Isnin, 27 Ogos 2012

DENDAM YANG TERINDAH (5)


SEJAK DARI ITU HUBUNGAN DAMIA AZRA DENGAN MAMA dingin dan retak. Mama tidak lagi menegur perbuatan Damia Azra, ke mana Damia Azra hendak pergi mama tidak kisah. Kalau lah ibu kandung sendiri sudah tidak peduli apa lagi abah yang hanya menjadi bapa tiri, lagi lah abah tidak kisah akan hal Damia Azra. Damia Azra bebas lakukan apa saja kerana tidak ada orang yang menghalang kehidupan Damia Azra. Damia Azra bawa haluan sendiri. Tetapi Damia Azra tidak menjadi seorang yang suka melepak. Damia Azra sudah buang semua perangai buruk kerana umur sudah meningkat dewasa. Damia Azra bukan anak remaja belasan tahun lagi, tetapi sudah menjadi gadis yang menawan. Kedewasaan mengajar Damia Azra erti kehidupan dan erti tanggungjawab kepada diri sendiri. Damia Azra belajar untuk menyayangi diri sendiri dan membiarkan orang lain membenci dirinya. Itu hak masing-masing, siapa lah dia untuk mengawal kehidupan orang lain. Pasrah sajakan, kalau orang suka dan boleh menerimanya, Damia Azra akan menerima dengan senang hati tetapi kalau ada orang yang membenci dan membuangnya, dia pasrah saja.

Kelukaan membuatkan Damia Azra gagal di dalam SPM. Cikgu tuisyen ke mana, Damia Azra ke mana. Akhirnya Damia Azra ambil peperiksaan ala kadar saja. Semua subjek Damia Azra gagal. Tidak seperti Zana dan Muiz Afendy yang berjaya di dalam pelajaran. Malah menjadi pelajar terbaik di sekolah. Bertuahnya jadi Zana dan Muiz Afendy yang menjadi harapan keluarga dan sekolah. Zana dan Muiz Afendy dapat tawaran belajar di tempat yang sama. Malah di luar negara pula. Tahun ini adalah tahun terakhir Zana dan Muiz Afendy di sana, tinggal sebulan lagi mereka berdua akan pulang ke sini.  Abah setiap hari asyik sebut nama Zana sahaja sekarang.  Siapa yang tidak bangga dapat anak yang berjaya seperti Zana dan Muiz Afendy bukan seperti Damia Azra yang hanya bekerja di pasaraya sebagai juruwang. Sebaik saja tamat SPM, Damia Azra mula bekerja di situ. Damia Azra tidak lagi mahu mengharap duit mama setiap bulan, sebab itu lah Damia Azra cari duit sendiri.

Pendapatan itu mencukupi untuk menampung keperluan Damia Azra seorang diri. Kalau hendak sewa rumah di luar pun boleh tetapi Damia Azra masih mengharap Bibik Indah untuk menguruskan keperluannya. Bab ini Damia Azra memang tak boleh urus sendiri. Basuh baju, kemas bilik dan sedia makan semua Bibik Indah yang lakukan, dari dulu sehingga sekarang Damia Azra tidak pernah sentuh dapur pun. Semua orang dalam rumah ini sudah faham perangai Damia Azra yang satu ini. Kata Mama, Damia Azra ikut perangai papa sebiji.  Kalau anak orang kaya tetap jadi anak orang kaya, walaupun sekarang sudah papa kedana.
“Hai, awal hari ini?” tegur Kelly, ketua bahagian jualan di pasaraya ini. Kelly memang rapat dengan Damia Azra. Damia Azra cuma tersenyum. Hari ini dia sengaja keluar awal dari rumah kerana mama dan abah bercuti. Sibuk mengubah suai bilik baru untuk anak kesayangan mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan Zana yang akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.
“Kau pun awal jugak kan, selalunya pukul 10.00 pagi baru nampak batang hidung kau tu!” balas Damia Azra sambil membetulkan anak rambutnya yang terjuntai bermain di pipi. Damia Azra menarik perhatian semua orang di sini dengan kecantikan yang Damia Azra miliki. Hidung mancung, rambut panjang mengurai dan berkulit putih melepak. Malah Damia Azra ada lah model untuk pasaraya ini. Daya tarikan.
“Aku nak balik awal hari ini. Keluarga Darren nak datang malam ini!”
“Aik, ni mesti ada berita baik punya, betul tak?”
“Mestilah. Awak tu ramai yang berkenan tapi tolak mentah-mentah siapa suruh! Pilih lah satu.  Ini dengan Tengku Fayyad pun kau tak sudi. Kasihan kat anak raja yang seorang tu!” semua orang tahu Tengku Fayyad meminati gadis bernama Damia Azra tetapi Damia Azra yang tidak sudi. Menolak mentah-mentah perkenalan Tengku Fayyad. Sebelum-sebelum ini ramai lelaki yang sudah ditolaknya. Hendak lelaki macam mana pun tak tahu lah kalau semua yang baik ditolaknya. Hendak mengambil yang jahat barangkali?
“Cakap pun tak pernah. Dia anak orang kaya lah mana sepadan dengan aku!”  balas Damia Azra. Hendak bercakap macam mana kalau awak asyik mengelak dari berjumpa dengan Tengku Fayyad. Tengku Fayyad menunggu di depan awak keluar pintu belakang. Sampai bila pun tak berjumpa lah kalau macam itu. Hai, susah sungguh hendak pikat Damia Azra Azra.
“Kau pun anak orang kaya apa? Papa dan mama kau doktor terkenal di Melaka ini. Siapa tak kenal Dr. Luzman? Tambah isterinya yang ayu menawan tu, semua orang tahu lah!”
“Hahaha..,” Sudah bertahun tidak makan semeja dengan mama, berbual pun ala kadar saja, sekadar bertegur sapa. Selainnya kami tidak pernah ingin bercerita apa-apa apatah lagi untuk bertanya khabar sama ada aku gembira atau pun bahagia. Sihat ataupun tidak mama tidak mahu bertanya. Sekarang boleh kah aku mengaku yang aku anak mama?
“Kalau aku jadi kau dah lama aku terima Tengku Fayyad tu,”
“Nasib baik lah kau tu tak jadi aku, kalau tidak merana kau!” balas Damia Azra. Hidup kita tidak sama dan serupa. Nasib kita berbeza. Ada perbezaan yang begitu ketara antara kita berdua.
“Merana apanya?” soal Kelly. Damia Azra berjalan tidak menoleh ke arah Kelly lagi. Aku ada rahsia sendiri. Kalau kau tahu aku anak pembunuh, kau sudi tak berkawan dengan aku? Entah-entah kau pun cabut lari juga. Tengku Fayyad itu tidak kenal siapa Damia Azra, dia hanya kenal Damia Azra dari segi fizikal saja selebihnya dia tidak tahu. Aku takut bermain cinta, takut cinta memakan diri sendiri. Aku tidak mahu terseksa terluka kerana cinta. Lagipun orang macam aku layakkah untuk bercinta dan dicintai. Seperti tidak layak saja untuk aku jatuh cinta.
“Wei, Cik Kelly Tan, orang datang sini nak buat kerja lah. Bukan nak bercinta. Awak tu lain lah jatuh cinta dengan anak saudara tauke,” pekik Damia Azra tidak mahu berbual panjang apatah lagi apabila melihat bos besar melintas di hadapan mereka.
“Kau tu sengaja mengelak lah!” jerit Kelly Tan.  

Damia Azra buat-buat tidak dengar sahaja. Kelly kawan baiknya di sini. Entah lah sama ada Kelly memang tidak kisah akan latar belakang dirinya ataupun tidak. Dia tidak berani memberitahu hal sebenar akan dirinya kepada Kelly. Damia Azra takut kehilangan seorang sahabat yang baik seperti Kelly.
“Saya nak bayar cokelat ni lah, bukan sabun pencuci tu pun!” tegur suara yang amat Damia Azra kenali. Buat-buat beli cokelat pula hari ini. Hahaha, macam lah aku tidak tahu apa yang ada dalam kepala otak kau tu. Sabun pencuci dimasukkan ke dalam beg plastik lalu dihulurkan kepada seorang remaja perempuan yang sudah lama berdiri di hadapannya. Tangan Damia Azra mengambil cokelat lalu mengscannya. Tertera RM5.90 di atas skrin. Duit not lima puluh dihulurkan kepadanya lalu dia segera berlalu tanpa mengambil baki jumlah wang yang sengaja ditinggalkan. Hendak suruh aku kejarlah tu. Buang masa betul.
“Munish, tolong beri duit nie kat Tengku Fayyad!” jerit Damia Azra apabila melihat Munishwary melintas mahu berjalan keluar.
“Duit apa?”
“Duit Tengku Fayyad lah. Dia sengaja tinggal!”
“Aku ganti tempat kau, kau beri kat dia sendiri. Segan lah aku nak jumpa dengan mamat macho tu!”
“Orang ramai kat kaunter lah sekarang. Kau nak Mr. Chong marah aku ke?”
“Cepat lah sikit!” gesa Munishwary sambil datang ke arah Damia Azra. Ditolaknya Damia Azra ke tepi.  Ini duit orang Damia Azra, elok lah awak beri balik kepada Tengku Fayyad. Buang perasaan malu di dalam diri awak, Damia Azra.

Damia Azra berjalan laju apabila melihat Tengku Fayyad sudah mahu melangkah keluar dari pasaraya Jusco tempat dia berkerja.
“Tengku Fayyad!” jerit Damia Azra nyaring. Lelaki itu mengalih sambil tersenyum. Akhirnya gadis idaman memanggil juga namanya. Bahagianya hari ini. Seperti mahu membelanja semua orang saja. Hendak buat kenduri.
“Awak panggil saya ke?”
“Habis, panggil siapa lagi?” ujar Damia Azra. Geram benar kerana akhirnya dia sudah jatuh kepada perangkap yang dipasang oleh Tengku Fayyad. Damia Azra berselindung dari anak mata Tengku Fayyad yang sudah meneliti wajahnya satu persatu. Bidadari syurga kah gadis ini? Cantiknya, bisik hati Tengku Fayyad.
“Kenapa panggil saya?”
“Nah ambil balik duit Tengku ni, sengaja tinggal duit yer!”
“Bukan tinggal saja nak bagi duit nafkah kat bakal isteri!”
“Bakal isteri? Siapa?”
“Damia Azra!”  jawab Tengku Fayyad jelas sekali. Muka Damia Azra merah menyala. Malu pun ada. Tetapi yang selebihnya dia seperti mahu muntah saja. Geli urat tengkuk. Kalau muntah sahih muntah hijau.
“Nah ambil balik duit ni,” ucap Damia Azra. Duit dihulurkan kepada Tengku Fayyad tetapi Tengku Fayyad tidak menyambutnya. Sengaja ingin menguji hati Damia Azra.
“Simpan lah kat awak!”
“Kalau nak beri, beri lah seribu ke, nie lima puluh. Tak cukuplah!” balas Damia Azra. Duit diletakkan di atas meja kosong yang berdekatan di situ. Ikut suka hati awak lah, nak ambil atau tidak. Itu bukan duit aku! Tengku Fayyad terpinga-pinga. Betul lah kata orang, Damia Azra sukar didekati. Jual mahal!
“Damia Azra, saya nak ajak awak minum tengah hari nanti, boleh tak?”
“Tak sudi!”
“Kenapa?”
“Saya ada kerja lah Tengku Fayyad!” ujar Damia Azra berjalan cepat ke kaunter tempat dia bertugas. Melihat orang sudah panjang beratur kerana Munishwary bukanlah staf di bahagian kaunter, dia bahagian pemasaran.
“Damia Azra, awak ke mana ni? Biar pelanggan tunggu awak ke?” tegur Mr. Chong yang melihat apa yang sedang berlaku. Tengku Fayyad tidak jadi mengekori langkah Damia Azra kerana dia tidak mahu Damia Azra dimarahi oleh majikannya.
“Maaf, Mr. Chong ada hal tadi!” balas Damia Azra tidak memandang wajah Tengku Fayyad. Aku tidak mahu diganggu lah.  Setiap hari awak asyik tunggu saya depan Jusco, awak tak ada kerja lain ker? Tak penat agaknya. Bukan sehari awak menunggu, rasanya hari ini sudah cukup sebulan awak asyik memerhati dan menunggu saya di depan Jusco.

Cekap Damia Azra melakukan tugasan. Sekejap saja semua kerjanya telah beres. Pelanggan diberi layanan yang cukup baik sekali. Ramah dan mesra. Wal hal sebenarnya Damia Azra bukanlah gadis yang peramah. Mesra pun hanya kepada rakan terdekat saja. Dia seorang pekerja yang cekap dan mahir sebab itu Mr. Chong sayangkan Damia Azra dari staf-staf yang lain tetapi Mr Chong melayan semua staf sama adil. Tidak ditunjukkan sangat. Takut orang salah faham kelak.
Waktu tengah hari Damia Azra keluar makan bersama Kelly, tetapi hari ini Kelly keluar dengan kekasihnya. Munishwary pula, banyak kerja, kerana stok baru masuk hari ini. Damia Azra keseorangan di Restoran Bonda tanpa ditemani rakan sekerja.  Perlahan-lahan Damia Azra menyuap nasi ke mulut sambil membaca Sinar Harian. Makan sambil membaca hobinya sejak dari dulu lagi. Kata Amirul, hobi yang pelik. Makan sambil membaca, tiada tumpuan.
“Damia Azra!” ada orang menyebut namanya. Dia memandang. Glup. Nafasnya seakan terhenti. Lerr, tak kan la restoran kecil macam ini pun dia ada. Restoran ini mana layak untuk anak orang sepertinya. Pergi lah makan dekat restoran mewah ataupun hotel. Itu baru setaraf dengan awak.
“Tengku Fayyad, buat apa kat sini?” soal Damia Azra, tidak senang. Hilang selera makan. Tambahan lagi apabila melihat renungan tajam dari Tengku Fayyad. Nasib tidak baik suap nasi masuk melalui hidung pula nanti.
“Kat depan restoran tak tulis pun yang orang seperti saya tak dibenarkan masuk. Awak ada masalah ke dengan saya?” balas Tengku Fayyad. Dia tahu Damia Azra malu untuk berhadapan dengannya. Banyak-banyak perempuan yang hadir di dalam hidupku, kenapa Damia Azra yang dijadikan pilihan? Bagaimana dengan mama dan papa kalau tahu aku memilih orang kebanyakan sebagai calon? Sedangkan mama dan papa terlalu pentingkan pangkat dan kedudukan? Aduh, bukan aku tidak tahu tetapi aku juga sudah tidak berdaya untuk kehilangan Damia Azra. Cinta pandang pertama. Sekali pandang terus melekat di dalam hati.
“Rasanya Tengku Fayyad yang ada masalah dengan saya!” tekan Damia Azra kembali. Kau selalu kacau aku di tempat kerja apa kes? Tadi pun aku sudah kena marah dengan Mr. Chong. Boleh kau tanya aku ada masalah ke tidak?
“Memang saya ada masalah dengan awak. Malam tak boleh tidur teringat kat awak. Sampai termimpi-mimpi!” jawab Tengku Fayyad berterus terang. Sudah sebulan dia tidak lelap beradu kerana asyik terkenangkan gadis idaman hati. Sebab itu dia rela jadi Pak Pacak di depan Jusco ini. Tidak pedulikan apa orang hendak kata kepadanya asalkan dia boleh menatap wajah Damia Azra, dia rela tidur di Jusco pun tidak mengapa.
“Boleh tak Tengku Fayyad jangan merepek dekat saya, saya tak suka lah!” balas Damia Azra sambil menutup Sinar Harian yang dibacanya. Dia mahu berangkat dari sini kerana banyak mata sedang memandang ke arah mereka berdua. Siapa yang tidak kenal dengan Tengku Fayyad di bandar bersejarah ini? Semua orang kenal seluruh keluarga dan keturunan Tengku Fayyad di sini.
“Sungguh Damia Azra, saya tak tipu!”
“Tipu tak tipu semua itu tak ada kaitan dengan saya lah!”  jawab Damia Azra sambil berjalan menuju ke kaunter bayaran. Namun Tengku Fayyad mengekori setiap langkahnya. Aduh, apa lagi nih? Apakah yang harus aku lakukan supaya dia pergi jauh dari sisiku? Apa pandangan orang bila melihat kami bersama. Aku sedarlah siapa diri ku ini.
“Damia Azra, saya suka awak!”
“Tengku Fayyad, saya tak suka awak!”
“Tapi suatu hari nanti awak akan sukakan saya sebagaimana saya sukakan awak. Awak sudah ada di dalam hati saya, Damia Azra!” kata-kata ini membuatkan Damia Azra mahu jatuh saja. Pening kepala. Hati berdebar-debar mendengar ungkapan keramat dari bibir Tengku Fayyad. Suka apa nih? Kita tidak setaraf lah Tengku Fayyad. Jangan uji saya dengan persoalan yang bukan-bukan. Saya tak suka!
“Sudahlah, tak payah berlakon kat sini, boleh tak?” marah Damia Azra. Pergilah dari sini!
“Mia, ikhlas nih!” senang hati Tengku Fayyad kerana boleh melepaskan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Sama ada Damia Azra mahu menerimanya ataupun tidak, itu bukanlah persoalan yang pertama, yang penting dia sudah meluahkan isi hatinya hari ini. Damia Azra berjalan pantas walaupun langkah agak tidak tersusun. Mahu rebah pun ada. Lemah kepala lutut.
“Mia, awak perlu berhadapan dengan saya? Sampai bila awak nak mengelak?”
“Kenal pun tidak..,”
“Nanti kita kenal lah!”
“Masalahnya saya tak nak kenal Tengku Fayyad!”  garang jawapan itu.  Langkah kaki Tengku Fayyad terhenti tidak lagi mengekori Damia Azra.  Bengang dan marah. Tetapi dia tidak akan putus asa. Selagi Damia  Azra tidak berada di dalam genggamannya selagi itu lah dia akan terus berusaha untuk mendapatkan Damia Azra.

Damia Azra berlari masuk ke dalam bilik rehat yang disediakan untuk semua pekerja. Hanya ada Munishwary seorang saja, staf yang lain mungkin masih sedang berehat atau solat di surau. Damia Azra terus mencapai mug kepunyaannya, dituangnya air lalu dia menghirup air itu dengan perlahan. Hilang rasa dahaga. Tadi tak sempat hendak minum. Bukan itu saja makan pun tak sempat habis. Semua ini Tengku Fayyad punya pasal lah, asyik menganggu orang saja.
“Ada orang nampak kau makan dengan Tengku Fayyad, kiranya terjatuh juga lah kau kat tangan Tengku Fayyad tu yer!” usik Munishwary. Dia juga melihat adegan kejar mengejar sebentar tadi. Lelaki bernama Tengku Fayyad tidak kenal erti putus asa barangkali. Damia Azra pun satu terima saja lah sementara orang sudi. Bukan senang hendak dapat pakej yang lengkap sebegitu. Segak, kaya dan ada budi bahasa. Tiga dalam satu.
“Tak hendak lah aku!” balas Damia Azra. Antara kami seperti langit dan bumi. Betapa tinggi langit yang jauh dari bumi, begitulah perbezaan antara kita dua.
“Jangan lepaskan peluang, Damia Azra. Peluang macam ini datangnya sekali saja seumur hidup. Aku takut kau yang merana kelak!” nasihat Munishwary. Damia Azra mengangkat keningnya. Masa depan aku sudah pun gelap gelita, sekarang hendak membawa Tengku Fayyad di dalam kehidupan aku yang tidak ada cahaya ini? Sanggupkah Tengku Fayyad mengharungi setiap kedukaan bersama aku? Relakah dia? Lagipun aku tidak tergamak untuk membiarkan orang lain turut derita dengan aku.
“Aku keluar dulu lah ya!” kata Damia Azra sambil menghabiskan minumannya lalu dibasuhnya mug tersebut. Diletakkan mug di atas rak yang berada di sebelah singki sahaja.
“Okeylah. Malam nanti tolong fikirkan kata-kata aku dengan Kelly yer. Belajarlah menerima Tengku Fayyad di dalam kehidupan kau, Damia Azra!” pesan Munishwary. Hmm, Damia Azra mengeluh perlahan. Suatu hari nanti, kau dan Kelly akan tahu juga kenapa dan mengapa aku tidak boleh jatuh cinta dan menyintai orang lain. Aku ada sebab tersendiri.

Kesibukan menguruskan kaunter bayaran membuatkan Damia Azra lupa segala perbualan antara dia dan Munishwary. Malah dia juga telah melupakan pertemuan pertama antara dia dan Tengku Fayyad tengah hari tadi. Ataupun sebenarnya dia tidak pernah memikirkan hal-hal peribadi sebegini.  Itu yang membuatkan dia mudah melupakan Tengku Fayyad dalam kehidupannya.

Ah, setiap petang Tengku Fayyad akan setia menunggu Damia  Azra di hadapan pintu keluar Jusco. Walaupun Damia Azra tidak pernah keluar melalui pintu utama. Damia Azra keluar melalui pintu belakang. Malas untuk berhadapan dengan Tengku Fayyad yang tidak pernah jemu menantinya. Tetapi hari ini lain pula yang berlaku. Tengku Fayyad berubah haluan. Keluar saja dari pintu  belakang, lelaki itu sudah terjenggul berdiri di situ.
“Damia Azra!”
“Susahnya hati Tengku Fayyad buat begini kepada saya. Tengku Fayyad tahu tak ramai yang salah sangka terhadap kita berdua. Tengku Fayyad tak malu ke?
“Malu apanya, kita bukan buat salah pun. Lain lah kalau awak tu isteri orang dan saya suami orang. Sekarang sama-sama bujang. Tak ada salahnya kalau kita berpasangan!”
“Ramai lagi perempuan yang layak dengan Tengku Fayyad selain saya lah!”
“Hehehe..,” Aik aku marah dia boleh ketawa pula. Hmm, sahih Tengku Fayyad sudah kena sampuk dengan hantu agaknya. Menyampah dengan Tengku Fayyad ni. Orang cakap tak sudi pun tak faham-faham.
“Damia Azra, awak tak senyum pun manis lah. Tambah kalau tengah marah, lagilah manis!”
“Tak usah buat lawak boleh tak?”
“Betul lah, Mia!” lembutnya ucapan itu membuatkan hati kecil Damia Azra terpesona. Aik, kenapa tiba-tiba hati aku berubah pulak nih? Hish, tak boleh, tak boleh jadi lah. Aku kena kuatkan hati. Jangan terima cinta sesiapa pun.
“Tengku Fayyad!”
“Apa salah saya Mia sehinggakan Mia tidak sudi berkawan dengan saya? Kerana saya berdarah bangsawan begitu?” soal Tengku Fayyad semakin berani. Damia Azra mengigit bibirnya. Perlukah aku beritahu hal sebenarnya kepada Tengku Fayyad supaya Tengku Fayyad menjauhkan dirinya dari kehidupanku?
“Jaga batasan Tengku sebagai golongan atasan, boleh tak?”
“Kenapa Mia cakap macam tu?”
“Balik cermin muka tengku kat cermin yer. Atau pun paling tidak belajar ukur baju di badan sendiri. Rasanya kita pakai kain yang berbeza, tengku pakai kain sutera saya hanya pakai kain kapas saja lah!”
“Tetapi saya tak pakai kain lah, Mia. Saya pakai seluar!~”
“Aduss, cakap tak faham nie susah lah!”
“Mia ni terbalik kuang tahu tak? Seolah Mia pula anak orang kaya, saya ni anak orang susah. Mia sombong lah!” tuduh Tengku Fayyad. Berdesing telinga Damia Azra dengan tuduhan itu. Semua orang cakap aku sombong termasuk adik kembarku di rumah. Betulkah aku yang sombong nih? Aku biasa saja lah. Dulu, Muiz Afendy pun cakap perkara yang sama kepadaku.
“Saya tak sombong lah!”
“Kalau tak sombong Mia kena berkawan dengan saya. Sudi?”
“Tak mahu!”
“Tak mahu lah sebab Mia sombong kan?”
“Tak!”
“Kalau gitu kita berkawan. Itu saja yang membuktikan Mia tidak sombong!”
“Hmm..,”

Damia Azra tidak memberi jawapan apa-apa. Setuju pun tidak. Menolak pun tidak. Tetapi bagi Tengku Fayyad, diam itu maknanya sedia menerimanya. Sudi dan tidak menolak. Seperti gadis melayu zaman dulu-dulu, yang menerima lamaran si lelaki hanya dengan mendiamkan diri. Begitu juga lah jawapan yang Damia Azra berikan kepada Tengku Fayyad. Itu sangkaan Tengku Fayyad petang ini.

Hati Damia Azra berbelah bahagi. Tidak tahu sama ada mahu menerima atau menolak. Menerima, bererti dia menempah maut, menolak pula membuktikan dia gadis yang sombong seperti tuduhan Tengku Fayyad, wal hal dia bukanlah gadis yang sombong cuma dia gadis yang tidak ramah dan mesra. Itu saja.

Hati berbicara sendiri. Dari awal perjalanan sehinggalah sampai ke rumah. Kereta myvi hitamnya tidak boleh dimasukkan ke garaj kerana terhalang oleh sebuah lori yang besar. Lori apa? Lori perabut rupanya..,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan