Isnin, 27 Ogos 2012

DENDAM YANG TERINDAH (8)



TENGKU FAYYAD DATANG MENJEMPUTNYA SE AWAL PAGI. Seperti hari semalam kerana kereta Damia Azra masih belum dihantar kepadanya. Tukar tayar sampai sehari semalam? Mekanik manalah yang Tengku Fayyad pilih nih sampai tak siap-siap kereta aku? Atau kereta aku yang kecil itu sudah dibuang ke dalam sungai barangkali.
“Mana kereta Mia?” soal Damia Azra sambil menarik tali pinggang. Tengku Fayyad tersenyum sinis. Semalam puas juga lah berbalas sms dengan Damia Azra. Sehingga pukul 2.00 pagi baru berhenti dan terus tidur.
“Tak ada kereta pun tak mengapalah, saya kan ada. Buat apa lah risaukan kereta awak tu!”
“Ada kereta senang sikit. Fayyad tak perlu jemput saya lagi!” kata Damia Azra. Tidak mahu lah menumpang Tengku Fayyad setiap hari. Macam-macam perasaan takut ada kala ini. Takut diumpat orang lah, takut diperlakukan seperti semalam dan berbagai perasaan lagi.
“Mia tak percaya kan saya?”
“Memang pun tak percayakan Fayyad. Buatnya seperti semalam, haru saya!”
“Hahaha, saya janji saya tak akan ulang perbuatan buruk saya tu!”  janji Tengku Fayyad. Boleh percaya ke janji kau ni? Kau tipu aku, kau siaplah!
“Okey, tolong jaga tingkah laku yer!”
“Mia ni nampak saja macam ni, tapi boleh tahan juga lah!”
“Maksud Fayyad?”
“Tak pakai tudung tapi nak sentuh pun tak boleh!”
“Hahaha, ingat saya ni apa? Walaupun saya tak pakai tudung tapi saya tahu batasan saya sebagai seorang islam lah!”  balas Damia Azra Azra. Hmm, sembahyang pun tak pernah cukup macam mana lah hendak pakai tudung? Nanti aurat tutup tapi benda yang wajib tak ditunaikan juga. Lagilah nampak aku berpura-pura.
“Saya suka perempuan seperti ini, sebab tu saya semakin sayangkan Mia!”
“Kalau sayangkan saya tolong pegang amanah saya!”  ucap Damia Azra Azra. Tengku Fayyad mengangguk.

Sememangnya Damia Azra tidak boleh melarikan diri dari Tengku Fayyad lagi. Tengah hari lelaki itu sudah pun menunggunya untuk makan bersama-sama. Bukan sekadar datang kerja di jemput, balik pun dijemput juga.  Berat rasa hati Damia Azra Azra untuk menerima kebaikan dari Tengku Fayyad tetapi dia tidak boleh mengelak lagi. Andainya dia mahu mengelak, hanya ada satu cara saja yang ada, iaitu dengan meninggalkan bandar Melaka ini. Pergi jauh dari sini. Jauh dari gangguan Tengku Fayyad terhadap dirinya.  Selagi Damia Azra berada di sini, selagi itulah Damia Azra tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan Tengku Fayyad.
“Kereta kau tak siap lagi ke?” soal Munishwary ketika pelanggan tiada. Nampak Damia Azra tidak sibuk barulah dia mencelah masuk ke kaunter bayaran.
“Tayar pancit semalam. Fayyad dah hantar bengkel tetapi tak siap pun lagi!”
“Hehehehe..,”
“Kenapa kau ketawa pulak ni?”
“Ganti tayar pancit bukannya lama pun, kalau dah sampai dua hari ajaib lah pula!”
“Aku tahu lah, ini mesti plan Fayyad, tetapi kau fahamlah Fayyad tu macam mana?”
“Tahu, selagi tak dapat selagi itu lah dia akan berusaha sampai dapat. Tak kenal erti putus asa!”
“Hah, bijak pun!” Harap-harap Fayyad boleh membawanya petang nanti untuk pergi mengambil keretanya. Senang sikit dari menumpang kereta orang. Sudah lah kereta mewah, yang memandunya pula bukan anak sebarangan orang, berdarah bangsawan pula tu. Aku ini tidak layak langsung dengan Tengku Fayyad.

Bertugas di kaunter bayaran memaksa Damia Azra berhadapan dengan ramai orang. Perlu banyak bersabar untuk melayan karenah pelbagai orang. Ada saja yang menguji Damia Azra. Ada yang jenis tidak sabar dan cepat naik angin. Ada yang tergesa-gesa dan sombong.  Paling ramai yang datang adalah untuk berkenalan dengannya. Mengambil kesempatan untuk berbual dengannya pun ada. Tetapi semua ini tidak menjadi satu persoalan yang besar untuk dirinya. Sudah menjadi satu kebiasaan kepada diri Damia Azra.
“Hilang lah seorang pekerja saya yang baik dan bagus bila Mia kahwin nanti,” gurau Mr. Chong yang menghampiri Damia Azra. Darren turut berada bersama Mr. Chong. Baru sudah jumpa pembekal sekejap tadi.
“Siapalah yang hendak kahwin dengan saya ini, Mr. Chong?” balas Damia Azra sambil tersenyum. Bos pun sudah pandai bergosip tentang anak buah sendiri. Tentu kerja Tengku Fayyad.
“Tengku Fayyad sudah beritahu saya Mia. Dia nak kahwin dengan awak secepat mungkin. Sudah tak sanggup berjauhan dengan awak katanya. Beritahu dia lagi, dia hendak awak berhenti bila awak kahwin kelak!”  terang Mr. Chong. Belum apa-apa lagi sudah sampai ke sini. Aku tidak bersedia untuk berkahwin lagi lah.  Banyak masalah sekarang.
“Tengku Fayyad bergurau saja tu!” alasan Damia Azra. Macam mana hendak halang Tengku Fayyad dari bercakap hal kahwin-kahwin  kepada orang ramai. Malu lah. Belum apa-apa sudah bercakap hal kahwin.
“Tetapi saya nampak dia bersungguh, Mia!”  yakin Mr. Chong.
“Kita buat sekali majlis kahwin kita Mia. You dengan Tengku Fayyad. I dengan Kelly, okey tak?” sampuk Darren Lee yang berdiri sebelah Mr. Chong sejak dari tadi.
“Munish, kau nak buat majlis sekali dengan aku tak?” soal Damia Azra kepada Munishwary.
“Serius lah Mia!” marah Darren Lee apabila melihat Damia Azra main-main dengan cadangannya.
“Aku lambat lagi lah Mia. Karan masih bekerja di Singapura. Setahun lagi baru habis kontraknya di sana. Kau dengan Kelly kahwin lah dulu!” tolak Munishwary. Betul bendul sungguhlah kawan aku yang seorang ini. Orang main-main pun percaya.
“Kita kahwin dulu Mia, pakai jadilah!” sambung Darren sambil berjalan masuk ke dalam pejabatnya. Kenapa semua orang cakap hal ini? Hal yang aku tidak suka pula tu. Aku tak boleh kahwin lah. Aku ada banyak masalah yang kau orang tidak tahu.

Tengku Fayyad ini bersungguh ke hendak kat aku. Atau main-main? Cinta orang kaya ni boleh diterima pakai ke? Hari ini bercinta dengan aku separuh mati, esok jumpa yang lain, cinta ke mana, aku pula ke mana? Lagi pun aku tidak mahu berkahwin dengan anak orang kaya seperti Tengku Fayyad tu, takut jadi macam cerita Tentang Dhia pula nanti. Cinta tanpa restu. Sampai Dhia mati pun mak mentuanya itu tak merestuinya. Kasihan kan orang seperti Dhia, sedangkan Dhia adalah seorang insan yang baik. Amat baik. Andainya hendak dibandingkan dengan aku, jauh panggang dari apa lah.

Kau tahu mana, cinta kau tidak direstui, Mia? Ah, siapa hendak menantu macam aku. Ilmu tak ada, saudara mara pun tak  hingin dengan aku ini? Andainya saudara mara sendiri pun tak suka, orang lain yang bertaraf begitu suka ke? Kalau suka tu bertuah lah badan.
‘Kenapa?”
“Apa?”
“Termenung saja dari tadi!”
“Awak suruh mekanik hantar kereta saya petang nanti yer, senang sikit!”
“Insya Allah!”
“Hantarlah. Saya ni sebab tak tahu saja kereta saya ada di mana, kalau tidak memang dah saya pergi ambil!”
“Susah hati pasal kereta tu sampai tak boleh bercakap. Ajaib sungguh awak!”

Damia Azra merenung wajah Tengku Fayyad. Boleh kah dia menjadi suami aku ni? Rasa macam tak boleh saja. Tidak tergamaknya aku hendak menghancurkan anak orang. Kahwin dengan aku tidak pasal dapat status menantu bekas pembunuh. Bolehkah Tengku Fayyad menanggung semua itu?
“Tahu saya segak, tak usah renung saya lama-lama okey!” gurau Tengku Fayyad membuatkan Damia Azra ketawa. Tidak boleh dinafikan tentang itu. Semua orang tahu Tengku Fayyad segak. Orang kaya make up sikit pun sudah nampak bergaya. Nampak segak! Kalau orang miskin, pakai selekeh lagi miskin lah.
“Fayyad ni betul-betul nak kat saya ke? Atau pun nak mainkan perasaan saya saja!” tanya Damia Azra. Kalau main pun tak mengapa lah,  jangan bersungguh. Aku tak sanggup melawan badai. Sudah elok hidup begini tiba-tiba nak lawan taufan tsunami pula. Aku bukannya kuat semangat, kuat iman pun. Kena air sungai pun sudah lemas.
“Awak nampak saya ni nak mainkan awak ke?” marah Tengku Fayyad. Kalau aku nak mainkan kau, aku tak jadi pak pacak depan Jusco lah. Aku sudah ketepikan ego dan maruah diri semata-mata kau, Damia Azra.
“Saya nih macam tak percaya saja dengan apa yang berlaku. Sekarang pun berada kat kereta awak, seumpama mimpi saja!” terang Damia Azra. Sejak dari kecil dia lebih senang berterus terang dari menyimpan perasaan. Dengan mama pun dia lebih suka bercakap perkara yang sebenar biar pun pahit.
“Ini kenyataan lah Mia. Awak cakaplah dengan mama dan abah awak, minggu depan saya nak bawa keluarga saya jumpa dengan keluarga awak!”
“Minggu depan? Bukan lambat lagi ke? Sebulan pun tak sampai lagi, dah nak jumpa mama dengan abah saya!”
“Kalau begitu saya bawa awak jumpa keluarga saya minggu depan. Nak tak?”
“Lagilah tak mahu,”
“Kenapa? Awak tak nak kahwin ke? Awak pernah frust ke?” Aduh, apa punya soalan ini?  Aku sudah ketar perut mendengar soalan yang macam-macam dari dia, boleh pula dia tanya aku pernah frust atau tidak?
“Beri lah saya masa, lagi pun mama dah abah saya sibuk minggu nih. Kakak saya nak balik dari Australia minggu nih!”  beritahu Damia Azra. Hari ini sudah ahad. Tinggal dua hari lagi Zana mahu pulang ke sini. Petang nanti nenek sebelah abah dan mama akan sampai. Abah dan mama sudah pergi menjemput mereka barangkali.
“Awak ada kakak?”
“Ada seorang kakak dan adik kembar lelaki. Awak?”
“Saya ada abang seorang saja. Tetapi abang saya tu menetap di Langkawi. Sebulan sekali baru balik jenguk syarikat papa di sini!”
“Ooo, kahwin dengan orang Langkawi kut!”
“Abang saya tu bujang lagi lah. Rasanya saya kahwin dulu dari abang, sebab abang dari sekarang, tak ada calon pun lagi!”
“Hmm...,” orang kaya selalunya anak tak ramai. Dua beradik saja. Lelaki pula. Hai, boleh ke aku hidup dengan keluarga dia? Perkahwinan bukan antara aku dan dia, tetapi antara keluarga aku dan keluarga dia.
“Nanti saya bawa awak jumpa dengan abang saya bila dia balik ke sini. Mahu?”
“Tengok keadaan lah!”
“Esok saya tak boleh jemput awak, sebab saya ada kerja di Johor. Dalam tiga hari saya ke sana. Nanti saya suruh drebar saya ambil dan hantar awak yer!” beritahu Tengku Fayyad. Damia Azra tersenyum panjang. Leganya. Aku boleh bebas dalam tiga hari ini. Pergilah lama sedikit, baru best!
“Hantar lah kereta saya tu, saya boleh pandu sendiri!”
“Saya tak suka bakal isteri saya bawa kereta sendiri lah!”
“Kenapa? Lagi pun kita masih belum berkahwin kan?”
“Awak kena belajar jadi isteri orang kaya lah, Mia.  Kalau boleh saya tak nak awak kerja lagi di Jusco tu!”
“Hahhhhh...,”  melopong mulut Damia Azra mendengar. Aku kena belajar jadi isteri orang kaya. Apa yang Tengku Fayyad merapu nih. Aku hendak jadi aku lah. Bukan hendak jadi orang lain pun. Belum berkahwin lagi sudah dikawal, macam mana lah bila sudah berkahwin betul-betul nanti. Huwaaaa..
“Ada ke pula isteri saya nak kerja di Jusco tu, mana boleh Mia!”
“Kalau gitu, Fayyad kena kahwin lah dengan anak orang kaya juga. Habis cerita!”

Pintu kereta di hempas kuat. Tanda protes dan tidak puas hati. Bercinta dengan Damia Azra ini kena belajar banyak bersabar. Kalau tidak bersabar, hari-hari bergaduh. Mama tidak tahu lagi aku bercinta dengan Damia Azra, rasanya mama bukan masalah, yang masalah ada lah abang aku, Tengku Farel Hakimi. Kalau abang suka, mama dan papa mesti suka. Sebab semua orang turut cakap abang.

Damia Azra mengalih ke arah kereta Tengku Fayyad yang tidak bergerak. Kenapa pula ni, aku dah nak sampai ke rumah pun. Kenapa tak pergi lagi? Damia Azra berpatah lagi lalu mengetuk cermin kereta Tengku Fayyad. Lelaki itu menurunkan cermin kereta lalu tersengih memandang Damia Azra .
“Kenapa tak balik lagi?”
“Nak tengok awak lah!”
“Hari-hari boleh tengok kan!”
“Tapi saya kan nak ke Johor selama tiga hari, rindu nanti!”
“Tiga hari bukan tiga tahun pun. Apa lah awak nih,”
“Mia, I love you!” ucapnya. Mudah sangat muncul dari bibir Tengku Fayyad.  Cinta tipu ke cinta sungguh ni? Macam tak percaya bila mudah dipertuturkan.
Damia Azra tersenyum senang hati. Hati aku tiada sesiapa pun yang tahu. Aku senyum kerana sembunyikan kedukaan di dalam hati. Aku gembira kerana tidak mahu orang lain bersedih hati melihat aku yang sengsara. Benarkah hati aku bahagia kerana ucapan cinta Tengku Fayyad? Soal Damia Azra kepada diri sendiri.

Rumah sudah mula riuh. Ada dua orang nenek yang sedang berbual dengan mama dan abah. Nenek Wan sebelah abah, dan nenek aku sendiri yang nenek ibu kepada mama, Nenek Milah. Hendak jumpa atau tak? Jumpa lah dulu, salam dan bertanya khabar. Baru saja mahu menghampiri Nenek Wan sudah bangun tidak mahu berjumpa dengannya. Nampak sangat ibu abah tidak pernah suka kepadanya. Damia Azra bersalaman tangan dengan Nenek Milah, lalu segera pergi dari situ. Melihat muka Nenek Milah yang tiba-tiba berubah dan masam mencuka membuatkan Damia Azra tawar hati untuk bertegur sapa.
“Suruh saja dia pindah dari sini, Rinie?” terdengar cadangan Nenek Milah kepada mama. Kenapa pula datang menghasut ini?
“Kenapa pula mak? Dia anak saya lah!” jawab mama mempertahankan Damia Azra. Apa salah Damia Azra?
“Malu lah ada anak pembunuh kat rumah kau. Maruah kau bagaimana? Esok Zana dah nak balik. Zana tu terpelajar, kawan-kawan Zana bagaimana?” ungkit Nenek Milah. Damia Azra berlari masuk ke dalam bilik. Sebak di dada mendengar nenek sendiri berkata begitu. Semua orang pentingkan Zana dari aku. Betul lah, aku kan tak pandai. Tak masuk universiti seperti Zana yang belajar di Australia. Balik jadi doktor seperti mama dan abah. Aku?? Juruwang Jusco saja mana hendak sama dengan Zana.
“Sabar yer Mia!” pujuk Bibik Indah yang turut masuk ke dalam bilik Damia Azra. Kutip baju kotor.
“Bibik selalu ada waktu saya susah. Terima kasih Bik. Saya tak akan lupakan segala jasa dan budi Bibik kat saya!” ucap Damia Azra. Terlalu sedih dan letih mendengar kata-kata Nenek Milah membuat Damia Azra kehilangan semangat.
“Mia sedih tapi tak pandai menangis. Mia sebenarnya anak yang kuat!” puji Bibik Indah. Damia Azra terharu lalu dirangkulnya Bibik Indah dengan erat. Kalau boleh menangis sudah lama aku menangis.Sudah banyak air mata yang mengalir keluar. Setakat syarat Puteri Gunung Ledang tu, memang menang kat aku lah. Huhuhu.. Sedihnya.
“Saya okey, bik. Tak perlu risau tentang saya okey!” ucap Damia Azra. Bibik mengangguk. Damia Azra pernah ke susahkan orang lain. Paling kuat inilah ucapan yang sering Bibik Indah dengar. Saya okey, bik. Andainya tak okey pun akan beri jawapan yang sama juga lah. Saya sentiasa okey tetapi hati? Hati awak bagaimana, Damia Azra?
“Mia perlu apa-apa beritahu Bibik yer!”
“Okey. Tetapi hari ini Mia tak nak apa-apa!” Nak makan maggi dalam bilik saja lah.
“Mia, kenapa ni? Bibik tengok Mia tak gembira saja. Mia ada masalah ke?” tanya Bibik Indah tidak jadi keluar dari bilik Damia Azra. Alangkah indah andainya itu adalah pertanyaan dari mama, bukan dari Bibik Indah. Terharunya Damia Azra sekali lagi. Air mata mengalirlah keluar supaya aku dapat menunjukkan kepada bibik akan rasa terharu ini.
“Mia penat kerja lah, bik. Bibik keluar dulu, nanti apa-apa saya panggil Bibik!” pinta Damia Azra. Nanti mama marah Bibik Indah pula asyik melepak dalam bilik Mia, lagi pun tentu banyak kerja yang harus bibik lakukan hari ini.

Di hadapan rumah, ada lima orang lelaki sedang memasang khemah, hendak buat kenduri esok hari. Kereta Mak long sebelah abah juga sudah kelihatan. Awalnya mak long datang. Mesti tidak sabar untuk sambut kepulangan anak saudaranya. Malam nanti banyak lagi yang akan sampai ke rumah ini, untuk meraikan orang jauh. Saudara di sebelah mama dan abah akan berkumpul untuk menyambut kepulangan Zana. Bagaimana dengan aku?

Tidak adakah peluang untuk aku meraikan hari bahagia ini bersama-sama mereka esok hari? Sekarang pun Nenek Milah sudah tidak suka, takut aku mencemar maruah keluarga ini. Esok, pastinya bukan milikku. Betul tak?

Tiba-tiba hati teringat kepada Tengku Fayyad. Ikut hati mahu saja dia menelefon Tengku Fayyad lalu mengadu akan perasaaan hati tetapi Tengku Fayyad di dalam perjalanan. Usah menganggu lelaki itu hari ini. Habis, bagaimana?

2 ulasan: