
“Tak usah bermimpi,”
“Okey, saya datang rumah awak lima minit dari sekarang!”
“Jangan...,”
“Terserah kat awak!”
“Hmm..,”

Aku hari ini hidup dalam kelaparan saja lah jawabnya. Tengah hari tidak makan, malam pun tidak makan. Asyik diganggu oleh Tengku Fayyad saja. Hendak makan pun susah. Kalau lah hidup aku berterusan begini, kurus kering lah aku.  Nasi goreng tidak habis. Minuman saja mampu di habiskan. Hatinya berdebar dengan kemahuan Tengku Fayyad sebentar tadi.
“Okeylah saya terima tetapi dengan satu syarat,” balas Damia pula. Aku pun nak pakai syarat juga lah.
“Apa?”
“Tak perlulah sms saya seperti malam ini, kalau nak biarkan saya yang sms atau call Tengku Fayyad!”
“Jangan panggil Tengku, panggil Fayyad cukuplah. Hendak senang panggil abang!”
“Fayyad sudahlah! Abang tu gelaran untuk seorang suami saya!”
“Okey, saya setuju!”

Tidak tahu dia menerima permintaan Tengku Fayyad berdasarkan apa? Cinta? Jauh sekali lah. Terpaksa sebenarnya. Sudah sebulan Tengku Fayyad menjadi penunggu setianya sehinggakan semua orang di Jusco tahu Tengku Fayyad ada hati kepadanya. Hari ini terpaksa dibuka pintu sejarah di dalam kehidupannya kerana terpaksa menerima permohonan Tengku Fayyad yang tidak masuk akal itu.  Untuk apa lah aku bercinta sedangkan sudah terang lagi bersuluh, percintaan ini tidak akan sampai ke mana.  Nantilah, suatu hari nanti aku akan beritahu kepada Tengku Fayyad yang aku tidak layak menerima cintanya. Kerana kedudukan kita terlalu jauh perbezaannya.
“Bik!” jeritnya nyaring!
“Ada apa Mia?”
“Angkat pinggan dan gelas ni. Lepas itu iron baju saya. Saya nak tidur lah!”
“Baik, Mia!”

Tidak mahu memikirkan hal Tengku Fayyad kerana waktu begini dia sudah lama menglelapkan matanya. Sebenarnya tidak ada teman untuk berbual seperti orang lain membuatkan Damia kesepian. Malam-malam begini orang sedang menonton tv bersama keluarga masing-masing tetapi berbeza dengan Damia yang tidak diberi kesempatan untuk itu. Sejak dari kecil lagi dia sudah disisihkan untuk merasai nikmat keluarga seperti orang lain.  Mama atau abah tidak pernah mengajaknya menonton tv bersama. Makan semeja pun mama dan abah tidak pernah mempelawanya walaupun sekali.

Siapa cakap Mia tidak sunyi malam-malam begini? Sunyi dan sepi itu sudah lama bersarang di dalam dada Mia. Tetapi Mia belajar untuk menyembunyikan perasaan sunyi dan sepi itu di dalam badan Mia sendiri. Biarlah Mia menanggungnya seorang diri. Sebenarnya peristiwa Mia tinggal di dalam lokap sudah mempengaruhi kehidupan Mia. Hidup Mia sudah banyak yang berubah tetapi mama tidak sedar akan hal itu.

Mia perlukan teman untuk berbicara kala malam menjelma tetapi tidak ada yang sudi. Kalau ada masalah pun Mia kena selesaikan sendiri. Mia tiada tempat untuk mengongsi perasaan. Tiada tempat untuk meluahkan isi hati sendiri, jadi Mia terpaksa menanggung sendiri.  Tetapi berbeza dengan Zana, si kakak tirinya itu. Tepat pukul 12.00 malam dan setiap malam, mama dan abah akan menelefon bertanya khabar tentang diri Zana yang jauh di rantau orang. Ada ketika Mia mencuri mendengar perbualan antara Mama dan Zana. Bahagianya mereka, Mia cukup sedar akan hal itu.

Nasib anak pembunuh tidak sama dengan nasib anak seorang doktor.  Anak doktor orang semua sanjung, orang semua puji, tetapi berbeza dengan anak pembunuh yang dibenci orang. Kena hina, kena keji itu adalah perkara biasa. Hal ini yang Tengku Fayyad tidak tahu. Nanti, nantilah, masa masih panjang, semua ini akan terbongkar juga nanti.

Tidur semalam tidak senyenyak seperti malam-malam sebelumnya. Ketenangan di hati mula diganggu. Entah lah, perasaan apa yang bersarang di nalurinya sehinggakan membuatkan dia tidak senang tidur malam ini. Sudah beberapa kali dia terjaga dan ke bilik air kerana rasa seperti senak perut saja. Perbualan dan sikap Tengku Fayyad menganggu tidurnya. Takut dan cemas. Bimbang dan ragu. Semua perasaan ada.

Tidak mahunya aku diganggu perasaan sebegini. Tidak sukaaa..., Berontak Damia sambil melontarkan batalnya ke tepi dinding. Mujurlah semua orang sudah terlena. Kalau tidak tentu mama dan abah hairan. Apa yang tidak kena kepadanya?

Aku ini semakin banyak masalah rasanya. Tidak lama lagi Zana mahu pulang. Aku dengan Zana sudahlah tidak sehaluan. Macam manalah kami hendak tinggal bersama-sama nanti.  Itu satu hal. Di tambah pula dengan Tengku Fayyad yang asyik mengangguku di tempat kerja, dan sudah sampai ke rumah. Ini lagilah menyusahkan. Mestikah aku berhenti kerja dan berpindah saja dari bumi penuh sejarah ini? Tetapi mahu ke mana? Pulang ke utara dan tinggal dengan papa? Begitu?

Muka papa pun tidak sanggup aku melihatnya apa tah lagi untuk tinggal dengan papa. Papa sudah setahun di bebaskan tetapi Damia belum pernah sekali pun berjumpa dengan papa. Sewaktu papa di penjara pun Damia tidak pernah menjenguk papa walaupun papa mahu berjumpa dengannya. Untuk apa berjumpa dengan papa sedangkan kerana papa lah kehidupan aku musnah dan hancur. Kebenciaan kepada papa tidak pun surut, malah makin bercambah. Habis kalau bukan pulang tinggal dengan papa, ke mana aku mahu pergi?

Hendak menangis pun aku sudah tidak pandai menangis, wal hal susahnya hati aku malam ini. Masa papa kena tangkap dulu aku menangis sehingga kehabisan air mata. Sedihnya waktu itu kerana papa di tangkap polis sedangkan mama jauh di United kingdom sambung belajar. Aku kena tanggung seorang diri dan kesedihan itu membuatkan aku separuh mati.

Aku susah hati kerana Zana hendak pulang. Kalau Zana ada bagaimana dengan nasib aku sedangkan aku sudah tidak kuat untuk menghadapi penghinaan dari Zana lagi. Sekarang sudah lah tersisih, ada Zana lagilah aku tersisih.
“Kahwin saja dengan Tengku Fayyad, Mia!”
“Tengku Fayyad tu bersungguh kah hendak kan aku? Lagi pun dia tidak tahu aku nie anak siapa?”
“Kalau Tengku Fayyad mahu pun, keluarga Tengku Fayyad mesti tak suka!”
“Aduss, tempah penyakit semua ini!”

Damia bermonolog sendiri di dalam hati sambil memikirkan masa hadapannya. Orang seperti aku ini tidak layakkah mempunyai masa hadapan? Sejak dari dulu aku tidak mempunyai masa hadapan sampai sekarang pun begitu jugak kah? Teruk sangat kah aku ini sehingga tidak layak mempunyai masa hadapan? Tidak layak untuk bercinta dan mempunyai keluarga?

Siapa lah yang hendakkan anak pembunuh seperti aku ini?

2 ulasan: