Isnin, 27 Ogos 2012

DENDAM YANG TERINDAH (7)



TAYAR KERETA PANCIT HARI INI. HUJAN PULA TU. Dia bangun agak lewat kerana tidur pukul 4.00 pagi semalam. Bila sedar jam sudah pun menunjukkan angka 8.00 pagi. Subuh terlepas lagi pagi ini. Mujurlah Bibik Indah yang kejutkannya kerana datang membawa sarapan pagi. Bihun goreng bersama nescafe panas menjadi sarapannya pagi ini. Agak kalut dia mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja, malangnya tayar kereta pancit pula. Terpaksalah meredah hujan untuk ke stesen bas di hadapan rumahnya. Bas susah lah hendak dapat, teksi lambat lagilah hendak datang. Macam mana ni?

Terpaksalah menghantar sms kepada Kelly memberitahu akan halnya dan mungkin dia akan masuk lewat hari ini. Hendak ambil cuti tentu Mr. Chong tidak benarkan kerana hari ini hari minggu. Pelanggan ramai yang datang untuk membeli belah hari cuti begini. Semua pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti untuk hari cuti minggu dan hari cuti kelepasan am yang lain kerana orang terlalu ramai di hari-hari begini.

Leka dia menunggu bas atau teksi sehingga dia dikejutkan dengan sebuah kereta BMW berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Ah, Tengku Fayyad sudah mengekori ku di hadapan rumah hari ini. Tentu dapat alamat dari Mr. Chong juga.  Rumah ku pun mesti dia sudah tahu di mana. Hati Damia semakin berdebar. Tidak sanggup berhadapan dengan mama tentang hal ini. Takut benar dia dibuatnya.

Tengku Fayyad keluar dari kereta bersama payung di tangannya. Sebuah senyuman yang cukup manis diberikan kepada Damia yang sedang duduk di kerusi.  Damia membalasnya. Ini kali pertama Tengku Fayyad melihat senyuman yang cukup indah itu. Hati bergetar dan menjadi amat tenang.
“Kata nak call, saya tunggu tak call pun!”
“Tak sempat nak call!” jawab Damia. Hendak call apanya aku pun kelam kelibut hari ini. Tak sempat nak ingatkan kau lah.
“Jom, saya hantar!” pelawa Tengku Fayyad. Kelly yang menelefonnya memberitahu akan hal Damia Azra pagi ini. Waktu itu memang pun dia mahu datang ke sini untuk menjemput Damia ke tempat kerja. Kebetulan hari ini memang nasib menyebelahinya kerana kereta si buah hati tayar pancit. Boleh lah diambil kesempatan untuk merapatkan hubungan mereka berdua.
“Tak usahlah Mia boleh pergi naik teksi hari ini!” tolak Damia. Aku tidak pernah naik kereta bersama orang lelaki lah. Tak beraninya aku hendak naik kereta mewah ini.
“Aik, lupa ke syarat saya semalam? Ataupun saya perlu meminta izin mama dan abah awak terlebih dahulu?”
“Jangan, nanti mama mengamuk!”
“Marilah, nanti lewat bos awak marah pula!” ajak Tengku Fayyad. Damia segera bangun. Aku bergaduh pun buat sakit jiwa saja pagi ini. Baik aku ikut, sebelum semua jiran tertangga nama drama aku dan dia.

Tengku Fayyad memayungi Damia Azra masuk ke dalam kereta. Tidak mahu kekasih hati dibasahi oleh hujan.  Hati berlagu riang.
“Nanti saya bawa keluarga datang merisik Mia yer!”
“Hahh?”
“Apa hahh, hahh? Saya ikhlas lah nak kan Mia. Saya tak mahu bercinta lama-lama tetapi nak kahwin terus!”  lafaz Tengku Fayyad membuatkan Damia seperti mahu pengsan saja. Bergigil seluruh tubuh badan.
“Kita berkawan biasa sudah lah. Saya ni tak sepadan dengan Tengku Fayyad!” Engkau tu mutiara, aku ini besi karat saja, mana mungkin kita akan bersama.
“Eh, lupa lagi lah tu. Fayyad saja!”
“Kita kawan lah, kenal hati dan budi. Tak usah terburu-buru!” pujuk Damia Azra.  Terdengar sebuah keluhan yang muncul dari bibir Tengku Fayyad. Hendak kahwin macam mana nih, aku pipit, kau tu merak kayangan. Mana boleh berkawan.
“Saya ikut cakap Mia tapi dalam tempoh sebulan dua cukuplah kita kenal hati dan budi, lepas tu saya akan bawa Mia jumpa dengan ahli keluarga saya!”  balas Tengku Fayyad. Badan Damia berpeluh tiba-tiba. Seram sejuk mendengar cadangan Tengku Fayyad. Kenapalah aku dipertemukan dengan Tengku Fayyad? Suka paksa orang. Suka ugut orang.
“Kawanlah lima enam tahun dulu, lepas tu baru kita fikir bab-bab kahwin ni. Lagi pun saya tak cintakan awak. Tak sukakan awak!” lafaz Damia Azra geram. Aku tak mahulah ikut telunjuk kau. Bab-bab kahwin ini ingat senang ke? Cakap senang lah, tetapi untuk merealisasikan itu amat payah.  Aku tak ada hati kat kau pun!
“Mia ni kenapa?”
“Awak yang paksa saya ni kenapa? Awak ingat awak orang kaya, ada pangkat tengku saya hairan ke?”
“Saya tahu awak tak kisah semua itu seba keluarga awak pun orang berada!”
“Tahu pun!” keturunan papa aku lagi lah kaya raya cuma papa aku bernasib malang saja. Kalau tidak memang kau tak akan berjumpa dengan aku ketika ini.
“Saya boleh beli awak kalau awak tak mahu, Mia. Kalau lah saya tidak boleh memiliki awak dengan cara baik, saya akan gunakan cara ini untuk memiliki awak!” beritahu Tengku Fayyad. Damia menjeling marah. Kau ingat aku ini anak patung ke? Hendak membeli aku? Hish, teringinnya hendak menampar mulut Tengku Fayyad tetapi takut juga kena saman. Hendak cari duit di mana yer.
“Tengku Fayyad buat macam ni lagi lah saya tak suka kat Tengku Fayyad!” ucap Damia Azra. Mujurlah sudah sampai kalau tidak tak tahu apa yang akan berlaku antara kami berdua. Damia cepat-cepat turun dari kereta Tengku Fayyad tidak mahu orang lain memandangnya hari ini tetapi ramai yang sudah melihatnya bersama dengan Tengku Fayyad, termasuklah teman baiknya Kelly dan Munishwary.
“Petang nanti saya jemput!” jerit Tengku Fayyad kuat. Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Damia tidak menjawabnya dia terus berjalan menuju ke tempat punch kad. Menoleh ke belakang pun tidak. Malunya dengan perbuatan Tengku Fayyad pagi ini.  Tidak tahu di mana hendak diletakkan mukanya ini. Hendak sembunyi di mana agaknya supaya Tengku Fayyad tidak boleh mencarinya.

Masuk ke bilik air, Damia Azra menjerit kuat melepaskan segala perasaan di hati. Sakit hati bercampur geram. Takut pun ada. Semua itu melingkari kehidupannya kala ini.
“Mia!” jerit kelly dari luar. Terkejut dengan sikap Damia pagi ini yang muka masam mencuka. Tidak manis sedikit pun. Malah wajah yang jelita sudah hilang serinya. Tentu ada masalah!
“Mia!” panggil Kelly lagi apabila Damia tidak menyahut panggilannya.
“Aku tak suka lah orang seperti Tengku Fayyad tu, suka paksa orang!”
“Lerr, ingatkan kenapa tadi?” balas Kelly sambil ketawa kecil. Hati Damia sebenarnya sudah sejuk membeku. Andainya di paksa, tentulah tertekan, tetapi Tengku Fayyad sudah lama menjadi penanti yang setia. Kalau aku, aku sudah tidak sanggup berhadap dengan Damia yang asyik jual mahal saja.
“Semalam dia call aku di rumah, mujurlah bibik yang angkat, kalau mama atau abah yang angkat bagaimana?”
“Sayang, awak tu sudah dewasa pun, bukannya anak kecil lagi. Aku rasa mama dan abah kau akan kahwinkan kau terus kalau dia tahu Tengku Fayyad tengah tergila-gila kan kau!”
“Kenapa kau kata begitu hah?”
“Tengku Fayyad anak orang berada. Siapa yang tidak mahu bermenantukan anak orang berada sepertinya. Kau jangan tolak tuah, Mia!”
“Aku anak orang susah lah mana sepadan!”
‘Haiya, lu tipu gua ka? Mama dan abah lu tu doktor ma!” Hakikatnya kau tidak tahu siapa aku. Damia menarik pintu bilik air, wajah kelly yang berseri-seri direnungnya lama.  Bakal pengantin katakan tentulah manis menawan. Seri pengantin sudah terserlah di wajah Kelly Tan ini.
“Aku jadi pengapit kau nanti yer!” usik Damia cuba meneka.
“Boleh. Memang nak ajak kau pun!” jawab Kelly Tan tanpa berahsia.
“Bila?”
“Enam bulan lagi. Darren nak urus rumah baru kami dulu. Selesai semua baru nak kahwin!”
“Lambat lagi lah. Ingat kan bulan depan!”
“Bulan depan tu kau, bukan aku!”
“Aku pula!”
“Tengku Fayyad dah beritahu Mr. Chong dia nak melamar dan kahwin dengan kau!”
“Hahhh?”  Kenapalah Tengku Fayyad suka buat kejutan seperti ini. Tengku Fayyad cakap seperti aku sudah pasti menjadi miliknya.
“Dari mana kau tahu?”
“Darren yang beritahu aku semalam. Mr. Chong kan bapa saudara Darren, sudah lupa ke?”
“Sakit jiwa aku. Bercinta pun tidak hendak kahwin pula. Kenal pun tak!”
“Lepas kahwin lah bercinta, Islam cakap lebih afdal!”
“Pandainya kau!”

Haaaaa. Buat kerja semua tidak menjadi. Sudah banyak kali dia salah membuat kiraan. Semuanya serba tidak kena. Hati Damia benar-benar tidak menjadi tenang. Amat risau dengan segala tindak tanduk Tengku Fayyad.  Nampak Tengku Fayyad terlalu bersungguh untuk mendapatkannya. Semua orang sudah jelas akan hal itu. 

Ke mana saja Damia melangkah, semua orang mengatakan perkara yang sama. Malah ada yang sudah mengucapkan tahniah kepadanya. Cepatnya berita ini tersebar, seperti angin membawa berita saja. Cepat dan pantas.  Kalau lah satu Jusco sudah tahu, alamatnya berita ini akan sampai kepada pengetahuan mama dan abah juga, kerana klinik kepunyaan mama dan abah tidak jauh dari sini. Lagipun ramai anak jiran yang bekerja berdekatan. Siapa tak kenal aku di taman kami tu?

Apa yang harus aku lakukan sekarang? Beritahu hal sebenar kepada Tengku Fayyad bahawa aku bukanlah seperti apa yang dia sangkakan. Dengan itu Tengku Fayyad tidak akan menyimpan perasaannya kepada ku lagi?  Hah, biarlah aku cakap yang sebenarnya dari terus menyimpan rahsia ini.
“Fayyad, saya ini bukanlah seperti apa yang Fayyad sangkakan!” ucap Damia ketika mereka berdua dalam perjalanan pulang.
‘Saya tak kisah semua itu!” jawab Tengku Fayyad ikhlas. Damia memandang wajah Tengku Fayyad. Kacak! Kenapa pilih aku? Banyak lagi perempuan di bumi Melaka ini? Ramai lagi yang mahukan kau, tergila-gilakan kau.
“Saya belajar pun tak pandai. SPM tak lulus. Mana lah sepadan dengan awak. Awak tak malu ke dapat buah hati yang tak masuk universiti seperti saya ini!” pancing Damia. Hendak cakap hal sebenar dia sendiri tidak ada keberanian. Damia tidak mempunyai kekuatan untuk berkata-kata akan hal itu.
“Saya dah tahu lah. Mr Chong dah beritahu saya segala-galanya tentang awak. Siapa awak pun saya dah tahu!”  terang Tengku Fayyad. Tetapi dalam rekod fail Mr. Chong tidak sebut aku ini anak siapa? Mr Chong sendiri pun tidak tahu aku ini anak bekas pembunuh.
“Fayyad!”
“Jangan cakap lagi boleh tak? Saya menyintai awak setulus hati saya Mia,” lafaz Tengku Fayyad. Bergegar tali jantung Damia seperti mahu terputus saja.  Tengku Fayyad memegang tangan kanan Damia lalu diletakkan ke dadanya. Damia cuba menarik tetapi tidak berdaya.
“Lepas lah!” ucap Damia cuba menarik tangannya. Tengku Fayyad mencium tangan Damia dengan sepenuh kasih sayangnya.  Semakin gelabah dibuatnya. Hati sudah pun menangis dengan perbuatan Tengku Fayyad yang sudah beran menyentuh tangannya.
“I love you, sayang!” bisik Tengku Fayyad di cuping telinga kanan Damia dan mahu mengucup pipinya. Muka Damia pucat sejuta. Hilang segala darah.
“Fayyad, jangan lah!” tolak Damia perlahan. Andainya Damia masih berkasar dan memberontak tentu Tengku Fayyad tidak akan lepaskannya.
“Saya sayangkan awak dan tak boleh hidup tanpa awak lagi, Damia Azra!” kata Tengku Fayyad dan terus mengucup pipi Damia. Mujurlah Damia sempat mengelak. Aku bukan perempuan murahan, Tengku Fayyad.
“Kita kahwin, Mia tak mahu macam ni,” renggek Damia. Dia sudah tidak ada jalan lain kecuali memberi keyakinan kepada Tengku Fayyad bahawa dia akan menjadi milik Tengku Fayyad tetapi dengan cara yang sah.
“Betul ni?”
“Mia tak mahu terlibat dengan dosa, Fayyad!”  balas Damia. Apa aku cakap nih? Apakah aku menerima Tengku Fayyad dengan sepenuh hati atau pun sebenarnya aku mahu mengelak dari kelakukan Tengku Fayyad yang mahu melakukan sesuatu di luar batasan. Memang aku jarang solat tetapi aku tahu perbuatan Tengku Fayyad sudah mahu menghampiri pengzinaan.  Aku tak nak jadi pengzina setelah papaku di gelar sebagai pembunuh. Aku ada maruah dan harga diri.
“Maafkan saya, Mia. Saya terlalu ikutkan nafsu tadi!”
“Mia maafkan tetapi jangan ulang lagi yer. Selamat malam dan terima kasih kerana sudi menghantar saya hari ini!”  balas Damia sambil menolak pintu kereta dengan pantas lagi.
“Sama-sama!” ucap Tengku Fayyad sedikit kelas dengan tindakannya sekejap tadi. Aku hampir meragut kesucian cintaku kepada orang yang aku cintai.

Damia memberikan sebuah senyuman kepada Tengku Fayyad sebelum melangkah pulang. Senyuman yang penuh dengan kepura-puraan. Sampai detik ini, dia tidak mempunyai perasaan kepada Tengku Fayyad, biar pun sedetik.  Tetapi ini tidak bermaksud dia membenci Tengku Fayyad Cuma dia belum bersedia untuk menerima Tengku Fayyad lagi.

Pintu pagar ditarik. Kereta myvinya sudah tiada di garaj rumah. Hanya ada kereta mama dan abah saja, tetapi kereta kepunyaanya tidak kelihatan. Mama atau Pak Cik Mail hantar ke bengkel barangkali.  Baik pula mama hari ini, selalunya tak kisah pun aku pergi naik apa ke tempat kerja. Mungkin sebab tadi hujan kut, jadi mama menjadi simpati kepadaku.
“Kereta angah mana?” soal Damia sebaik selisih dengan Amirul.
“Buah hati akak yang suruh mekanik ambil pagi tadi!”
“Siapa?”
“Oooo, akak bercinta denga anak raja yer. Pandai akak berahsia. Kita orang sudah tahu lah kak!” ucap si kembar yang sudah berumur 15 tahun. Beza usia mereka hanya 9 tahun saja.  Jauh perbezaan itu.
“Dia datang ke tadi?”
“Abang Fayyad datang dengan mekanik tadi. Tapi waktu tu mama dan abah tak ada kat rumah. Kenapa Angah?”
“Alhamdulillah. Angah takut mama marah!”
“Marah?? Suka adalah,” hmmm. Kenapa lah tak beritahu aku akan hal ini. Kenapa lah lakukan semua ini tanpa kebenaran aku terlebih dahulu. Tengku Fayyad memang nak kena nih, suka sangat cari pasal.

Terdengar suara mama dan abah sedang berbual di dapur. Damia yang kehausan tidak jadi mahu ke dapur, takut menganggu perbualan mama dan abah. Dia berjalan perlahan.
“Nak buat kenduri ke sambut Zana dan Muiz minggu depan?” tanya abah keriangan. Dah nak balik Zana tu? Hmm..
“Mestilah. Kita buat kenduri besar. Datuk Hisham dengan Datin Rose pun dah setuju, nak buat kenduri sambut dia orang sekali dengan kita!” jawab mama bahagia.
“Elok lah tu,kita jemput semua ahli keluarga kita datang. Semua orang dah tak sabar nak jumpa si Zana. Dah terlalu rindu. Abang pun rindu juga kat anak kita tu!” sambung abah.  Semua orang hendak datang ke sini? Keluarga abah tak suka kan aku. Keluarga mama lagilah tak sukakan aku.  Kena pergi bermalam di tempat lain lah jawabnya. Tetapi bila Zana hendak balik.
“Abang dah beritahu semua sanak saudara kita?” soal mama mahukan kepastian.
“Dah. Hari selasa ni Zana pulang, pagi selasa semua orang berkumpul di rumah kita!” jawab abah. Selasa? Hari ini sudah sabtu. Bukan minggu depan lah ni, lagi tiga hari saja Zana mahu pulang ke sini. Bukan sepatutnya bulan depan ke Zana pulang. Kenapa cepat sangat?

Damia mempercepatkan langkah.  Sebak dada mendengar perbualan mama dan abah yang terlalu gembira mahu menyambut kepulangan Zana tanpa menghiraukan hati dan perasaannya. Sampai hati mama layan aku seperti ini?  Ah, sudah berapa kali ada perasaan sedih dan kecil hati ini kerana mama dan abah tidak adil memberikan kasih sayang mereka berdua terhadap aku dan Zana.  Mama sayangkan Zana seperti anak kandung sendiri tetapi abah tidak pernah menyayangi aku walaupun sebagai anak tirinya.
“Non Mia, kenapa?” soal Bibik Indah yang melihat Damia termenung sejak berada di dalam bilik.
“Tak ada apa lah, Bik. Bik masak apa malam ni?”
“Mama kamu yang masakkan. Katanya Datuk Hisham dan Datin Rose mahu datang makan malam di sini!”
“Ooo.. begitu!”  rupanya tadi mama masakkan untuk makan malam. Hendak sambut bakal besan rupanya.
“Nanti bibik hantarkan makanan ke bilik Mia yer. Macam selalu!”
“Tak usah bik. Saya dah makan tadi. Kenyang lagi nih!” tipu Damia. Tak mahulah makan masakan mama. Tak sudi!

Sebenarnya dia ada sediakan pek maggi di dalam biliknya sendiri. Termasuk cerek elektrik.  Maggi  cup pun ada. Boleh lah nak isi perut malam nanti. Sebaik saja bibik keluar dari biliknya, dia terus kuncikan pintu bilik. Kalau kunci maksudnya tidak mahu menganggu.  Dia mahu memikirkan akan masa hadapannya malam ini.  Aku perlu lakukan sesuatu untuk kehidupan ku sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan